Beliau
tiada nama Islam kerana sekarang seseorang muallaf sudah tak perlukan
tukar nama dengan nama Islam, dan hanya perlu ber ‘binti’ kan kepada
Abdullah serta tak perlu tukar bangsa, maka namanya kekal Loo Jo Yee
binti Abdullah.
Beliau
telah masuk Islam ketika masih berusia 17 tahun, disebabkan di Malaysia
mempunyai undang-undang untuk memeluk agama Islam bermula 18 tahun
sahaja. Jadi, beliau terpaksa menangguhkan dulu permohonan.
Keluarga
Jo Yee merupakan pengikut agama kristian yang kuat. Dan beliau bakal
menjadi seorang paderi di sebuah gereja. Disebabkan itu, keluarga beliau
sangat bantah hingga menganggap masuk Islam adalah sangat menghinakan
bagi keluarganya.
Loo Jo Yee mendapat hidayah melalui dua peristiwa yang menarik.
Yang
pertama adalah, beliau mempunyai ramai rakan-rakan yang beragama Islam.
Oleh itu, mereka telah berdebat tentang agama masing-masing. Ketika
itu, beliau bermatlamat untuk membawa rakan-rakan Islam untuk masuk
agama Kristian.
Namun
untuk berdebat dengan rakan-rakan, beliau telah mengkaji al-quran,
membaca kisah Nabi Muhammad s.a.w dan mengkaji kemunculan Islam untuk
mencari kelemahan Islam.
Semakin
beliau mengkaji, semakin lama beliau mula tertarik dengan ajaran Islam.
Beliau sendiri mengaku bahawa di dalam Bible banyak perkara yang telah
diolah hingga menyimpang dari perkara sebenar.
Oleh
itu, Jo Yee mengkaji Islam dengan lebih mendalam untuk mencari perkara
yang sebenar. Dengan itu, beliau telah mendapat ketenangan jiwa ketika
membaca al-quran. Itu adalah hidayah pertama Loo Jo Yee.
Peristiwa
kedua yang membawa hidayah kedua beliau adalah ketika beliau menghidap
mendapat penyakit thyroid di bahagian leher. Doktor mengesahkan 90%
besar kemungkinan adalah penyakit tersebut. Beliau merasakan ini adalah
penamat bagi kehidupan beliau walaupun masih muda.
Rakan-rakan
Islam Jo Yee telah banyak ‘encourage’ beliau untuk cuba berdoa kepada
Allah taala. Beliau cuba dengan menadah tangan, menangis dan hanya
berserah kepada Allah.
Keesokan
harinya, ketika beliau menjalani medical check-up, doktor mengesahkan
penyakit itu bukan kanser. Disebabkan itu, beliau yakin dengan kuasa
Allah taala dan pada waktu itu juga la beliau mengucap 2 kalimah
syahadah. Subhanallah.. Allahuakhbar!
Loo
Jo Yee berasa hiba kerana beliau berasa telah dipilih Allah untuk
mendapat hidayah ketika berumur 17 tahun sedangkan remaja yang seusia
beliau sibuk bersuka-ria hingga tersasar di jalan Allah.
Banyak
dugaan yang beliau terima selepas bergelar muallaf, hingga dipulaukan
rakan-rakan sendiri dan keluarga tercinta. Beliau sangat bersyukur
kerana mendapat keluarga angkat di Ipoh yang mengambil berat terhadap
beliau. Jo Yee berharap selepas ini dia berpeluang untuk berdakwah
kepada remaja-rakan yang seusia dengan cara tersendiri.
Sumber: tulahan.blogspot.com
No comments:
Post a Comment