Wednesday, 17 June 2026

CTG - KUCING,EYES HOSPITAL,MAKAN TENGAH HARI,KA & SEPUPU (16.6.2026)



Kali ketiga aku pergi hospital ni.




Pagi² En.S dah pergi hospital ni lepas tu dia orang suruh pergi hospital lain untuk refer dengan pakar. Hospital tu tak jauh pun dengan hospital yang ini dan lepas jumpa doktor dan dapat prescription ubat oleh Dr.Raushen Akter (Assistant Prof.) kita orang kena pergi balik kat hospital mata ni dan lepas tu baru beli ubat kat farmasi. 

Dr.ni siap nak tengok muka aku bila dapat tahu aku orang Malaysia. Kat sini kalau keluar pergi mana² memang aku pakai mask. Tak semua ubat yang nak dibeli ada di farmasi hospital mata, En.S cakap nak beli esok kat tempat lain.

Lepas tu kita orang pergi makan sebab dekat pukul dua kot.



Boleh tahan juga harga.













Fried wonton...sedap.

Grilled Dori Fillet with fried rice and Chinese vegetables. Sayur dia dalam mangkuk tu. Makan panas² memang sedap sampaikan En.S pun puji sedap 

Papaya juice untuk dia dan Chocolate Classic Shake untuk aku.

Bila nasi goreng Ikan Dori tu sampai nampak macam tak cukup sebab kita orang kongsi dan order lagi satu nasi goreng iaitu Grilled King Prawn tapi tak lama lepas tu En.S cakap dia dah kenyang dan bungkus je nasi goreng tu.

Dari luar nampak macam tak kemas kan tapi bahagian dalam okay. Masa kita orang pergi makan kat situ, ramai budak muda @ pelajar yang pergi sana. Universiti pun ada dekat situ dengan sekolah perubatan.





Sebab ada tetamu ke sape yang datang makanya attachment door or connected tu dibuka sebab dia orang nak lalu lalang untuk ke dapur, jadi budak² ni pun boleh lah masuk ke bilik kita orang. Kalau tak mang berkunci dan diletal bagasi kita orang kat situ.




No comments: