Jenis-jenis dan Fesyen Tudung Di Malaysia
Fesyen tudung.
Siapa yang tak ambik tahu pasal fesyen tudung kontemporari? Kalau tak ambik
tahu pasal fesyen tudung, jom baca kat sini. Yang memang ambik tahu pasal
fesyen tudung, digalakkan baca. Mungkin anda terlepas pandang fesyen tudung
yang beredar mengikut aliran zaman
1. Tudung Nasi Lemak
Pernah tengok nasi lemak ikan bilis? Kat daun pisang tu, ada
sedikit terbuka dan menyebabkan ikan bilis tu terkeluar kerana daun pisang tak
menutup rapat bungkusan nasi lemak tu. Sebab tu fesyen tudung ni dinamakan
‘Tudung Nasi Lemak’.
![]() |
GAMBAR HIASAN - LETAK GAMBAR ARTIS BOLEH LAH SEBAB GAMBAR ASAL GAMBAR MENTERI...HUHUHU |
2. Tudung Bukit
Memakai tudung, tapi kedua-dua bukit ditayang dengan sengaja
untuk tatapan percuma. Tak kisahlah apa saiz bukit tu. Tetap nak tayang percuma
jugak. Bila diperhatikan, bangga sampai hidung kembang semangkuk. Alahai,
mudahnya bagi tayangan percuma. Kalau dah bagi tayangan percuma, nak bagi apa
kat suami nanti? Suami anda setaraf dengan orang asing kah sampai apa yang
suami anda sahaja yang berhak lihat, anda sudah tayang percuma kepada orang
lain.
3. Tudung Sarung Nangka
Pakai tudung ketat sampai menampakkan segala yang ada di
kepala, sehingga menampakkan bentuk telinga sekalipun. Kalau kat telinga tu ada
7 subang, semuanya nampak bentuk. Inilah fesyen tudung sesat yang semakin
menjadi aliran muslimah masa kini. Ikut artis katakan…
4. Tudung Alien
Dinamakan tudung alien, sebab kepala si pemakai tudung ini memang
sebijik dengan kapala alien. Tudung ini juga dikenali sebagai tudung bonggol
unta.
Maksud hadis: “Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni
Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang
mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk memukul orang.
Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu
berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala
mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak
akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau
wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya”
[HR Muslim].
5. Tudung Papa Kedana
Kebanyakan yang pakai tudung ni adalah golongan minah rempit
sekolah. Pakai tudung sebagai syarat masuk sekolah sahaja, bukan ikut hukum
syarak. Masakan tidak, tudung singkat sampai nampak tengkok. Love bite kat
leher pon boleh nampak. Mungkin terlalu papa kedana sampai tudung yang labuh
sikit pun tak mampu nak beli. Bukan papa kedana bab ekonomi, tapi lu fikirlah
sendiri…
6. Tudung Dato’
Ni, tak tau nak terangkan macam mana… Tak terkata. Fesyen?
Entah… Mungkin pembaca lebih arif.
7. Tudung Apa Jadah Entah?
Ini satu masalah besar lagi. Tudung yang artis ni pakai,
mesti jadi ikutan para remaja, seolah-olah artis ni adalah seorang nabi untuk
dijadikan ikutan. Alahai artis, berhentilah kalian daripada terus memesongkan
ummat daripada ajaran Islam yang sebenar.
8. Tudung Muslimah
Inilah tudung yang benar-benar menyejukkan mata memandang.
Mengikut hukum syarak, tidak menonjol, sopan, dan tertib. Tidak jarang, tidak
ketat, dan menutup dada :)
Bukan nak menghentam kaum wanita. .Baguslah kalau anda
terasa. Tapi terasa je tak cukup. Semoga kalian menjadi muslimah sejati yang
menjadi pendokong deen Allah. Amin… :)
Entry menarik ini aku ambil sepenuhnya dari Soutul Mujahid –
Jenis-Jenis Tudung (www.soultomujahid.com)
No comments:
Post a Comment