Teori Einstein telah Di terangkan terdahulu di dalam Al-Quran
Dan engkau melihat gunung –ganang, engkau menyangkanya tetap membeku, padahal ia bergerak cepat seperti bergeraknya awan, demikianlah perbuatan Allah yang telah membuat tiap-tiap sesuatu dengan serapi-rapi dan sebaik-baiknya. Sesungguhnya Ia amat mendalam pengetahuannya akan apa yang kamu lakukan. – (Surah An-Naml ayat 88)
Seawal abad ke-2 sebelum masihi, ahli falsafah
terkemuka Aristotle telah mengemukakan model
geosentrik untuk menerangkan keadaan bumi di alam semesta. Model
geosentrik ini menyatakan kedudukan bumi adalah pusat alam semesta, statik, dan
diorbit oleh matahari serta planet lain. Pendapat ini turut disokong oleh model
matematik yang di kemukan oleh Ptolemy bagi mengesahkan
sokongan beliau terhadap model geosentrik ini.
![]() |
ARISTOTLE |
![]() |
CLAUDIUS PTOLEMY |
![]() |
BEZA ANTARA TEORI GEOSENTRIK - BUMI DI TENGAH (ARISTOTLE) DAN TEORI HELIOSENTRIK - MATAHARI DI TENGAH (NICHOLAS COPERNICUS) |
Model ini bertahan sehingga abad ke 16 sehingga seorang ahli sains
terkemuka pada waktu itu, Nicholas
Copernicus memperkenalkan model heliosentrik yang
menyangkal idea yang dibawa oleh Aristotle melalui model geosentrik. Model
heliosentrik ini menyatakan bahawa matahari adalah pusat alam semesta dan setiap
planet termasuk bumi bergerak mengelilingi matahari. Model heliosentrik ini
terbukti kebenarannya dengan sokongan ahli sains selepas beliau yang
mengemukakan teori-teori yang mengesahkan model ini. Penciptaan teleskop juga
memudahkan pencerapan alam semesta yang turut membuktikan kesahihan model
tersebut.
![]() |
NICHOLAS COPERNICUS |
Hari ini, tiada siapa pun di dunia ini yang akan mengatakan bahawa bumi ini adalah pusat alam semesta. Melalui teori-teori yang dikemukan oleh saintis zaman ini dan melalui pencerapan bintang, kita memahami bahawa bumi kita bergerak mengelilingi matahari dan bumi turut berputar di atas paksinya sendiri.
Dari ayat di atas, telah Allah nyatakan kepada manusia bahawa kita
menyangka gunung-ganang itu statik dan tidak bergerak, padahal, ianya bergerak
dengan cepat seperti pergerakan awan. Apabila kita mengaitkan ayat tersebut
dengan pergerakan bumi, berdasarkan pemerhatian kita seharian, kita akan
mendapati ada sesuatu yang sangat penting perlu diberi perhatian dengan ayat
Al-Quran tersebut.
Tidak pernah sekalipun kita melihat gunung itu di suatu
kedudukan tertentu dan melihat gunung tersebut di kedudukan lain pada keesokan
harinya. Ayat tersebut menyatakan bahawa gunung-ganang itu bergerak, tetapi
melalui pemerhatian kita setiap hari kepada gunung-ganang yang ada di sekeliling
kita menunjukkan dengan jelas bahawa gunung-ganang itu tetap pada kedudukannya
setiap hari. Jadi apakah yang Allah maksudkan dengan pergerakan ini. Melalui
ayat itu juga Allah ada membuat perbandingan dengan pergerakan awan. Apa maksud
Allah meletakkan perbandingan seperti ini. Perkara ini tentunya sesuatu yang
menarik untuk dikaji perkaitannya.
Dari sini, jika kita semak semula ayat tersebut dengan Teori
Kerelatifan Khas yang dikemukakan oleh saintis terkemuka Albert
Einstein, kita akan melihat kebenaran kitab Al-Quran itu sendiri
melalui ayat yang dinyatakan di atas. Teori Kerelatifan Khas menyatakan bahawa,
setiap pergerakan adalah relatif antara satu sama lain, yakni setiap pemerhatian
akan dilakukan berdasarkan kepada titik rujukan dengan mengabaikan kesan
graviti.
![]() |
ALBERT EINSTEIN |
Mengambil anologi sebuah keretapi yang bergerak di platform, teori ini
dapat dijelaskan dengan lebih mudah lagi. Katakan kita meletakkan A yang sedang
menimbang bola dengan tangannya di satu kedudukan di dalam keretapi dan B di
platform. Keretapi itu bergerak dengan halaju v. Bagi pemerhatian ini, kita akan
mendapati terdapat 2 titik rujukan, iaitu titik rujukan bagi A iaitu di dalam
keretapi dan titik rujukan bagi B iaitu di platform. Bagi keretapi yang sedang
bergerak, menggunakan titik rujukan di B, beliau (B) akan membuat kesimpulan
dengan menyatakan bahawa A sedang bergerak, kerana kedudukan A telah berubah
dari satu koordinat ke koordinat lain berikutan pemerhatian itu dibuat dengan
berpandukan titik rujukan di B, tetapi apabila kita menggunakan titik rujukan A,
beliau (A) akan menyatakan bahawa beliau tidak bergerak berikutan tiada
perbezaan koordinat beliau dengan bola yang ditimbangnya, iaitu beliau berada
pada kedudukan yang sama seperti sebelum keretapi tadi bergerak.
Kita tentu sekali pernah merasai pengalaman seperti ini di lampu isyarat.
Di mana kita tidak bergerak sebenarnya, tetapi pergerakan oleh kereta
bersebelahan menyebabkan kita menyangka bahawa kita bergerak dan kereta sebelah
itu statik. Begitu juga sebaliknya bagi orang yang berada di dalam kereta
sebelah kita tersebut.
Merujuk kembali kepada ayat di atas, dengan mengambil bumi sebagai titik
rujukan, kita dan gunung- ganang tersebut berada dalam titik rujukan yang sama,
jadi, kita tidak dapat merasai sebarang perubahan atau pergerakan. Namun begitu,
jika kita meletakkan seorang manusia lain (D) di awan misalnya, beliau (D) akan
menyatakan bahawa beliau melihat kita bergerak mengikut pergerakan bumi dan
beliau dalam keadaan statik. Namun bagi kita di bumi, kita akan mengandaikan
bahawa kita adalah statik dan D sedang bergerak bersama sama awan. Di sini,
sekiranya kita meletakkan seorang yang lain (E) di kedudukan bersebelahan bukit
tersebut, beliau juga akan turut menyatakan kesimpulan seperti kita bahawa tiada
perubahan pada gunung-ganang tersebut kerana beliau (E) turut berada dalam titik
rujukan yang sama dengan kita dan gunung-ganang tersebut. Perubahan ini hanya
boleh dikesan oleh seseorang yang berada di luar titik rujukan tersebut.
Einstein hanya mengemukakan teori ini selepas tahun 1905 masehi. Nabi
Muhammad telah di ajar oleh Allah berkenaan perihal ini pada 610 masehi. Mana
mungkin Nabi Muhammad yang buta huruf pada waktu itu dapat menghasilkan satu
kesimpulan yang jitu dan disokong oleh teori-teori kompleks yang dikemukakan
oleh saintis-saintis terkemuka dunia. Ini merupakan satu bukti bahawa Al-Quran
itu bukannya ditulis sendiri oleh Nabi Muhammad dan ada kuasa Maha Agung yang
mengawal alam semesta ini yang mengajar beliau. Sesungguhnya amat benarlah
kata-kata Allah.
Sumber: www.MyIbrah.com (petikan dari: http://www.majalahsains.com/)
No comments:
Post a Comment