Tuesday, 23 June 2026

CTG - DUA HARI SEBELUM - 23.6.2026

 
Saja ambik video kucing² ni buat kenangan.










Aku letak gambar ni dulu tapi asyik jadi yang terakhir sekali, biarlah penat nak muat naik banyak kali.

Kebetulan masa ni ada mak cik yang mix match orang kawen datang rumah pasal Sonia. Beberapa hari sebelum tu memang ada famili yang datang untuk tengok Sonia dan dorang kemas rumah sangat bersih sampai boleh pijak lantai dapur tanpa pakai selipar. Aku memang pakai selipar. Hari Khamis famili lelaki tu datang. Ibu bapa, mak cik kepada lelaki tu serta mak cik tukang temukan jodoh tu. 

Bakal ibu mertua dan mak cik kepada lelaki tu pun ada jumpa aku dan En.S sebab dorang datang ke bilik kita orang. Nampak baik orang nya. Cara dorang lain macam siap jelajah seluruh rumah tengok bilik², dapur sampaikan ke bilik air pun dia orang pergi tengok. Yang perempuan je lah jelajah, ayah lelaki tu duduk kat depan je.

Tadi mak cik tu datang lagi ke rumah dan cakap sesuatu dengan En.S tapi masa tu dia nak keluar dah. Lepas tu lama dia berborak dengan yang lain dan tiba² datang jumpa aku dan tengok KA (tidur). 

Macam mana  borak sebab macam ayam dengan itik je bercakapnya dan dia suruh aku datang sekali dengan En.S ke rumah famili lelaki tu dan bagi pendapat lelaki tu okay ke tak sebagai kakak ipar.

Dorang ada send gambar lelaki tu kat En.S tapi dia tak respon apa pun dan mak cik tu minta Arzina (translator) untuk tunjuk kat aku. Boleh tahan juga orangnya dan kerja bank. Famili lelaki sukakan Sonia dan Sonia pun okay tengok gambar lelaki tu dan dorang nak tetapkan tarikh malam ni.

Mak cik tu suruh aku beritahu En.S dan pergi sekali dengan Shahinur, Sagarika., yang besar² je lah. KA katanya tinggal kat rumah tak payah bawa. Yelah nak bincang benda serius kan.

Punya lama mak cik tu datang dari pukul 12 lebih masa En.S nak keluar sampai dekat pukul 3 petang masih ada ada, tu lepas jumpa aku. Ingatkan lepas beritahu aku tu mak cik tu dah nak balik rupanya tak.... hahaha 

No comments: