Thursday 23 June 2011

ARTIKEL AGAMA: HIKMAH PERKAHWINAN/15 HIKMAH PERKAHWINAN/PERNIKAHAN@PERKAHWINAN-SUAMIKU

Hikmah Perkahwinan Dalam Islam 



Perkahwinan adalah Sunnah Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam-. Menurut jumhur ulamak, hukum berkahwin pada asasnya adalah sunat. Ada juga ulamak yang berpandangan; berkahwin adalah wajib kecuali tidak mampu, antara mereka ialah Imam Ibnu Hazm.

Hikmah perkahwinan cukup banyak sekali. Di antaranya yang dijelaskan sendiri oleh al-Quran dan as-Sunnah, iaitu;

1. Melahirkan zuriat untuk meramaikan umat. Sabda Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- (bermaksud); “Hendaklah kamu berkahwin. Sesungguhnya aku berbangga dengan bilangan kamu yang banyak di hadapan umat-umat yang lain di hari kiamat. Janganlah kamu menjadi seperti Rahib Nasrani (yang enggan berkahwin)”. (Riwayat Imam al-Baihaqi dari Abu Umamah –radhiyallahu ‘anhu-)

2. Memelihara diri dari zina atau memenuhi keinginan seks secara tidak halal. Sabda Nabi –sallallahu alaihi wasallam-; “Wahai para pemuda! Siapa yang mampu dari kamu, hendaklah ia berkahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu paling berkesan untuk menjaga pandangan dan memelihara kemaluan (dari zina). Sesiapa di kalangan kamu yang belum mampu berkahwin, hendaklah ia berpuasa kerana sesungguhnya puasa itu adalah penahan (syahwat)”. (Riwayat Bukhari dan Muslim dari Ibnu Mas’ud –radhiyallahu ‘anhu-)
3. Mengukuhkan rasa keharmonian, ketenteraman dan rasa kasih-sayang di dalam jiwa. Firman Allah (yang bermaksud); “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir”. (Surah ar-Rum, ayat 21)
Supaya himah perkahwinan di atas menjadi kenyataan, perkahwinan hendaklah dilakukan dengan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh agama dan pemilihan pasangan hendaklah dilakukan dengan baik, iaitu dengan mengikut saranan Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- dalam hadisnya (yang bermaksud); “Dikahwini seorang perempuan itu kerana empat sebab; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya.
Kamu pilihlah perempuan yang patuh kepada agama supaya kamu tidak rugi/kecewa”. (Riwayat Imam Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasai dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah –radhiyallahu ‘anhu-)
Wallahu a’lam.
##########################################################################
15 HIKMAH DALAM PERKAHWINAN

Perkahwinan satu ibadah serta penyatuan dua jiwa juga pasangan amanah untuk kita. Perkahwinan adalah menyatukan dua buah keluarga dengan satu ikatan. Allah SWT menjadikan perkahwinan ini bertujuan mendapatkan zuriat dan jalan bagi memenuhi tuntutan seksual manusia.

Terdapat tiga jenis dimensi perkahwinan iaitu perkahwinan fitrah manusia, kepentingan dalam masyarakat serta pemilihan hati. Ia telah dinyatakan oleh Dr. Abdullah Nasih al-Ulwan didalam kitabnya iaitu ‘Tarbiyah al-Awlad fi al-Islam’.

Hukum asal perkahwinan adalah harus mengikut Mazhab Imam As-Syafi’e, namun para fuqaha menyatakan bahawa hukum berkahwin berbeza mengikut keadaan seseorang.

Jika niat berkahwin adalah untuk menzalimi pasangannya, maka hukum kahwin tersebut boleh jatuh kepada haram. Akan tetapi jika seseorang berkeinginan untuk berkahwin tetapi masih terpelihara daripada perkara keji jika tidak berkahwin, maka hukum untuk dia berkahwin adalah sunat.

Allah S.W.T. berfirman : Dan segala sesuatu kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati (kekuasaan Kami dan mentauhidkan Kami) akan kebesaran Allah” (Surah Adz-Dzariyaat 51, Ayat 49).

Sabda Rasulullah S.A.W. :“Wahai para pemuda! Sesiapa di antara kamu telah mampu berkahwin, maka bernikahlah. Kerana nikah itu dapat menundukkan mata dan memelihara faraj (kelamin) dan sesiapa tidak sanggup, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu dapat membendung syahwat.

15 Hikmah dalam perkahwinan ialah: 
1. Menjadi Lebih Berdisiplin
2. Rezeki Bertambah 
3. Zuriat
4. Sunnah Para Nabi dan Rasul
5. Kehidupan Menjadi Tenang Dan Tenteram
6. Dapat Memelihara Iman
7. Dapat Memelihara Kesucian
8. Membina Suasana Persekitaran Berkeluarga
9. Menjaga Masyarakat Dari Penyakit Fizikal
10. Melindungi Diri Dari Keruntuhan Moral
11. Dapat Memelihara Umat Manusia
12. Hidup Dalam Keharmornian
13. Menghalalkan Keinginan Fitrah Masing-masing
14. Mengekalkan Ikatan Silaturrahim Dalam Kalangan Keluarga Masing-masing
15. Dapat Membaiki Diri Ke Arah Yang Lebih Baik
Kesimpulannya, perkahwinan mendatangkan pelbagai hikmah dan kemanisan, namun setiap individu lelaki dan perempuan mestilah bersedia untuk menempuh ke alam perkahwinan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pernikahan atau Perkahwinan,
Membuka tabir rahsia,
Suami yang menikahi kamu,
Tidaklah semulia Muhammad,
Tidaklah setaqwa Ibrahim,
Pun tidak setabah Isa atau Ayub,
Atau pun segagah Musa,
Apalagi setampan Yusuf
Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman,
Yang punya cita-cita,
Membangun keturunan yang soleh-solehah..


Pernikahan atau Perkahwinan,
Mengajar kita kewajiban bersama,
Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya,
Suami adalah nakhoda kapal, kamu kemudinya,
Suami bagaikan anak yang nakal, kamulah penuntun kenakalannya,
Saat Suami menjadi Raja,kamu nikmati anggur singgahsananya,
Seketika Suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya,
Seandainya Suami baran, sabarlah memperingatkannya..


Pernikahan atau Perkahwinan,
Mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Karena memiliki suami yang tak segagah mana,
Justeru kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Khadijah, yang begitu sempurna di dalam menjaga
Pun bukanlah Hajar ataupun Mariam, yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman, yang berusaha menjadi solehah..


No comments: