Showing posts with label Holiday. Show all posts
Showing posts with label Holiday. Show all posts

Saturday, 13 June 2026

CTG - SAJEK VALLEY - 10.6.2026


Sedap gak Brown Coffee ni...

Lapar dah...nasi briyani


Dalam kertas tu air teh panas. Kalau beli dekat sini dan bungkus memang macam ini sebab dia orang tak ada plastik yang macam kat Malaysia tu.

Pondok pemeriksaan tentera











Hajatnya nak pergi ke Sajek Valley yang macam Cameron Highlands kat Malaysia tu. Bertolak pukul 6.40 pagi dengan naik bas bawa KA lagi dan sampai pada 9.40 pagi. 

Lepas tu ada pemandu yang bawa kita orang ke Sajek Valley tu. Gerak pukul 10 pagi lepas En.S beli sikit makanan untuk kita orang Dan aku pergi ke tandas sebab nak tempuh perjalanan dalam dua jam lagi. Pukl 11.20 pagi sampai kat pondok pemeriksaan tentera sebab dia kawasan larangan dan bulan suka- suka boleh masuk sini. Sebelum sampai tadi pun, masa dalam bas ada juga pemeriksaan yang mana pemandu bas melapor berapa orang yang ada dalam bas itu di pondok tentera.

Bila ditanya tentera, En.S pun beritahu pasal kita orang dan disebabkan aku dan KA bulan pendudul situ, kita orang tak dibenarkan masuk. Kena mohon dulu dekat pejabat di Rangamati (6 jam perjalanan) Dan bila dah Lulu's baru boleh masuk Dan kita orang akan dikawal oleh polis selama 24 jam sepanjang berapda di sana.

Sebab kami pelancong danudah jadi sasaran pengganas di sana. Sudahnya kita orang balik je dengan tempuh perjalanan dengan tempuh yang sama. KA pun dah letih kan dan dia muntah lepas bagi dia minum susu dan En.S yang dukung  masa tu sebab jalan bengkang bengkok. Berhenti kejap untuk lap dan tukar baju KA dan sambung jalan dan beli tandas untuk balik semula ke rumah. Penat giler sebab seharian dalam bas dan CNG dengan panas lagi, tak makan lagi, KA meragam.

Monday, 8 June 2026

CTC - EYES HOSPITAL,AMBIK DARAH,PENCUCI MULUT & BELI BARANG - 8.6.2026 / KA & KUCING - 9.6.2026

Check mata kali kedua







Ni kat tempat lain untuk ambik darah pulak. Tadi pergi kat hospital yang berdekatan (Apollo hospital macam tu lah namanya) tapi dorang ambik RM500 untuk ambik darah dan lab test. Mahalnya! Ni hospital swasta dan hospital mata tu pun sama swasta.


Lepas tu pergi makan sebab dah lapar, nak masuk tengah hari dah. Makan nasi beriyani dan S makan nasi putih lauk kari. Lepas cuba makan pencuci mulut sebab nampak sedap dan memang sedap.


Ni lagi sedap...dua-dua ada rasa susu

Barang yang nak dibeli tapi akan difikirkan lagi, perlu ke tak.




Adik buatkan masa PBAKL hari tu 

Mak datuk, banyaknya gambar yang nak diedit!!!


9.6.2026




Saja ambik video kucing ni buat kenangan

Masa Feb hari tu beli dekat Kohinoor, pusat beli-belah yang baharu sahaja dibuka dan kebetulan minyak wangi aku tertinggal.

Dah beli semalam tapi sempat snap hari ni

8.6.2026
Lungi utk buat tuala

Nak bagi Adik cuba mi segera sini...sedap gak dan tu bekalan Nescafe aku kat rumah nanti sebab rasanya kat Malaysia tak ada jual sachet macam ni 

Sandal RM10 jer

Minyak rambut kita orang

Saturday, 23 August 2025

8.8.25 (BHGN 2) - WHITE PALACE HOTEL / 9.8.25 - HOSPITAL, KA DEMAM & GAZA / 11.8.25 (BHGN 1) - DHAKA KE KLIA & AWAN

Shahid booking hotel ni tanpa beritahu aku apa². Dia nak aku jalan² tengok bandar Dhaka katanya tapi aku cakap kenapa sampai 4 hari 3 malam. 

Tak perlu pun lama² kat sini baik duduk rumah adik dia dan sehari dia boleh lah kalau nak jalan² kat sini.

White Palace Hotel


















Budak ni tiba² demam dan badan dia panas dan bawa ke hospital swasta yang kebetulan tak jauh pun. Hospital swasta tapi keadaannyaacam hospital kerajaan di Malaysia di kawasan kampung. Doktor nak suruh warded tapi aku je yang boleh jaga dan Shahid tak KA bermalam dekat hospital.

Pergi makan kat sini tapi KA meragam dan tiba² mountains pula dekat situ. Elok² nak malam dekat situ terus tak jadi, bungkus je 


Malam tu aku pula tak sihat, kaki aku bisa² dan tak boleh nak jalan. Sakit macam sakit urat yang aku kena dulu tu. Tak boleh nak jalan, pijak lantai kaki rasa sakit sangat. 

Bayangkan dari tandas duduk tu aku nak bangun punyalah lama sebab aku tak tahu macam mana nak bangun, pegang dinding tak kena pegang bathtub pun tak kena. Sakitnya tak boleh nak cakap sampai Shahid kena papah aku untuk balik semula ke katil.


9.8.25
Pergi lagi ke hospital yang lain untuk KA 


Pray for Gaza sebab masa tu Israel serang Gaza dan ramai post pasal benda yang sama.


11.8.25
Sudahnya tak ada pergi jalan mana pun sebab aku dengan KA tak sihat. Aku risau macam mana nak jalan dekat airport nanti , dengan nak dukung KA lagi. Aku boleh jalan tapi sakit dan dengan dukung KA lagi l, sudahnya minta kerusi roda sebab nanti nak kena jalan jauh lagi.

Dekat KLIA nanti pun kena minta juga sebab KLIA lagi besar daripada airport sini, lagi jauh nak keluar ambil grab nanti. Semoga Allah permudah segala urusan hingga sampai Malaysia.



Penerbangan dari Dhaka dalam pukul 2 lebih dan ambil masa dalam 3 jam lebih ke 4 jam bergantung kepada cuaca juga.