Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang mati pada masa ia dalam keadaan taatkan Allah, beramal soleh, maka ia dibangkitkan oleh Allah hidup kembali dengan keadaan yang menyukakannya; dan sesiapa yang mati pada masa ia dalam keadaan derhaka kepada Allah, berbuat jahat, maka ia dihidupkan kembali dengan keadaan yang mendukacitakannya". (Riwayat Jabir r.a)
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:"Sesungguhnya orang mukmin akan menerima
tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau
yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya
satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi
bencana dan kesusahan tersebut." (Riwayat
al-Hakim)
Tribulasi atau ujian adalah seiringan dengan
perjuangan. Oleh itu ia tetap memerlukan bekalan iman, sabar dan istiqamah.
Ujian dijadikan Tuhan untuk mengukur sama ada keimanan seseorang itu kepada
Allah dan seluruh ajaranNya adalah benar dan diikuti oleh perlakuan dan tindakan
atau hanya terhenti setakat di mulut sahaja.
Umat Islam akan diuji dengan
lima perkara iaitu saudara seagama yang sentiasa dengki terhadapnya, orang
munafiq yang sentiasa membencinya, orang kafir yang sentiasa memeranginya,
syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkannya dan bisikan hawa nafsu yang
sentiasa menggoncang keimanannya. Semuanya ini menuntut kesabaran dan di
dalamnya terdapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah SWT.
Lawan
bagi sabar adalah mengeluh dan ia merupakan perbuatan yang amat dilarang oleh
agama kerana dengan mengeluh akan membuatkan semangat menjadi lemah dan
terbitnya perasaan kecewa dan putus asa sedangkan Allah SWT berfirman dengan
maksudnya:"Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan."
(al-Insyirah:6)
Tanpa masalah atau ujian tidak akan wujud kematangan
kerana pengalaman dalam menyelesaikan masalah adalah guru terbaik dalam menjamin
kejayaan dalam kehidupan.
فَإِذَا مَسَّ
ٱلۡإِنسَـٰنَ ضُرٌّ۬ دَعَانَا ثُمَّ إِذَا خَوَّلۡنَـٰهُ نِعۡمَةً۬ مِّنَّا قَالَ
إِنَّمَآ أُوتِيتُهُ ۥ عَلَىٰ عِلۡمِۭۚ بَلۡ هِىَ فِتۡنَةٌ۬ وَلَـٰكِنَّ
أَكۡثَرَهُمۡ لَا يَعۡلَمُونَ
Maka
apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, dia segera berdoa kepada Kami;
kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami,
berkatalah dia (dengan sombongnya): Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan
pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku. (Tidaklah benar apa yang
dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah dia
bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui
(hakikat itu)
(Surah Az-Zumar 39: Ayat
49)
Sumber: MyIbrah.com (Zulhafidz)
No comments:
Post a Comment