Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:"Kaum wanita diciptakan dari tulang rusuk dan tak dapat engkau luruskan walau dengan apa cara sekalipun. Jika engkau merasa senang kepadanya bersenang-senanglah, namun dia tetap saja bengkok. Jika engkau berusaha meluruskannya, nescaya dia patah. Mematahkannya bererti menceraikannya." (Muslim)
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:":Empat perkara yang membawa kebahagiaan
iaitu wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang
selesa.!"Riwayat Ibnu Hibban
Kehidupan yang selesa adalah suatu bentuk
kehidupan yang dialu-alukan oleh Islam di mana kehidupan yang sempurna
memerlukan empat elemen asas yang penting iaitu:
a) Wanita yang solehah -
iaitu isteri yang baik yang dapat menguruskan keluarga dan rumahtangga dengan
sempurna.
b) Rumah yang luas yang boleh memberikan keselesaan untuk bermesra dengan keluarga dan anak-anak di samping dapat melapangkan fikiran dengan baik dan tenang.
Antara tabiat buruk yang
mengancam kebahagiaan hidup ialah berfoya-foya dengan kehidupan mewah, boros
harta dan membazir ketika berbelanja. Tabiat ini sering disebut dalam al-Quran
sebagai punca kehancuran beberapa umat yang terdahulu.
Kemewahan hidup
berbeza antara satu zaman dengan zaman yang lain, mungkin mewah pada suatu
ketika dahulu, tidak dianggap mewah pada hari ini, kerana perbezaan masa,
suasana dan pendapatan menjadikan ukuran kemewahan turut
berbeza.
Dari Abu Sa'id al-Khudri r.a, dari nabi s.a.w sabdanya:"Sesungguhnya dunia
itu manis. Dan sesungguhnya Allah telah menguasakannya kepada kamu sekelian.
Kemudian Allah menunggu (memperhatikan) apa yang kamu kerjakan (di dunia itu).
Kerana itu takutilah dunia dan takutilah wanita), kerana sesungguhnya sumber
bencana Bani Israel adalah wanita."(Muslim)
وَمَن لَّمۡ يَسۡتَطِعۡ مِنكُمۡ طَوۡلاً أَن يَنڪِحَ ٱلۡمُحۡصَنَـٰتِ ٱلۡمُؤۡمِنَـٰتِ فَمِن مَّا مَلَكَتۡ أَيۡمَـٰنُكُم مِّن فَتَيَـٰتِكُمُ ٱلۡمُؤۡمِنَـٰتِۚ وَٱللَّهُ أَعۡلَمُ بِإِيمَـٰنِكُمۚ بَعۡضُكُم مِّنۢ بَعۡضٍ۬ۚ فَٱنكِحُوهُنَّ بِإِذۡنِ أَهۡلِهِنَّ وَءَاتُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ بِٱلۡمَعۡرُوفِ مُحۡصَنَـٰتٍ غَيۡرَ مُسَـٰفِحَـٰتٍ۬ وَلَا مُتَّخِذَٲتِ أَخۡدَانٍ۬ۚ فَإِذَآ أُحۡصِنَّ فَإِنۡ أَتَيۡنَ بِفَـٰحِشَةٍ۬ فَعَلَيۡہِنَّ نِصۡفُ مَا عَلَى ٱلۡمُحۡصَنَـٰتِ مِنَ ٱلۡعَذَابِۚ ذَٲلِكَ لِمَنۡ خَشِىَ ٱلۡعَنَتَ مِنكُمۡۚ وَأَن تَصۡبِرُواْ خَيۡرٌ۬ لَّكُمۡۗ وَٱللَّهُ غَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ۬
No comments:
Post a Comment