Thursday 31 March 2011

TEMAN MPR 2002

Di sini aku pastekan dari blog tuan punya buku ni yg merupakan kawan aku semasa mengikuti Minggu Penulis Remaja pada tahun 2002. Alhamdulillah kami masih lagi berhubung walaupun pernah lost contact seketika. Ni buku pertamanya dan sebagai kawan aku berasa bangga dgn kejayaannya. Sekurang-kurangnya mantan MPR 2002 masih lagi bernafas dan mewarnai dunia penulisan kreatif negara. Jadi sokonglah penulis2 baharu seperti KAMI ini kerana tanpa PEMBACA tidak wujud seseorang yang bergelar PENULIS!



Blok I punya sejarahnya yang rahsia. Bertahun ia terpendam dan tiada yang menerima isyarat untuk menyelongkar.

Imtiyaz dihantui pelbagai misteri setelah berpindah ke sekolah baru. Misteri ini telah menemukannya dengan seorang gadis pendiam yang memiliki kebolehan istimewa, bernama Ainul Hikmah. Illiyaz, remaja yang hilang tanpa ada tanda. Irfan, sepupu Imtiyaz belajar jadi berani setelah percaya akan isyarat yang diterima dari Blok I itu ditujukan kepada mereka.

Apakah isyarat yang diterima dari Blok I? Berjayakah misteri Blok I yang sekian lama terpendam itu dibongkarkan?

Untuk mengetahui jawapannya, anda perlu mendapatkan novel ini dan alami sendiri cabaran dan dugaan yang terpaksa dihadapi oleh Imtiyaz, Ainul Hikmah, Illiyaz dan Irfan.

Tajuk : MANIFESTASI POSTMORTAL Penulis : Mohammad Hafiz Penerbit : Produksi Nur-Johan Sdn.Bhd Harga : RM 14.00 (tidak termasuk harga pos) Anda boleh membuat pesanan kepada saya menerusi: E-mel : alhafiz.c@gmail.com

Atau boleh memesan melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) ke 019-2434606 dengan menaip: NAMA PENUHMPJUMLAH PESANANALAMAT ANDA

Setiap pesanan akan menerima hadiah misteri daripada saya, insyaAllah. =)

Saya menerima pembayaran pindahan wang ke bank-bank berikut : 1. Maybank 2. CIMB 3. Bank Simpanan Nasional (BSN) 4. Bank Islam 5. Public Bank

Sila maklumkan: 1. Nama bank 2. Waktu pindahan wang dibuat 3. Amaun bayaran

Mari alami pengalaman yang mendebarkan dalam MANIFESTASI POSTMORTAL!!

2 comments:

HAFIZ LATIFF said...

Assalamualaikum.

Rehanz,

Terima kasih kerana tolong promosikan novel saya. Alhamdulillah, kita warga MPR 2002 yang masih bernafas harus teruskan perjuangan. InsyaAllah, kawan-kawan yang lain akan mengikut kita juga nanti. =)

Rehanz said...

Yup, kita berada di perjungan yg sama....semoga lebih ramai yg akan hadr seleas ni....