Showing posts with label Nature. Show all posts
Showing posts with label Nature. Show all posts

Saturday, 4 July 2026

CTG - SEHARI SEBELUM PULANG (POKOK/MAKAN TENGAH HARI/TIKTOK FARAHDINA/KEMAS BARANG/KA & AKTIVITI) - 24.6.2026

Sehari sebelum pulang...


Pokok mangga

Nasi briyani adik dia masak...

Tapi kita orang dekat dua ke tiga minggu memang beli nasi dengan lauk kat kedai.

Teh panas kat sini memang bungkus macam ni...kalau banyak ni dapat satu mug penuh.

Kebetulan moderator tu pinned kan pula komen aku. Sebelum ni aku QR kat akaun dia tapi sekarang dia guna QR mak dia so aku tak ada QR mak dia jadinya aku minta lah.


Budak ni main make up mak cik dia kat bilik sebelah.

Habis jari ko KA oiii!!!


Last dengar Azan kat sini....sedih pula rasa hati.

Ni hari tu aku bawa dari Key Ell

Manisan yang En.S beli semalam....

Bahagian atas clear tapi kat katil bersepah kau....yelah aku sorang yang kemas.

Laci yang lain pun dah clear dan hampir clear jadi gambar sama je kalau dah kosong kan...


Bahagian tengah je aku punya sebab nak guna nanti





Tuesday, 23 June 2026

CTG - DUA HARI SEBELUM PULANG (KUCING, KA & MAK CIK CARI JODOH) - 23.6.2026

 
Saja ambik video kucing² ni buat kenangan.










Aku letak gambar ni dulu tapi asyik jadi yang terakhir sekali, biarlah penat nak muat naik banyak kali.

Kebetulan masa ni ada mak cik yang mix match orang kawen datang rumah pasal Sonia. Beberapa hari sebelum tu memang ada famili yang datang untuk tengok Sonia dan dorang kemas rumah sangat bersih sampai boleh pijak lantai dapur tanpa pakai selipar. Aku memang pakai selipar. Hari Khamis famili lelaki tu datang. Ibu bapa, mak cik kepada lelaki tu serta mak cik tukang temukan jodoh tu. 

Bakal ibu mertua dan mak cik kepada lelaki tu pun ada jumpa aku dan En.S sebab dorang datang ke bilik kita orang. Nampak baik orang nya. Cara dorang lain macam siap jelajah seluruh rumah tengok bilik², dapur sampaikan ke bilik air pun dia orang pergi tengok. Yang perempuan je lah jelajah, ayah lelaki tu duduk kat depan je.

Tadi mak cik tu datang lagi ke rumah dan cakap sesuatu dengan En.S tapi masa tu dia nak keluar dah. Lepas tu lama dia berborak dengan yang lain dan tiba² datang jumpa aku dan tengok KA (tidur). 

Macam mana  borak sebab macam ayam dengan itik je bercakapnya dan dia suruh aku datang sekali dengan En.S ke rumah famili lelaki tu dan bagi pendapat lelaki tu okay ke tak sebagai kakak ipar.

Dorang ada send gambar lelaki tu kat En.S tapi dia tak respon apa pun dan mak cik tu minta Arzina (translator) untuk tunjuk kat aku. Boleh tahan juga orangnya dan kerja bank. Famili lelaki sukakan Sonia dan Sonia pun okay tengok gambar lelaki tu dan dorang nak tetapkan tarikh malam ni.

Mak cik tu suruh aku beritahu En.S dan pergi sekali dengan Shahinur, Sagarika, yang besar² je lah. KA katanya tinggal kat rumah tak payah bawa. Yelah nak bincang benda serius kan.

Punya lama mak cik tu datang dari pukul 12 lebih masa En.S nak keluar sampai dekat pukul 3 petang masih ada ada, tu lepas jumpa aku. Ingatkan lepas beritahu aku tu mak cik tu dah nak balik rupanya tak.... hahaha.

Saturday, 13 June 2026

CTG - SAJEK VALLEY - 10.6.2026


Sedap gak Brown Coffee ni...

Lapar dah...nasi briyani


Dalam kertas tu air teh panas. Kalau beli dekat sini dan bungkus memang macam ini sebab dia orang tak ada plastik yang macam kat Malaysia tu.

Pondok pemeriksaan tentera











Hajatnya nak pergi ke Sajek Valley yang macam Cameron Highlands kat Malaysia tu. Bertolak pukul 6.40 pagi dengan naik bas bawa KA lagi dan sampai pada 9.40 pagi. 

Lepas tu ada pemandu yang bawa kita orang ke Sajek Valley tu. Gerak pukul 10 pagi lepas En.S beli sikit makanan untuk kita orang Dan aku pergi ke tandas sebab nak tempuh perjalanan dalam dua jam lagi. Pukl 11.20 pagi sampai kat pondok pemeriksaan tentera sebab dia kawasan larangan dan bulan suka- suka boleh masuk sini. Sebelum sampai tadi pun, masa dalam bas ada juga pemeriksaan yang mana pemandu bas melapor berapa orang yang ada dalam bas itu di pondok tentera.

Bila ditanya tentera, En.S pun beritahu pasal kita orang dan disebabkan aku dan KA bulan pendudul situ, kita orang tak dibenarkan masuk. Kena mohon dulu dekat pejabat di Rangamati (6 jam perjalanan) Dan bila dah Lulu's baru boleh masuk Dan kita orang akan dikawal oleh polis selama 24 jam sepanjang berapda di sana.

Sebab kami pelancong danudah jadi sasaran pengganas di sana. Sudahnya kita orang balik je dengan tempuh perjalanan dengan tempuh yang sama. KA pun dah letih kan dan dia muntah lepas bagi dia minum susu dan En.S yang dukung  masa tu sebab jalan bengkang bengkok. Berhenti kejap untuk lap dan tukar baju KA dan sambung jalan dan beli tandas untuk balik semula ke rumah. Penat giler sebab seharian dalam bas dan CNG dengan panas lagi, tak makan lagi, KA meragam.

Monday, 8 June 2026

CTC - EYES HOSPITAL,AMBIK DARAH,PENCUCI MULUT & BELI BARANG - 8.6.2026 / KA & KUCING - 9.6.2026

Check mata kali kedua







Ni kat tempat lain untuk ambik darah pulak. Tadi pergi kat hospital yang berdekatan (Apollo hospital macam tu lah namanya) tapi dorang ambik RM500 untuk ambik darah dan lab test. Mahalnya! Ni hospital swasta dan hospital mata tu pun sama swasta.


Lepas tu pergi makan sebab dah lapar, nak masuk tengah hari dah. Makan nasi beriyani dan S makan nasi putih lauk kari. Lepas cuba makan pencuci mulut sebab nampak sedap dan memang sedap.


Ni lagi sedap...dua-dua ada rasa susu

Barang yang nak dibeli tapi akan difikirkan lagi, perlu ke tak.




Adik buatkan masa PBAKL hari tu 

Mak datuk, banyaknya gambar yang nak diedit!!!


9.6.2026




Saja ambik video kucing ni buat kenangan

Masa Feb hari tu beli dekat Kohinoor, pusat beli-belah yang baharu sahaja dibuka dan kebetulan minyak wangi aku tertinggal.

Dah beli semalam tapi sempat snap hari ni

8.6.2026
Lungi utk buat tuala

Nak bagi Adik cuba mi segera sini...sedap gak dan tu bekalan Nescafe aku kat rumah nanti sebab rasanya kat Malaysia tak ada jual sachet macam ni 

Sandal RM10 jer

Minyak rambut kita orang