Sunday 13 January 2013

PUISI: UDA DAN DARA & CORETAN RINDU



Rindu ini bukan rindu Uda & Dara,

Rindu ini tak sehebat Laila & Majnun,

Rindu ini lebih hebat dengan sandaran Ilahi.

Rindu ini akan dibaja dengan ibadah,

Rindu ini ikatannya akidah,

Rindu ini memupuk wehdah,

Rindu ini tak kalah dek mehnah.

Rindu yang mekar kerna percaya,

Rindu yang ‘kaya’ dan berjaya,

Rindulah wahai sang perindu,

Rindulah pada yang berhak dirindu.

Rindu ini bukan rindu Uda & Dara,

Tetapi,

Rindu yang membawa keredhaan dan bahagia.


*********************************************************************




Sempat dicoret luahan rindu sebelum kuliah bermula. 
Memakna kasih dan rindu pada seseorang yang ku ‘cinta’.

Bila ditanya, apakah makna kasih dan rinduku padanya?
Mengapakah ‘dia’ yang ku pilih sebagai kekasih? Ini bukan kekasih yang memadu cinta tak ingat dunia. Tetapi ini kasih dan rindu yang menjaga dunia dan akhirat. 

Namun usah nafikan, kasihku pada Yang Maha Esa dan Rasulnya tetap yang pertama.
Mengapa dia yang ku sayang?

Wahai yang disayangi,

Kadangkala perasaan sayang itu timbul tanpa kuduga. Setelah merefleks diri, sayang ku tertumpah saat ku rasa kau mengambil berat dan membuatku terfikir selalu tentangmu. Terfikir, tapi tidak memudharat, itu maksudku. Terfikir tatkala ku melakukan kerja-kerja islami, terfikir tatkala ku teruskan ‘perjuangan’ ini.

Ada sahabat yang telah melabel diri ini sedang ‘angau’ bercinta.

Ya. ‘Angau’ ku ini berasas bukan? ‘Angau’ yang menjurus pada keredhaan.

Namun, bimbang diri andai kasih sayang dan rindu ini tidak berpanjangan. Selagi rindu ini masih ada, biarku usaha semampunya untuk teruskan perasaan kasih ini. Andai takdirnya, rindu dan kasih ini berkesudahan ku terima dengan redha, kerana ku tahu, yang menyayangimu pasti yang benar-benar menyayangi.

Usah ditanya lagi mengapa ku berasa sayang dan rindu. Kadang-kala ku tak mampu menjawab dengan kata-kata yang bermakna. Tuhan telah menghadiahkan ku ‘seseorang’ tatkala ku ‘jatuh’ dan rindu pada kasih sayang. Rindu ini hadiah dariNYA.

Fahamilah sayang.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Nota kaki 1 : Rindu pada sehari yang bermakna!
Buatmu naizsalam..



  Sumber: Halaqahmardhatillah.wordpress.com

No comments: