Tidak banyak syarat yang
dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan
seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.
Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat
iaitu :
1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami
2. Taat kepada suami
Perincian dari
dua syarat di atas adalah sebagai berikut :
1. Taat kepada Allah dan
RasulNya
Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga
2. Taat kepada suami
- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga
FAKTOR YANG
MERENDAHKAN MARTABAT WANITA
Sebenarnya puncak rendahnya
martabat wanita adalah dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang
berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang
hak-hak palsu wanita.
Faktor-faktor
tersebut ialah:
1) Lupa mengingat Allah
Kerana terlalu sibuk dengan tugas
dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak
wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah.
Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya
bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan
peranannya.
Firman Allah s.w.t. di dalam
surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:
” Maka sudahkah
kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah
membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati
pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya.”
Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya:
“Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan.” (Riwayat Tarmizi)
“Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan.” (Riwayat Tarmizi)
Mengingati Allah s.w.t. bukan
saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.
2) Mudah tertipu dengan
keindahan dunia.
Keindahan dunia dan kemewahannya
memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan
dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama
bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada
Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.
Firman Allah s.w.t. di dalam
surah al-An’am: ertinya:
"Dan tidaklah
penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri
akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah
kamu berfikir.”
3) Mudah terpedaya dengan
syahwat.
4) Lemah iman.
5) Bersikap suka
menunjuk-nunjuk.
Dunia adalah perhiasan, perhiasan
dunia yang terbaik adalah Wanita yang solehah.
Sumber:
http://nurjeehan.wordpress.com/
No comments:
Post a Comment