Tuesday 28 June 2011

KEBANGGAAN KU SELAMANYA....

Sepuluh tahun telah berlalu. Diam tak diam sudah 'lama' aku berada di dalam lingkungan itu walaupun sebenarnya ia masih baharu. Sentiasa baharu bagi orang yang masih dan masih lagi belajar saban hari untuk menggali seberapa banyak ilmu yang boleh aku ambil. Jika dahulu aku meraba-raba mencari petunjuk dan hala tuju kini aku sudah boleh merangkak dan tahu ke mana hendak pergi.


Sepuluh tahun itu tidaklah terlalu lama jika kita bukan memberikan sepenuh tumpuan terhadapnya. Walau bagaimana pun, aku masih bangga terhadap dengan diri sendiri di atas segala pencapaian yang telah aku capai dalan jangka masa yang singkat itu. Rasa bangga tkerana daripada tiada menjadi ada, dari satu bertambah dua, tiga, dan seterusnya malah dari sehelai kertas menjadi ratusan helaian.


Inilah hasil karya aku yang pertama usai sahaja menyertai Kursus Penulisan Kreatif Remaja pada tahun 2011 sewaktu aku berada di dalam tingkatan empat di SMK Datok Lokman. Dari enam wakil dari sesi pagi yang berjaya menghasilkan karya cuma empat sahaja dan dari empat yang masih aktif hanyalah aku seorang sementelahan masing-masing sibuk membina kerjaya yang lebih menguntungkan. Mereka merupakan :


1) Pegawai Pemasaran Telekom (kerjaya sampingan sebagai pemilik salun, tauke minyak wangi & barangan kristal + agen unir amanah)

2) Bekerja di PPZ Selangor kalau aku tidak silaplah... (sampingan tauke katerer dan aku tahu beliau memang berbakat dalam bidang kreatif sejak di bangku sekolah dulu)

2) dan pensyarah (yang ni aku tak tahu kalau2 ada kerjaya sampingan)


Tidak memungkinkan mereka terus melibatkan diri di dalam bidang ini. Tinggallah aku seorang diri meneruskan minat yang bercambah setiap hari dengan lebih mendalam. Suara Generasi Bahru 2 merupakan nadi dan titik bermulanya sebuah perjalanan seorang yang bernama Norrehan.


Muka depan buku antologi cerpen kita orang

14... nombor yang berkait rapat dengan hidup aku

Nama pelajar sesi petang yang melibatkan sekolah aku...boleh zoom utk baca



Nama aku dan kawan2



Tajuk cerpen aku....tulisan tu masa sesi Bedah Karya sewaktu aku mengikut Minggu Penulis Remaja pada tahun 2002 di bawah bimbingan Abang Faisal Tehrani...novelis tersohor di negara kita



Inilah cerita aku kisah budak silat dan wataknya seorang lelaki dan menggunakan nama yang aku suka pada waktu itu. Ingat ya! Nama yang aku suka bukan budak lelaki yang aku suka. Aku tak pernah kenal budak bernama ........ di sekolah aku tu.
Mungkin di lain waktu aku akan cuba paparkan hasil-hasil karya aku sama ada pernah disiarkan atau tidak....sekian. Salam.....

No comments: