Wednesday 16 March 2011

ARTIKEL : 5 GANGGUAN SISTEM SEBABKAN KESALAHAN BUDI BAHASA

Elok bahasanya,
eloklah lakunya,
eloklah pula budinya.
Manis didengar,
manislah  pada pandangan,
manislah pula tingakh lakunya.

Penggunaan bahasa berlaku dalam banyak sistem, konteks dan situasi yang saling bertumpang bertindih. Sistem sapaan adalah berbeza dalam berbagai konteks dan situasi penggunaannya. Setiap konteks seperti kampung, bandar, pejabat kerajaan, di pasaraya, dll.; dan dalam setiap situasi seperti berjual beli, berpidato di depan khayalak, bercakap di televisyen, berucap dalam majlis perkahwinan, bercakap dengan pesakit klien dll.; dan berurusan dengan orang kampung, berurusaan dengan pekerja, berurusan dengan pegawai, berurusan dengan pembesar, dll., setiap satunya mempunyai budaya masing-masing.

Baru-baru ini, banyak badan dan organisasi besar dibangunkan. Dari situ timbullah konteks baru, iaitu budaya korporat. Ini memerlukan kita menggunakan bahasa rasmi, rapi dan baku. Walau bagaimanapun, kebanyakan penutur bahasa Melayu adalah dari luar bandar dan belum begitu mahir dengan sistem bahasa korporat ini. Bahasa korporat memerlukan penggunaan bentuk panggilan hormat, penggunaan tatabahasa rapi, dan perkataan, frasa dan ayat-ayat yang tidak dipendek-pendekkan atau diringkaskan. Dalam perkataan lain, kita memerlukan bahasa yang sempurna dari segi tatabahasa dan budi bahasanya.
 
Unsur bahasa yang ketara adalah penggunaan perkataan. Penutur tidak mamberi perhatian terhadap apa perkataan yang digunakannya. Sistem bahasa kita mempunyai banyak neka, dan setiap neka ada konteksnya. Ada peraturan yang terus dapat mengenal pasti apa neka bahasa dalam semua konteks. Neka bahasa basahan; bahasa pasar dalam konteks tidak rasmi, bahasa kampung bukan dalam usaha korporat.

Kesan kesalahan penggunaan panggilan nama, perkataan, sebutan dll.

Akibatnya kita melanggar bebarapa peraturan sosial atau budi bahasa. Dengan tidak kita sedari, kita melakukan kesalahan besar. Akibatnya adalah:
  1. Kita tidak menghormati orang
  2. Kita tidak menghormati taraf dan kedudukan orang
  3. Kita tidak memperdulikan perasaan orang.
  4. Kita tidak memperdulikan keberkesanan komunikasi.
Kita seolah-olah merasakan bahasa basahan, bahasa pasar, dan bahasa neka rendah yang dituturkan itu sesuai dengan orang yang kita lawan bercakap. Ini bermakna kita menurunkan tarafnya, kita menganggap dia rendah – setaraf dengan taraf kita, kita menganggap dia tidak berpendidikan. 

Dengan perkataan lain, kita mengaku-engkaukan, kita mengeyou-youkan, orang yang kita lawan bercakap. Ungkapan begini tidak sesuai untuk semua konteks.
 
Dengan lain perkataan, penutur begini mengalami gangguan pertindihan sistem. Dia menggunakan sistem kampung di dalam pejabat. Dia menggunakan panggilan mesra dalam situasi rasmi. Dia menggunakan sistem bahasa basahan dalam konteks bahasa rasmi, dll.

Sistem mesra ke dalam sistem rasmi
 
Apabila penutur bahasa Melayu dari kampung masuk ke dalam dunia korporat, maka berlakulah gangguan terhadap penggunaan bahasa ini. Orang kampung menggunakan sistem panggilan kampung dengan memanggil semua orang lelaki lebih tua daripadanya sebagai Abang dan lelaki yang lebih tua sebagai Pak Cik. Peniaga restoran yang berasal dari kampung tetap saja memanggil pelanggannya dengan panggilan kampung, Abang, Kakak, Mak Cik, dll. 

Pada hal pelanggannya merasa tidak dihormati apabila dipanggil begitu. Malah, ada mahasiswa yang berasa dari kampung memasuki universiti, terus saja memanggil seorang pensyarah perempuan dengan panggilan kakak dan abang, malah saya pernah dipanggil pak cik.

Panggilan ini betul dari segi sistemnya, iaitu orang Melayu memanggil orang yang lebih tua itu kakak, abang, mak cik, pak cik malah, boleh juga atuk. 

Panggilan begitu sesuai betul dengan konteks kampung dan keluarga, tetapi tidak untuk konteks korporat. Ternyata, mahasiswa ini terkeliru dengan konteks yang bertindih ini. Mereka sekarang berada bukan lagi dalam konteks kampung dan keluarga, mereka sudah berada dalam konteks institusi pengajian tinggi yang situasinya adalah rasmi. 
Panggilan mesra yang sesuai di kampung dan dalam keluarga dalam kalangan keluarga, tidaklah sesuai lagi dalam konteks universiti yang situasi rasmi di antara mahasiswa dan mahaguru. Peralihan konteks dan situasi ini menuntut mereka membuat pilihan, iaitu menukar sistem panggilan mereka itu sekarang kepada panggilan cik, encik, puan dan tuan pula. Ternyata ada yang tidak dapat berbuat begitu.
 
Contoh:
Siswa: Kakak, mana pejabat Dekan Sains Sosial.
Pensyarah: Itu!. Nanti dulu. Jangan panggil saya kakak. Panggil saya Puan Dr.
Siswa: (Sambil pergi, kepada rakannya) Eleh! sombongnya, meluat, meyampah .... Melayu apa ni ...


Analisis:
Bertatabahasa dan berbudi bahasa;



Sistem bahasa basahan ke sistem rasmi

Begitu juga ungkapan bahasa basahan mula mengganggu sistem bahasa rasmi. Bahasa daerah dicampurkan dengan bahasa rasmi.

Contoh:
Kat situ
Kat sini
Pergi kat sana
Besa
Kecik


Analisis:
Bertatabahasa dan Berbudi bahasa


Sistem bahasa daerah ke sistem bahasa rasmi


Sistem sebutan dialek Kedah, Kelantan, dll. mengganggu sistem sebutan bahasa baku.

Contoh:

Mai pekena kopi dulu. (dialek Kedah dan Pulau Pinang)
Guano
Pilihan ungkapan dialek seperti jom menggantikan marilah.

Jom baca.

Analisis:
Bertatabahasa dan berbudi bahasa


Sistem bahasa slanga ke sistem bahasa rasmi

Dalam semua konteks neka bahasa basahan digunakan dalam konteks rasmi, bahasa kampun dalam waris korporat.Ungkapan bahasa remaja seperti sure heboh, blah, balok, awek, dll
Mula mengganggu bahasa rapi dan bahasa rasmi.

Contoh:
Blah,
Balok dia
Power
Hot
Top


Analisis:
Bertatabahasa dan berbudi bahasa


Sistem ganti nama Inggeris dan bahasa campur ke bahasa rasmi

Sistem ganti nama bahasa Inggeris mengganggu sistem ganti nama Melayu.
Ai
You
We all
They all


Analisis:
Bertata bahasa dan berbudi bahasa




 Khamis, 01 Julai 2010 21:10 | Ditulis oleh profabdullah |

Sumber: www.semanggol.com

No comments: