Thursday 17 March 2011

FILEM: AKHIRNYA....HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA

Dapat juga aku tengok cerita HMM kat Galaxy Ampang semalam walaupun terpaksa tengok sorang2 jek.....ni kali pertama aku gi tgk wayang sorang...dan disebabkan nak sangat tgk cerita ni sorang pun soranglah. hari berkerja panggung tak penuh sangat tapi separuh pun kira oklah tu.....

Memang gempaklah cerita itu yg dilakukan oleh anak tempatan. Macam cerita Hong Kong/ Hollywood pulak rasanya. Ada part yang kelakar, lucu dan sedih semestinya. Part yang sedih masa Laksamana Cina mati di medan pertempuran semata-mata nak melindungi Tuan Puteri dan semasa Merong merodok pisau ke keris (yg mana satu yek...) ke badannya supaya Taji turut terkena. 'Bila dua menjadi satu...' yg selebihnya tak berapa nak ingat pulak....

No comments: