![]() |
| Call ambulans untuk buat pengesahan ..mak dah tak ada lepas Asar tapi dorang sahkan pukul 6.40 petang jadi waktu kematian kena ikut waktu pegawai perubatan. |
![]() |
| Sijil kematian sementara Mak |
Dekat Masjid - malam tu jenazah juga bawa kat masjid macam waktu Abah meninggal dulu
Dekat Masjid hanya Kak Tim dengan Kak Yam je yang datang ziarah. SU tak ada pula datang. Along Syam tak beritahu ke sebab SU memang suka menziaraho staff yang sakit masuk hospital dan kematian.
Aku, Adik dan Angah naik van jenazah dan Kak Long naik kereta Muhd rasanya. Masa Abah dulu pun aku naik van jenazah tapi masa tu dengan Kak Long.
Staff PPU yang datang cuma Kak Tim, aku rasa sebab dia CC. Sebab tu datang tunjuk muka cuma dia ada tanya nak lebumikan kat mana.
Orang masjid cadang nak hantar kat Tanah Perkuburan TTDI sebab yang dekat Batu Muda tu dah penuh. Kat tempat Abah di Cheras Baru tu pun tak dapat sebab dah penuh lagi pun kita orang bulan kariah situ.
Masa Abah dulu anak buah Abah nama Bulan yang tolong dapatkan lot kat situ. Itulan kawasan Selangor sedangkan kita orang tinggal kat kawasan KL. Kak Tim kata kalau nak kebumikan kat Ukay Perdana dia boleh tanya orang yang in charge Bahagian Kubur kat Jabatan BML.
So sebab nak kebumikan cepat minta tolong Kak Tim Tanya Kak Hazliana BML dan aku send sijil kematian Mak. Lepas tu confirm kan dengan orang masjid kat mana nak kebumikan mak esok.
Kalau ikut kan Ukay Perdana tu pun kira jauh bagi kita orang yang tak ada kenderaan ni tapi kalau hantar kat TTDI lagi jauh.
Mak pergi lepas disahkan hidap Kanser Usus Tahap 4 pada bulan Disember 2025 dan dah buat operation buang bahagian usus yang ada kanser tu dan kena pakai stoma bag seumur hidup.
Hanya dua bulan Mak terus diambil semula, pulang ke negeri abadi. Aku yang tak sempat jumpa Mak saat akhir sebab ada kat rumah tapi hari Jumaat terakhir buat Mak, aku ada pergi sana. Jumpa Mak, borak² dengan Mak, Tanya Mak kenal Khadeeja tak, Khadeeja tu siapa...Mak jawab anak kau. Tapi suara lemah lah.
Aku sempat juga suap bubur sebab masa tu mak nak makan. Ahad tu Mak pergi. Kebetulan aku dah ambil cuti nak ke kampung Shahid, dah kemas bagasi pun dan aku batalkan saat akhir sebab Mak tiba² pergi.
Semoga Mak tenang di sana, dah tak sakit lagi. Lagi berapa hari nak puasa. Abah pergi 28 Syawal dan Mak pergi menjelang Ramadan.
Hampir 14 selepas Abah pergi, Mak pula menyusul. Dalam adik-beradik Mak, Mak orang kedua yang meninggal selepas Mamu Aftar Ali yang meninggal sebab Covid-19. Mamu nombor 3 dan Mak nombor 4.




































No comments:
Post a Comment