Wednesday, 25 February 2026

23-25.2.26 - DHAKA - KLIA, BOARDING PASS, GAMES, CUTI TANPA GAJI (CTG), KIRA DUIT, HADIAH BIRTHDAY KA, DRAWER, KEMAS MAINAN & BAJU KA

23.2.26







Games yang aku selalu main jadi BDT... Bangladesh Taka


3.22 pagi waktu sana - dalam flight 



25.2.26
Aku tak tunggu lama terus tanya proses nak Cuti Tanpa Gaji (CTG). Banyak kerja dan proses tambah lagi kp kerja kerajaan. Nak itulah inilah, Tuan SU pula nak multiple visa sekali baru nak sign. Kalau tak cuti tak lulus padahal aku dah beli tiket ni.

Lepas tu nak jumpa sendiri pun dia tak nak. Ko dengarlah dulu masalah staff, ini tak SU cakap dia tak nak jumpa aku padahal Pn.Lin (Pengarah KHP) nak aku terangkan sendiri dekat dia. Pn.Lin tak ada masalah nak sign surat cuti aku.

Masa pula dah suntuk, si Shahid ni pula tak sabar nak balik sana sebab nak tengok KA, rindulah apalah habis aku ni tak rindu KA ke? Sakit dan parut czer pun ada lagi ni hah!



Kak Mariyati buat kiraan dekat aku dari bila sampai bila aku punya cuti. Rekod buku perkhidmatan habislah...tak cantik. Pencen dan kenaikan pangkat serta emolumen semua kacau.


Kerja tetap kena buat, kaunter tetap kena jaga.

Beli ni kat TT kurang dari RM30 kot.


Angah and famili bagi masa birthday Khadeeja hari tu 




Kawan Adik, Vivian bagi


Dapat lucky draw kat Very Important Baby Shop hari tu. Ada ikan, adding dan pisau

Aku beli mainan masak² kt TT 


Drawer baju KA - beli kat TT juga dalam RM80 lebih termasuk shipping.


Tuesday, 24 February 2026

20-22.2.26 - KA, TT FARAHDINAAMRAN, CUACA DI CHITTAGONG, TUMBUH GIGI, HOTEL DHAKA & IMIGRESEN

20.2.26













Infaq bulan Ramadan - TT Farahdinaamran Aku memang follow dia masa dia jual gummy dan bulan Ramadan dia dengan Mak dia niaga kat Bazar di Jasin, Melaka.


21.2.26


















22.2.26
Cantiklah nampak gigi dua tiga batang tu....






Pemandangan dari bilik hotel kita orang.

Datang sehari awal ke Dhaka sebab nak uruskan multiple visa untuk aku dan KA tapi ambil masa kalau nak proses dekat sini. 

Ambil masa dekat seminggu dan dorang cakap (yang uruskan permohonan online dan dokumen berkaitan di luar bangunan imigresen sana) baik buat dekat Malaysia. Jadi datang awal tak boleh apa² pun. 

Lepas tu ada pergi mall dekat sana dan beli salad tapi gambar dekat telefon Shahid dan dia tak send pun dekat aku. Balik hotel dorang dah hantar iftar kat bilik. 

Thursday, 19 February 2026

8-19.2.26 - REHAN, DHAKA - CHITTAGONG, WALLPAPER TELEFON, KA, TUMBUH GIGI, PANIPURI, KAMERA TIKTOK, RAMADAN & TIKET AIRLINES

8.2.26






10.2.26





11.2.26
Dekat sini sekarang musim sejuk sebab tu KA pakai baju lengan panjang. Aku pun rasa sejuk masa nak mandi, macam air batu air shower.



12.2.26
Dah nampak gigi KA dua batang atas dan bawah




13.2.26









16.2.26




17.2.26








18.2.26




Budak kecil ni main tekan² telefon bila keluar kamera tak nak pula bergambar 


23.2.26 - beli tiket balik ke KL sebab aku kan kerja. Ni pun aku jumpa bos minta jasa baik baik cuti 2 minggu (14 hari bekerja) dan ada Sabtu Ahad dan Cuti Tahun Baru Cina dapatlah lama sikit. Aku apply dari 31.1.26 sampai 25.2.26 rasanya. 25 ke 26 Feb ni kena masuk kerja semula.

Shahid ikut aku balik dan KA tinggal dengan adik dia dekat sini sebab kita orang akan balik semula ke sana. Shahid tak nak duduk Malaysia sebab banyak sangat peraturan dan ada orang tempatan yang tak suka warga asing kan. Selalu buat video minta passport lah padahal dorang bulan polis pun.


19.2.26
Sayang nal tinggalkan budak comel ni.