Friday 18 March 2011

SEMBUHKAN LAH YA ALLAH....

Abah aku sakit. Dah berminggu tapi tak kebah juga. Makan muntah makan muntah. Tak makan pun muntah. Nak berjalan pun dah tak larat. Kurus. Cengkung. Uzur. Terbaring sahaja. Suaranya lemah. Kita orang yg tengok pun rasa sedih. Malam tadi kita orang adik-beradik nak bawa abah gi hospital. Hari ni abah dimasukkan ke wad di SMC sebab kita orang sekeluarga memang ke situ dan serasi. Biarlah berhabis duit asalkan sembuh penyakitnya. Tadi adik aku beritahu abah dah masuk wad dan mujurlah insuran (kat tpt kerja ) cover bilnya. Kata doktor paru-paru abah ada kuman. Ya Allah ya Tuhanku...kau sembuhkanlah abah kerana kami sekeluarga tidak bersedia untuk kehilangannya. Tak dapat aku bayangkan hidup kami sekeluarga tanpanya. Doakanlah juga untuk abah aku kepada yang membaca blog ini...yang mendengar berita ini. Amin ya rabbal alamin.

No comments: