Thursday 3 March 2011

LAWAK JENAKA

JENAKASuatu hari yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang begitu dedikasi mengajar anak-anak muridnya tentng betapa bahayanya minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari itu dia telah mengambil dua ekor cacing yang hidup,sebagai sampel kehidupan dan dua gelas minuman yang masing-masing berisi dengan air mineral dan arak.

“Cuba perhatikan murid-murid..lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini ke dalam gelas, perhatikan betul-betul. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan masukkan ke dalam arak. Perhatikab betul-betul.”
Semua mata tertumpu pada kedua-dua ekos kucing itu.
Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas berisi air mineral itu berenang-renang di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak-anak muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.
“Baiklah murid-murid, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu tunjukkan sebentar tadi??”

Dengan penuh yakin anak-anak muridnya menjawab,
“UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN….MINUMLAH ARAK…”
Moral: Cakap biar terang, bak kata-kata dalam filem P.Ramlee

NASIHAT
Seorang doktor berjumpa dengan kawannya seorang peguam di sebuah café untuk minum petang bersama, tiba-tiba datang seorang pesakit doktor meminta nasihat darinya.
DOKTOR: Apa yang harus aku lakukan terhadap pesakit yang meminta nasihat selepas waktu aku kerja? Tanya doktor kepada kawannya
PEGUAM: Sesiapa yang meminta nasihat selepas waktu kerja, kau hantar bil kepadanya.
DOKTOR: Bagus idea tu.
Pada keesokkan harinya apabila doktor tiba di kliniknya, beliau membelek-belek surat di mejanya, dan salah satu datang dari kawannya si peguam.
“sila jelaskan bil untuk nasihat semalam”

SIAPA HEBATDua pelajar sekolah rendah Upin dan Ipin menceritakan tentang kehebatan bapa masing-masing.
UPIN: Kau tahu sungai di Amazon?
IPIN: Ha kenapa?
UPIN: Bapa aku la yang menggalinya menjadi sungai.
IPIN: Tak berapa hebat tu…
IPIN: Kau tahu laut mati?
UPIN: Aku tahu…
IPIN: Bapa aku la yang membunuhnya.

KAHWIN LAINMalam tu lepas makan malam, seorang suami sedang berehat di depan tv sambil berbual dengan iserinya.
Suami: Kalau abang meninggal, ayang menikah lagi tak?
Isteri: Tentu saja tidak! Ayang akan duduk dengan adik perempuan Ayang. Abang pulak camner kalau saya meninggal, abang nikah lagi tak?
Suami: Tentu saja tidak, sama juga macam ayang abang juga akan tinggal dengan adik perempuan Ayang.

No comments: