Monday 13 June 2011

CERPEN HARI GURU - BHGN 3

“Aku takutlah nak tengok keputusan tu. Rasa gementar.” Naim berasa tidak sedap hati. Sejak seminggu dua ini dia berasa tidak akan mendapat keputusan yang membanggakan. Walau bagaimanapun, dia cuba berfikiran positif dan menyerahkan segalanya kepada yang Maha Esa setelah dia berusaha sehabis baik dalam peperiksaan itu.
“Kau jangan risau sebab aku yakin kita semua akan berjaya bersama-sama.” Opie memberikan kata-kata semangat kepada rakannya.

Tahun itu merupakan tahun yang menggembirakan pihak sekolah dan guru-guru kerana peratus pelajar yang lulus penuh ialah seratus peratus. Sudah sepuluh tahun Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Mawar berusaha meningkatkan prestasi para pelajarnya. Akhirnya mereka berjaya melakar sejarah baharu untuk sekolah.

“Kau dapat berapa Opie,” tanya Suhaila. Dia berjaya mendapat 9A dan 1B manakala Mior pula mendapat 11A.
“Aku berjaya kalahkan kau sebab aku dapat 10A. Sekarang kau kena belanja aku makan tengah hari,”
Naim senyap sahaja dari tadi. Tidak gembira dan tidak sedih hanya duduk membisu. Mereka yang lain saling berpandangan. Wajahnya seolah-olah tiada perasaan.

“Macam mana dengan keputusan kau.” Mior bersuara untuk mendapatkan kepastian. Naim diam lagi. Dia tidak berkata apa-apa hanya menghulurkan slip peperiksaan kepada Mior. Bagaikan tidak percaya dia menunjukkan pula kepada mereka yang lain.






BERSAMBUNG...

No comments: