Saturday 11 June 2011

CERPEN HARI GURU - BHGN 1

TERIMA KASIH

Dia menyandarkan kepala di kerusi empuknya. Kepalanya pening seketika lantaran lambakan kerja yang harus diselesaikan dengan segera. Selaku pengarah di sebuah syarikat bumiputera yang berkembang maju ternyata dia tidak menang tangan untuk melakukannya sendirian. Mujurlah bersama-samanya ada kakitangan yang boleh disandarkan harapan untuk membantunya menerajui perusahaan yang dikongsi bersama.

Ketukan di muka pintu menyapu lamunannya. Dia tersenyum manis melihat susuk tubuh itu yang turut mengukir senyuman buatnya. Adegan mata bertentang mata pun bermula. Tidak sampai seminit mereka berdua ketawa.

“Kalau sehari tak menyakat aku memang tak aman dunia kau kan,”
“Dari aku tengok muka kau yang berserabut tu lebih baik aku buat kau ketawa,” sahut seorang lagi.
“Mana tak berserabut, kau tengoklah sendiri sekarang macam-macam projek yang kita dapat. Lepas satu projek selesai ada sahaja projek baharu yang muncul dari sekecil-kecil hinggalah yang mendatang untung besar untuk syarikat kita.
“Kita kan ada orang-orang yang berkebolehan dan berdedikasi tinggi untuk melaksanakannya, janganlah kau risau sangat. Lagi pula aku ada di sini untuk membantu kau. Kawan-kawan kita yang lain pun tak kurang juga hebatnya,”
Muhammad Naim hanya mengganggukkan kepalanya. Tidak dinafikan dia mempunyai tulang belakang yang hebat untuk membantunya bagi memajukan syarikat. Opie, Jijan, Mior dan Suhaila semuanya merupakan jiran sekampung dan mereka membesar bersama-sama.




BERSAMBUNG....

No comments: