Friday 4 January 2013

ARTIKEL AGAMA: KISAH BILAL RABAH /SAAD ABI WAQQAS/SALMAN AL-FARISI & PANGLIMA ROM YANG BERTAUBAT


Adakah kamu lebih mulia dari Bilal bin Rabbah, Saad bin Abi Waqas dan Salman Al-Farisi?


Di zaman pemerintahan Saidina Umar, empat orang sahabat Nabi Muhammad telah datang kepada Amirul Mukminin untuk mengadu hal. Mereka adalah Bilal bin Rabbah, Saad bin Abi Waqas, Salman Al-Farisi dan Abu Sufyan, bangsawan Arab yang sangat terkenal.

Apabila Saidina Umar membuka pintunya untuk tetamunya, beliau memanggil Bilal dahulu, setelah selesai urusannya dengan Bilal beliau memanggil Saad dan seterusnya Salman Al-Farisi. Akhir sekali adalah Abu Sufyan.


SALMAN AL-FARISI
SALMAN AL-FARISI TOMB IN JORDAN

Dalam diam, Abu Sufyan berasa marah kerana beliau adalah orang yang terakhir dipanggil dan terpaksa menunggu lama. Padahal seluruh tanah Arab tahu bahawa beliau adalah dari golongan bangsawan yang kaya lagi mulia di tanah Arab pada ketika itu.

Setelah bertemu Saidina Umar, Abu Sufyan telah mengadu halnya kepada Saidina Ali. “Mengapa Bilal si hamba yang hitam itu terlebih dahulu dipanggil oleh Umar? Tidakkah Umar mengetahui bahawa akulah yang lebih mulia?

BILAL AL-HABASHI TOMB

SHRINE OF BILAL BIN RABAH IN JORDAN




Saidina Ali menjawab, “Semasa Israk Mikraj Nabi Muhammad ke langit, Rasulullah terdengar bunyi tapak kaki”. Rasulullah bertanya kepada Jibrail, “Bunyi tapak kaki siapakah itu wahai Jibrail”. Jibrail menjawab, “Itulah bunyi tapak kaki Bilal di dalam Syurga”.

Dengan tenang Saidina Ali bertanya Abu Sufyan, “Adakah Rasulullah mendengar bunyi tapak kaki mu wahai sahabatku”. Abu Sufyan hanya mampu mengelengkan kepala. “Sebab itu Bilal lebih mulia dari kamu!”. Saidina Ali menambah.

“Bagaimana pula dengan dengan Saad bin Abi Waqas, bukahkah di cuma seorang anak kepada hamba?” kata Abu Sufyan yang masih tidak berpuashati dengan Saidina Umar.


SAAD IBN ABI WAQAS TOMB
SAAD BIN WAQQAS  MOSQUE IN GUANGZHOU, CHINA

Saidina Ali berkata, “Takkala ibu Saad mengetahui tentang pengislaman Saad, ibunya telah berasa malu dan memberi tahu Saad yang beliau tidak makan dan minum sehinggalah beliau meninggalkan ajaran Nabi Muhammad”.

Sumber : tulahan.blogspot.com

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Panglima Rom Yang Bertaubat



Dalam kegemparan terjadinya peperangan Yarmuk, salah seorang panglima Rom yang bermana George memanggil Khalid bin Walid. 

Kedua orang panglima itu saling hampir sehingga kedua kepala kuda mereka saling bertemu.

Kepada Khalid, George bertanya: "Wahai Khalid, aku meminta kamu berbicara dengan jujur dan jangan berdusta sedikitpun, kerana Tuhan Yang Maha Mulia tidak pernah berdusta, dan jangan pula kamu menipuku, karana sesungguhnya orang yang beriman itu tidak akan berdusta di sisi Allah."

"Tanyalah apa yang ingin engkau tanyakan," kata Khalid.

"Apakah Allah menurunkan kepada Nabi-Nya Muhammad SAW sebuah pedang dari langit kemudian diberikannya kepadamu sehingga jika kamu pakai pedang itu untuk berperang, pasti kamu akan menang?"

"Tidak!" Jawab Khalid.

"Apakah sebabnya kamu digelar dengan Saifullah (Pedang Allah)?" Tanya George.

Khalid menjawab: "Ketika Allah SWT mengutus Nabi Muhammad SAW, seluruh kaumnya sangat memusuhinya termasuk juga aku, aku adalah orang yang paling membencinya. Setelah Allah SWT memberikan hidayah-Nya kepadaku, maka aku pun masuk Islam. Ketika aku masuk Islam Rasulullah SAW menerimaku dan memberi gelaran kepadaku "Saifullah" (pedang Allah)."

"Jadi tujuan kamu berperang ini untuk apa?" Tanya George. "Kami ingin mengajak kamu supaya bersaksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu adalah utusan Allah dan kami juga ingin mengajak kamu untuk mempercayai bahawa segala apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW itu adalah benar." Jawab Khalid.


George bertanya: "Apakah hukumannya bila orang itu tidak mahu menerimanya?"

Jawab Khalid: "Hukumannya adalah harus membayar jizyah, maka kami tidak akan memeranginya."

"Bagaimana kalau mereka tidak mahu membayar?" Tanya George.

"Kami akan mengumumkan perang kepadanya," kata Khalid bin Walid.
George bertanya: "Bagaimanakah kedudukannya jika orang masuk Islam pada hari ini?"

Khalid menjawab: "Di hadapan Allah SWT, kita akan sama semuanya, baik dia orang yang kuat, orang yang lemah, yang dahulu mahu pun yang kemudian masuk Islam."

"Apakah orang dahulu masuk Islam kedudukannya akan sama dengan orang yang baru masuk?" Tanya George.

Khalid menjawab: "Orang yang datang kemudian akan lebih tinggi kedudukannya dari orang yang terdahulu, sebab kami yang terlebih dahulu masuk Islam, menerima Islam itu ketika Rasulullah SAW masih hidup dan kami dapat menyaksikan turunnya wahyu kepada baginda. Sedangkan orang yang masuk Islam kemudian tidak menyaksikan apa yang telah kami saksikan. Oleh kerana itu siapa saja yang masuk Islam yang datang terakhir maka dia akan lebih mulia kedudukannya, sebab dia masuk Islam tanpa menyaksikan bukti-bukti yang lebih meyakinkannya terlebih dahulu."

George bertanya: "Apakah yang kamu katakan itu benar?" "Demi Allah, sesungguhnya apa yang aku katakan itu adalah benar,"jawab Khalid.

George berkata: "Kalau begitu aku akan percaya kepada apa yang kamu katakan itu, mulai saat ini aku bertaubat untuk tidak lagi memusuhi Islam dan aku menyatakan diri masuk ke dalam agama Islam, wahai Khalid tolonglah ajarkan aku tentang Islam."

Lalu Khalid bin Walid membawa George ke dalam khemahnya, kemudian menuangkan air ke dalam timba untuk menyuruh George bersuci dan mengerjakan solat dua rakaat.

Ketika Khalid bersama dengan George masuk ke dalam khemah, maka tentera Rom mengadakan serangan besar-besaran terhadap pertahanan umat Islam.

Setelah selesai mengerjakan solat, maka Khalid bin Walid bersama dengan George dan kaum Muslimin lainnya meneruskan peperangan sehingga matahari terbenam dan semasa itu kaum Muslimin mengerjakan solat Zohor dan Asar dengan isyarat saja.

Dalam pertempuran itu, George yang telah bergabung dengan barisan kaum Muslimin itu terbunuh, dan dia hanya baru mengerjakan solat dua rakaat bersama dengan Khalid bin Walid.

Walaupun demikian, ia telah menyatakan keIslamannya dan berjanji untuk tidak akan kembali lagi kepada agama lamanya.

Semoga Allah menempatkan George ke dalam golongan orang-orang yang mati syahid. Amin.

Sumber: tulahan.blogspot.com


No comments: