1. ZALITUUN: Duduk di pasar / kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
2. WATHIIN: Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
3. A'AWAN: Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
4. HAFFAF: Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang berada di tempat-tempat maksiat (i.e. disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras)
5.MURRAH: Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour dll.
6. MASUUD: Duduk dibibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan segala apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.
7. DAASIM (Berilah Salam sebelum masuk ke rumah) : Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami-isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumahtangga).
![]() |
SYAITAN DAASIM @ DASIM |
8. WALAHAAN: Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwudhuk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.
![]() |
WALAHAN @ WALHAN |
9.LAKHUUS: Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api dan matahari.
(Sumber: nona.my)
Kaedah untuk mengelaknya dan seterusnya menjadi pendinding untuk mempertahankan diri:
1 - Melaksanakan seluruh perintah Allah dan Rasul
2 - Tidak melakukan dosa dan Maksiat
3 - Melakukan banyak amal ibadah dengan ikhlas seperti membaca al-Quran,solat berjemaah,solat malam dsb.
4 - Membaca al-Fatihah, ayatul kursiy dan surah al-Ikhlas,al-Falaq dan al-Nas (3 Qul) diulang sebanyak 3 kali sebelum tidur.
5 - Mengamalkan ayat yang ke 115-118 surah al-Mu'minun setiap kali selepas bersolat.
6 - Mengamalkan "ruqyah Jibril" iaitu doa jibril yang diajar kepada Rasul s.a.w ketika malam Isra' Mi'raj iaitu:
أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ الله التَّامَّاتِ الَّتِي لاَ يُجَاوِزُهُنَّ بَارٌّ وَ لاَ فَاجِرٌ مِنْ شَرِّ مَا يَلِجُ فِي الأَرْضِ وَ
No comments:
Post a Comment