Thursday 16 June 2011

CERPEN HARI GURU - BHGN 6

“Terima kasih Pak Sudir tapi saya tak nak, tolong jangan paksa saya,”
“Aku kata kau kena belajar semula maknanya kena belajar, faham! Semua persiapan aku dan ayah kau dah uruskan. Bulan depan kau akan ke Kuala Lumpur untuk pengajian persediaan sebelum dihantar ke Dublin Business School di Ireland,” jelas Pak Sudir dengan lantang sebelum segera beredar dari situ.
Sakit hatinya melihat keengganan Naim sedangkan dia tahu Naim masih berminat meneruskan pelajaran. Ayahnya sudah bercerita panjang dengan Pak Sudir.

Pak Sudir juga pernah merasa erti kecewa kerana tidak mendapat keputusan seperti yang diharapkan. Mujurlah ayahnya memberikan sokongan padu agar dia tetap menyambung pelajaran. Kejayaan tidak akan datang jikalau kita tidak merasai erti kegagalan. Kata-kata itu menjadi azimat buatnya sejak itu. Tidak bermakna sekali gagal akan terus gagal. Usaha, usaha dan terus berusaha sehingga berjaya.

Kata-kata Pak Sudir terkesan dihati Naim. Memang dia ingin belajar namun hatinya degil. Setiap kali dia bercadang untuk menyambung pengajian maka dia akan merasa semangatnya sudah lupus. Naim ingin berjaya dan mahu belajar. Dia tidak mahu duduk di kolam itu sepanjang hayatnya. Dia tidak mahu hanya tahu memberi makan ikan-ikan di kolam itu sedangkan rakan-rakan yang lain sudah berjaya. Dia tidak mahu perkara itu berlaku. Ya, dia harus berusaha kembali.

Benar kata Pak Sudir dahulu masa depannya masih panjang. Ketegasan Pak Sudir berjaya menyedarkan dirinya. Terima kasih, Pak Sudir. Terima kasih kerana membawanya kembali ke jalan lurus. Jasa dan baktimu sentiasa terpahat di hati ini sehingga hujung nyawa. Jalan yang kini berjaya dilaluinya dengan gah! Pak Sudir, engkaulah guru terbaik yang pernah aku temui!










TAMAT...

No comments: