Monday 31 December 2012

PERTUKARAN BIDANG KERJA

Mulai November 2012 aku telahpun ditukarkan ke Unit Kawalan Pembangunan (KM) yang mana aku menjaga kawasan DUN Lembah Jaya. Jurutekniknya Abang Suhaimi dan Pen. Peg. Perancang Bandar ialah Kak Juhaida manakala pegawainya ialah Encik Azli. Encik Azli ni dah lama bertanyakan bila aku nak masuk unit KM sebab selama ni aku di Bahagian Pentadbiran dan buat kerja-kerja CC Saras.

Antaranya ialah:
  1. Merekod dan mengedarkan surat-surat yang diterima dari Pejabat YDP selepas diminit oleh  Pengarah.
  2. Merekod dan menyelaras pergerakan kenderaan jabatan. Ada buku tempahan kenderaan kepada mana-mana pegawai yang ingin keluar membuat lawatan tapak / menghadiri mesyuarat, seminar ataupun kursus dan lain-lain.
  3. Menjaga, merekod dan menyediakan memo Laporan Inden Minyak setiap bulan / Laporan Tocuh n Go bila mana perlukana tambahan nilai untuk kad T n Go tersebut.
  4. Merekod dan menghantar memo Laporam Piagam Pelanggan setiap bulan ke Jabatan Korporat.
Sebelum ni aku menjaga Unit Pembangunan Mampan yang meliputi Bandar Selamat / Local Agenda 21 dan MurniNets di bawah En. Zaiham (Pen. Peg. Perancang Bandar) dan Abang Acad (Juruteknik).
Tapi masa ni tak begitu aktif lagi dan CC Saras mula bagi aku kerja-kerja pentadbiran. Ada juga aku dengar cakap-cakap belakang sebab aku bua kerja CC tapi dah aku budak baharu masa itu, ikutkan sahajalah. Tak adalah nak membantah ke apa kan!.



 Kerja-kerja KM ni melibatkan proses untuk meluluskan sesuatu projek hingga mendapat kelulusan ataupun mungkin permohonan itu ditolak sebab tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak Majlis.

Antaranya ialah permohonan yang melibatkan:
  1. KM Besar (Bilik Pameran / Surau / Balai Penghulu / Balai Polis / Kilang / Perumahan yang besar seperti nak bina 20 tingkat apartment @ 20 unit rumah berkembar dll.
  2. Rumah Sesebuah @ Banglo
  3. Tukar Guna Bangunan (dari rumah nak dijadikan Taska / Tadika / Pusat Kebajikan / Rumah Orang Tua / Pusat Tahfiz dll).
  4. Kerja Tanah
  5. Cadangan Alamat
  6. Pra-Hitungan
  7. Lanjut Tempoh KM (lepas dah lulus tapi tiada apa-apa binaan ditapak dan boleh mohon lanjut tempoh KM TAPI untuk sekali sahaja yang mana lanjutan tempoh tu untuk setahun. Lepas tu kena masuk KM baharu)
  8. CCC (Perakuan Siap dan Pematuhan)
  9. Permohonan yang melibatkan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) - biasanya di kawasan tanah tinggi, berbukit dan bercerun.
  10. Guarded Community (Pondok Pengawal / Pintu Berpalang dll di sekitar kawasan perumahan).
  11. Ulasan Bangunan (yang ni tak berapa faham dan jarang ada permohonan ni).
  12. CF
  13. SKM (sijil kelayakan Menduduki)
  14. Lembaga Rayuan (kalau ada pemohon yang tidak berpuas hati dengan penolakan KM yang diberi)
  15. Billboard






No comments: