Wednesday 15 June 2011

CERPEN HARI GURU - BHGN 5

Naim terdiam. Tidak sangka Pak Sudir memerhatikan tindak tanduknya selama ini. Memang dia kecewa dengan keputusan yang dia peroleh sedangkan dia sudah melakukan yang terbaik. Dia sendiri terkejut dengan keputusan itu. Di mana silapnya? Di mana kekurangan jawapan yang dia berikan? Dia sendiri tiada jawapannya. Kini rakan-rakannya sedang menggapai puncak menara gading sedangkan dia masih ditakuk lama.

“Dengar sini Naim, Pak Sudir dah anggap kamu semua seperti cucu sendiri dan kejayaan kamu bermakna kejayaan kampung kita kerana melahirkan anak-anak yang berjaya. Kamu tak perlu bersedih dan kecewa kerana perkara yang lepas tak usah dikenang lagi. Kamu harus pandang ke depan untuk berusaha dengan lebih lagi. Kamu masih muda untuk belajar lainlah kalau kamu suruh Pak Sudir yang belajar. Daya ingatan pun dan kurang bagus,” ujar Pak Sudir. Naim hanya tersenyum.
“Pak Sudir nak kamu sambung semula pengajian kamu bulan depan. Soal yuran kamu tak perlu bimbang kerana Pak Sudir akan tanggung semuanya. Apa yang penting kamu wajib belajar semula,” kata-kata itu mengejutkan Naim.
“Saya tak mahu belajar lagi,” Dia bersikap keras kepala kerana patah hati dengan keputusan yang diterimanya tiga tahun lalu.
“Mahu tak mahu kamu kena belajar semula lagipun Pak Sudir dah berbincang dengan ayah kamu. Dia juga setuju kalau kamu belajar semula kerana dia tahu cita-cita kamu ingin menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya. Kamu kena fikirkan masa depan kamu yang masih panjang,”






BERSAMBUNG...

No comments: