Friday 11 January 2013

SMART WONDER WORLD @ MOLLY FANTASY - LAST DAY (19.7.2012) - BHGN 3


PATUTNYA AKU TAK PAYAH BAYAR SEBAB ADA RESIT LAMA TAPI DISEBABKAN MASA DIBERITAHU UNTUK PERBAHARUI PENAMA LOKER TERLALU SUNTUK DAN AKU TAK JUMPA RESIT STAFF LAMA, TERPAKSALAH AKU BAYAR UNTUK KEKALKAN  LOKET KAT BAWAH TU ATAS NAMA AKU
Dulu aku kan buat dua kerja dalam masa yang sama.Pagi kerja opis dan petang part time kat sini dan lepas sahaja habis waktu kerja opis tu aku akan ganti baju kepada uniform kerja di SWW dan terus tunggu bas untuk ke sana. Lepas naik bas dan turun di Pudu (Majestik) aku akan naik LRT pula dan sampai ke Stesen Maluri dan kenalah jalan kaki sikit untuk sampai. 

Cumanya yang leceh bila hari hujan dan terpaksalah aku pakai selipar dulu. Jadi barang-barang itulah yang aku kena simpan dekat loker bawah untuk staff. Dan balik kerja arwah abah aku yang ambil.

Lepas dapat kerja di MPAJ pula, lepas waktu kerja aku balik rumah dulu untuk ganti baju dan loker tu pun aku tak gunakan sangat apatah lagi bila tempat games tu bukan lagi di bawah Aeon (M) Sdn. Bhd. sebab di bawah pentadbiran sendiri kan.


RESIT ASAL

Dan disebabkan budak-budak yang baharu masuk pun kebanyakan keras kepala, suka buat hal sendiri, tak hormat senior, malas, asyik main game dan ada tu bagi kawan main game percuma menyebabkan aku tak nak turunkan loker tu kepada dia orang. Aku nak pulangkan balik kepada Aeon Maluri dan kita orang pun dah berurusan dengan Aeon tu kan. Boleh bagi orang lain guna.

Berapa kali aku pergi, orang yang incharge loker tu asyik tak ada memanjang padahal aku ni dah nak berhenti. Nanti mana boleh masuk kat situ lagi...dah jadi kawasan larangan sebab aku bukan lagi staff. Akhirnya sampai hari terakhir aku kerja pun masih tak selesai pasal loker ni aku kena minta tolong Eiya. Nasib baik Eiya tolong dan dapatlah aku RM10 tu semula.




NI LOGO KAT BELAKANG UNIFORM KITA ORANG



FLAWLESS MUKA KAT ID - HAHAHA...GUNA TELEFON KAK ZERA, SEMUA MUKA FLAWLESS




AKU DAN KAMSIAH @ KAY - BUDAK SABAH YANG KAHWIN MUDA

AKU DAN EIYA

MESIN BAHARU NI - TAK MAHIR LAGI, SEKADAR NAK BERGAMBAR BOLEHLAH


NI PUN BUDAK BAHARU









HAHAHA










DAH CHECK OUT - SELAMAT TINGGAL SMART WONDER WORLD @ MOLLY FANTASY

NI SENARAI MESIN YANG AKU INGAT JE - DULU BENDA NI DALAM KEPALA SAHAJA, SEBUT JE JENIS MESIN AKU TAU NAMA DAN NOMBOR BEG DAN LETAKNYA KAT MANA TAU!!



No comments: