Wednesday 22 June 2011

ARTIKEL AGAMA: CIRI SUAMI MANJA & SIAPA YANG PATUT JADI SUAMI ANDA?


Dalam kehidupan seharian, kita tidak boleh lari dari perasaan cinta. Allah telah mencipta dua kaum di bumi ini untuk saling sayang menyayangi dan saling melengkapi. Berikut adalah ciri dia manja terhadap anda!


1. Melalui bertentang mata
Jika suami anda merenung tepat ke arah mata anda, ini menunjukkan suami minat terhadap anda. Jadi si isteri jangan pula mengalihkan pandangan pula,teruslah membuat jelingan mata yang menawan terhadap suami anda!
2. Jika marah
Jika si isteri sedang marah dan tiba-tiba si suami memujuk dan memeluk erat mesra isterinya, ini petanda bahawa si suami sangat menyayangi isterinya. Jadi, banyakkan berbuat begini ye. Jikalau si isteri sedang marah(api), suami patut menyejukkannya dengan belaian mesra!
3. Dia tunjuk minat kepada perkara yang anda suka
Misalnya jika dia tahu anda suka tengok cerita yang romantik, dia akan berikan pendapat cerita-cerita romantik yang dapat dilihat bersama. Memang romantis suami begini!
4. Suka mengusik dan berjenaka
Suami kerap mengusik anda. Jangan risau kerana ianya ingin menarik perhatian anda untuk disayangi dan dimanjai.
5. Bercakap lembut
Kalau seorang suami ini minat akan anda, dia akan bercakap dengan lebih lembut dan mesra dengan anda. Yang pasti ini sikapnya yang sangat romantis. Jika anda si isteri, apalagi masa inilah untuk bermanja dengannya..

…… TAMAT ……
Berbahagialah dan beruntunglah jikalau isteri mempunyai suami yang begini. Kepada mereka yang mempunyai  ciri-ciri suami di atas, hargailah dan banyakkanlah wujudkan hubungan mesra suami isteri. Insyallah.. :)
__________________________________________________________________________________

Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Bila datang seorang laki-laki yang kamu redhai agama dan akhlaknya, hendaknya kamu nikahkan dia. Kerana kalau engkau tidak mahu menikahkannya, nescaya akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerosakan yang luas”. ~  (HR. Tirmidzi dan Ahmad)
Hadis diatas merupakan bimbingan bagi calon mertua dalam memilih menantu atau wanita dalam memilih suaminya iaitu dengan melihat agama dan akhlaknya.
Bagaimana caranya agar kita dapat mengetahui agama dan akhlak calon suami sebelum kita menjadi isterinya?
Islam memberikan tuntunan kepada kita, untuk menganalisa atau mengamati kehidupan calon suami kita.
Mungkin dengan mengamati sendiri atau dengan bantuan rakan-rakan.
Selanjutnya, kita juga dianjurkan untuk melakukan solat istikharah, iaitu solat untuk memohon kepada Allah agar ditunjukkan calon suami yang baik untuk kehidupan dunia dan akhirat kelak.
Seorang laki-laki pernah bertanya kepada Hasan bin ‘Ali:
“Saya punya seorang puteri. Siapakah yang patut menjadi suaminya menurut anda?”
Jawabnya:
“Seorang laki-laki yang bertaqwa kepada Allah. Sebab jika dia senang, dia akan sudi menghormatinya, dan jika dia sedang marah, dia tak suka berbuat zalim kepadanya”.

Sumber: PakarCinta.com

No comments: