Mengapa Piring Astro Mengadap Kiblat?
Jelas,
Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia
dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali,
tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap
Astro ada ‘piring para bola’ untuk menerima maklumat yang dipancarkan
dari satelit. Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan
dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok
balik piring Astro di bumbung anda menghadap ke mana?
KENAPA
BEGITU? Mudah saja jawapannya Mekah adalah pusat bumi. Sama ada percaya
atau tidak jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil Armstrong
menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu bual di
stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari pusat
Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah
membuktikan, Mekah adalah pusat bumi.
Katanya
ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam
perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang
dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi
itu sesuatu yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan dan membuat
penelitian. Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu
dipancarkan dari Mekah atau secara tepatnya dari Kaabah.
“Yang
paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak berpenghujung).
Apabila Armstrong menjejakkan kaki ke bulan, radiasi itu masih boleh
dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling penting ia
infiniti. Saya percaya inilah yang menhubungkan Kaabah di bumi dengan
Kaabah di alam akhirat.
“Bayangkan
anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan,di
tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar
dan itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh. bawa kompas ke Kaabah
dan anda dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna
Kaabah adalah zon magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan
adalah sama kuat.
Hal
sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur
seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan
panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan
pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.
“Ini
telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk
membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tusi badan. Bermakna
bila anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke
seluruh tisu badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat
lain di dunia ini,” jelasnya.
Pelbagai
bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan bahawa
Kaabah berada di “Centre of the earth”. Jika anda berkesempatan ke Mekah
Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas
tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan
atau ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau
ditengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini.
Maha
Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf kesihatan kita akan bertambah
baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini sentiasa
merindui untuk ke Mekah. Bagi yang bukan Islam kaji-kajilah fakta ini
dan anda pasti akan mendapat kebenaran-Nya. Marilah kita belajar ilmu
dan mengkaji Islam yang amat indah ini.
sumber: Kongsi Dot Com (petikan dari www.gilerkentang.com)
#####################################################################################
Asronot Wanita India Buktikan Kebenaran Cerita Neil Armstrong Tentang Kota Bercahaya
![]() |
SETELAH SELAMAT MENDARAT |
Satu
pesanan pendek tersebar tentang berita masuk Islamnya Sunita
Williams, astronot wanita India pertama yang pergi ke bulan pada 2 Julai
2007 lalu.
Berita
menghebohkan ini bukanlah yang pertama, sebelumnya astronot berasal
Amerika Syarikat Neil Armstrong juga menyatakan dirinya masuk Islam
sekembali dari bulan.
Apakah
ini berita bohong? Yang jelas pihak NON MUSLIM sangat tidak suka dengan
pemberitaan ini. Lalu disebarlah berita, bahawa ini berita bohong.
Perlu
diketahui, Sunita Williams adalah seorang astronot kelahiran Ohio 19
September 1965 dari orang tua berketurunan India-Slovenia. Berkahwin
dengan Michael J. William, seorang Polis Federal di Oregon, USA.
Sebagai
astronot pertama India, dia memegang rekod perjalanan luar angkasa
untuk wanita: berada di luar angkasa terlama (195 hari), dan berjalan di
luar angkasa (29 jam, 17 minit).
Dalam
perjalanannya ke bulan, Sunita William melihat fenomena yang aneh
semasa pandangannya menuju ke bumi. Ketika bahagian bumi lainnya nampak
gelap, ternyata ada sebahagian kecil bumi yang nampak terang
iaitu MEKAH dan MADINAH.
Sunita
mengatakan, dari atas seluruh permukaan bumi diselimuti kegelapan,
namun betapa terkejutnya ketika dengan bantuan teleskop, ada dua tempat
yang sangat berbeza, iaitu Makkah dan Madinah.
Kedua tempat itu nampak terang dibandingkan dengan tempat-tempat lainnya dibelahan bumi. Masya Allah, Laa Quwwata Illa Billaah.
Selain
itu, fenomena lain yang ditangkapnya adalah semasa gelombang suara dari
bumi tidak mampu merentasi luar angkasa, dia ternyata boleh menangkap
suara Azan.
Apakah
ini suatu keanehan, atau merupakan suatu jalan dari Allah untuk
menunjukkan sisi-sisi kebenaran kepadaAstronout ini? Diberitakan setelah
peristiwa ini, Sunita Williams memeluk agama Islam.
Puluhan
tahun yang lampau, tepatnya tahun 1870, Neil Amstrong pernah mengalami
kejadian serupa semasa mendaratkan kakinya di bulan. Diberitakan semasa
itu dia mendengar sebuah suara yang dikemudian hari ia mengenalinya
sebagai SUARA AZAN.
Tepatnya
semasa Neil diundang seminar di Universitas Kaherah, Mesir. Di masa dia
menyampaikan syarahannya, semasa itu azan berkumandang menunjukkan
waktu solat, moderator menghentikan presentasinya untuk mendengarkan
azan. Dan Neil berseru, “Ini dia suara yang pertama kali aku dengar
semasa mendarat di bulan.”
Setelah
itu, Neil Amstrong menemui salah satu profesor di universiti itu. Dia
ingin tahu banyak tentang Islam. Dan tidak lama setelah itu, dia pun
menjadi muallaf.
Pemberitaan masuk Islamnya Neil Armstrong dan Sunita William kebelakangan menjadi polemik di masyarakat.
Tetapi
bagi kita umat muslim, tidak perlu seorang Neil Armstrong untuk
meyakinkan diri kita bahawa agama Islam adalah benar. Jika kita yakin
berada di agama yang lurus, maka yakinlah bahawa kejadian itu
benar.
Kita
tidak perlu menggunakan nama besar Neil Armstrong untuk membenarkan
agama kita. Percayalah, nama MUHAMMAD SAW sudah cukup besar
buat kita dan dunia.
Sama
ada benar atau tidaknya Sunita William atau Neil Armstrong masuk Islam
apabila pulang dari bulan, kita berharap Allah Swt memberi hidayah
kepadanya.
Bagaimanapun
juga para missionari (NON MUSLIM) sangat tidak suka dengan pemberitaan
ini. Padahal jika Allah menghendaki, kejadian terdengarnya suara azan di
bulan, bukanlah suatu perkara yang mustahil. Boleh sahaja
terjadi.
Media
Barat selamanya tidak akan pernah memberitakan hal-hal yang dianggap
boleh "MENGGONCANGKAN UMATNYA", bukan hanya di AS, tapi juga seluruh
dunia.
Sekali
lagi sejarah membuktikan bahawa sekalipun Islam dituduh sebagai "agama
orang bodoh", "agama kampungan", "agama rendahan", "agama orang miskin",
atau apapun tuduhannya, tetap sahaja orang yang berbondong-bondong
mengikutinya dan rata-rata berasal dari orang-orang cerdas, orang yang
tidak sekadar BERAKAL tetapi juga MEMPERGUNAKAN AKALNYA. Subhanallah,
walhamdu lillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar.
(sumber: Kongsi Dot COm (petikan dari tulahan.blogspot.com)
No comments:
Post a Comment