Bunga dan wanita, sama sama memikat hati jika dipandang, sama sama
cantik, sama sama harum. Mungkin kerana itu bunga sering dijadikan
haduah buat si gadis. Bunga juga sinonim dengan Hari Valentine, hari
memperingati orang yang di sayang. Tapi, ketahuilah, dalam setiap warna
dan jumlah jambangan bunga yang dihadiahkan tersimpan maknanya
tersendiri. Ucapkan kata hati tanpa melafazkan kata.
Makna Bunga Ros melalui warna :-
Merah : Sememangnya warna merah memang menjadi pilihan orang yang sedang bercinta. Ros berwarna merah mennggambarkan perasaan cinta selain membawa emosi yang mendalam samaada rasa cinta, rindu mahupun keinginan. Ros merah juga boleh digunakan untuk menunjukkan rasa hormat, kesal dan kesedihan. Tetapi ianya lebih popular untuk menyatakan rasa cinta.
Putih : Warna putih bermaksud suci, dara dan tidak bersalah.
Sering dikaitkan dengan permulaan. Sesuai untuk pengantin baru yang
memulakan kehidupan baru. Ros putih juga digunakan untuk menyatakan rasa
simpati atau keredhaan hati. Selain itu, juga sering dikaitkan dengan
kerohanian.
Kuning : Rasa riang, gembira dan penuh semangat digambarkan oleh warna kuning. Menjadi simbol persahabatan dan rasa ambil berat. Ros kuning tidak membawa apa apa makna romantik, ianya cuma menggambarkan emosi sifat sifat platonik yang asli.

Pink (Merah Jambu) : Membawa maksud emosi yang lebih lembut seperti kagum, gemira dan rasa terima kasih.
Oren : Satu satunya warna yang menjadi saigan kepada Ros merah
dalam menyatakan perasaan romantis, warno oren bererti kerghairahan dan
tenaga. Ia juga menggambarkan rasa keinginan yang mendalam dan
kebanggaan selain rasa kekaguman.
Lavender : Warna lavender membawa erti penyihiran. Ianya juga di
gunakan untuk menyatakan rasa cinta pandang pertama. Ros lavender ini
digunakan untuk menyampaikan rasa kekaguman dan pemujaan.
Makna bunga Ros berasaskan Jumlah
Setangkai ros berbagai warna boleh memberi berbagai makna
setangkai ros merah bererti "aku cinta kamu"
Setangkai ros berbagai warna boleh memberi berbagai makna
setangkai ros merah bererti "aku cinta kamu"
setangkai ros putih bererti " perasaan aku suci"
setangkai ros kuning bererti "kamu membawa kebahagiaan dalam hidupku" atau " jom, kita berkawan"
setangkai ros oren bererti "aku bangga dengan kamu"
setangkai ros pink bererti "Aku suka kamu"
setangkai ros lavender bererti "aku disihirkan kamu"
Makna dalam jumlah bunga Ros Merah
1 tangkai : "aku cinta kamu" aau "kamu adalah satu satunya untuk ku"

1 tangkai : "aku cinta kamu" aau "kamu adalah satu satunya untuk ku"

2 tangkai : "Biarlah kita bersama"
3 tangkai : "Kamu dan aku dan cinta kita sebagai teman"
6 tangkai : "Aku se[aruh jalan mencintai kamu"
12 tangkai : "jadi milik ku"
24 tangkai : "Aku milik kamu"
50 tangkai : "Cintaku kepada kamu tiada hadnya"
Sekarang sudah tahu maknanya, untuk jejaka.. buatlah perancangan .. dan biarlah bunga berbicara tapi berbelanja ikut kemampuan.
" The fragrance of the rose, remains on the hand that gives it."- unknown.
Sumber: Internet
No comments:
Post a Comment