Sunday 6 March 2011

BAHASA: KESALAHAN BAHASA

KESALAHAN BAHASA DALAM SURAT RASMI
1. RESMI- rasmi
2. DIANTARA- tidak dijarakkan
3. DI BERIKAN-dieja rapat
4. SATU NYA-kenapa nak jauhkan ejaan
5. AHLI AHLI/ALASAN ALASAN- tiada tanda sempang
6. DIDALAM-perlu dieja jarak
7. LAPURAN- laporan
8. DI BENTANGKAN-eja rapat
9. MENGKABURKAN- mengaburkan
10. DISAMPING-dieja di samping
11. SAMAADA-dieja jarak
12. PEMAJU SEBENARYA-hilang huruf ‘n’ sepatutnya sebenarnya
13. MELEBEHI-melebihi (ejaan yang betul)
14. PREMISE-premis (salah ejaan)

Contoh ayat:

1. Pengerusi telah memberikan pemaju diberikan tempoh sehingga 1 May 2010 dari tarikh….

2. Pemaju sebenarya tidak mahu syarikat digulung kerana pada dasar kerajaan negeri pada masa ini tidak akan membenarkan syarikat syarikat….

Kenapa perlu ada ayat-ayat sebegini dalam urusan rasmi ya? Sama-sama kita renungkan dan berusaha perbaiki bahasa yang digunakan….peringatan untuk diri sendiri dan semua pembaca blog ini tidak kira di mana anda berkerja….kalau aku tersilap harap dibetulkan pula…

No comments: