Wednesday, 29 June 2011

ARTIKEL AGAMA: AURAT KEPADA BAKAL SUAMI & ADAB BERTUNANG

Saya wanita tunggal yang berpurdah dalam keluarga saya. InsyaAllah hujung tahun ini saya akan melangsungkan pertunangan. Jadi, adakah saya harus buka purdah ketika itu? Untuk bakal suami saya?


Jawapan:
Jika seorang lelaki benar-benar ingin mengambil seorang wanita menjadi isteri, dia perlu melihat wanita itu dengan keizinan wali dan ditemani mahram. Ia adalah perlu kerana ia adalah hak bagi seorang yang ingin berkahwin untuk memilih paras rupa pasangannya mengikut kesukaannya supaya untuk mencegah daripada berlakunnya penyesalan setelah mendirikan rumah tangga yang hanya akan mengundang seribu satu masalah dalam kehidupan rumah tangga kelak.

Antara pendapat ulama tentang batasan aurat bakal isteri ialah:
Menurut Imam Syafie, tidak boleh melihat wanita yang ingin dikahwini tanpa menutup kepala (memakai hijab). Dia boleh melihat wajah dan tangan hingga ke pergelagan sama ada dengan keizinan atau tanpa keizinannya. (Al-Haawi al-Kabiir, jil: 9, ms: 34).
Imam al-Nawawi berpendapat dalam Raudhah al-Tolibin dan ‘Umdah al-Muftin, jil: 7, ms: 19 – 20, sunat melihat bakal isteri agar seorang lelaki itu tidak menyesal setelah berkahwin dengannya… dibolehkan melihat berkali-kali dengan izinnya atau tanpa keizinannya. Jika masih tidak berpuas hati, dia dibenarkan mengutus wanita lain untuk melihatnya dan menerangkan sifat-sifat wanita itu kepadanya. Wanita juga dikehendaki melihat bakal suami agar apa yang disukai oleh bakal suami, disukai juga oleh dirinya terhadap bakal suami itu.
Abu Hanifah pula berpendapat, dibolehkan melihat wajah, tangan dan kaki. (Bidayatul Mujtahid wa Nihaayatul Muqtasid, jil: 3, ms: 10). Pendapat ini juga dipersetujui oleh Ibn Rushd.
Jumhur ulama membenarkan melihat wajah dan tangan kerana wajah merupakan sumber kecantikan seorang wanita dan tangan pula boleh menggambarkan tubuhnya sama ada langsing atau sebaliknya.

InsyaAllah, semoga si dia membuat pilihan tepat untuk memilih saudari sebagai teman hidupnya.
Sumber: PakarCinta.com

Tuesday, 28 June 2011

KEBANGGAAN KU SELAMANYA....

Sepuluh tahun telah berlalu. Diam tak diam sudah 'lama' aku berada di dalam lingkungan itu walaupun sebenarnya ia masih baharu. Sentiasa baharu bagi orang yang masih dan masih lagi belajar saban hari untuk menggali seberapa banyak ilmu yang boleh aku ambil. Jika dahulu aku meraba-raba mencari petunjuk dan hala tuju kini aku sudah boleh merangkak dan tahu ke mana hendak pergi.


Sepuluh tahun itu tidaklah terlalu lama jika kita bukan memberikan sepenuh tumpuan terhadapnya. Walau bagaimana pun, aku masih bangga terhadap dengan diri sendiri di atas segala pencapaian yang telah aku capai dalan jangka masa yang singkat itu. Rasa bangga tkerana daripada tiada menjadi ada, dari satu bertambah dua, tiga, dan seterusnya malah dari sehelai kertas menjadi ratusan helaian.


Inilah hasil karya aku yang pertama usai sahaja menyertai Kursus Penulisan Kreatif Remaja pada tahun 2011 sewaktu aku berada di dalam tingkatan empat di SMK Datok Lokman. Dari enam wakil dari sesi pagi yang berjaya menghasilkan karya cuma empat sahaja dan dari empat yang masih aktif hanyalah aku seorang sementelahan masing-masing sibuk membina kerjaya yang lebih menguntungkan. Mereka merupakan :


1) Pegawai Pemasaran Telekom (kerjaya sampingan sebagai pemilik salun, tauke minyak wangi & barangan kristal + agen unir amanah)

2) Bekerja di PPZ Selangor kalau aku tidak silaplah... (sampingan tauke katerer dan aku tahu beliau memang berbakat dalam bidang kreatif sejak di bangku sekolah dulu)

2) dan pensyarah (yang ni aku tak tahu kalau2 ada kerjaya sampingan)


Tidak memungkinkan mereka terus melibatkan diri di dalam bidang ini. Tinggallah aku seorang diri meneruskan minat yang bercambah setiap hari dengan lebih mendalam. Suara Generasi Bahru 2 merupakan nadi dan titik bermulanya sebuah perjalanan seorang yang bernama Norrehan.


Muka depan buku antologi cerpen kita orang

14... nombor yang berkait rapat dengan hidup aku

Nama pelajar sesi petang yang melibatkan sekolah aku...boleh zoom utk baca



Nama aku dan kawan2



Tajuk cerpen aku....tulisan tu masa sesi Bedah Karya sewaktu aku mengikut Minggu Penulis Remaja pada tahun 2002 di bawah bimbingan Abang Faisal Tehrani...novelis tersohor di negara kita



Inilah cerita aku kisah budak silat dan wataknya seorang lelaki dan menggunakan nama yang aku suka pada waktu itu. Ingat ya! Nama yang aku suka bukan budak lelaki yang aku suka. Aku tak pernah kenal budak bernama ........ di sekolah aku tu.
Mungkin di lain waktu aku akan cuba paparkan hasil-hasil karya aku sama ada pernah disiarkan atau tidak....sekian. Salam.....

Monday, 27 June 2011

MALAM APC - 22.4.2011

Malam Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) telah diadakan pada 22 April yg lalu di Hotel De Palma, Ampang. So pada malam tu ramailah yg bergaya sakan tak kira penerima anugerah atau tidak. Kalau tak pergi lain pula citernye...jadi kenalah pergi. Mulanya ada koir (sbb kena paksa rela kan) jadi aku baliklah umah petang tu utk cari baju batik bla...bla...bla....sampai opis...call budak2 lain. Rupa-rupanya dorang pergi sendiri.

Nasib baik aku tumpang sorang budak koir tu sb memang dah janji nk gi sama2. Dalam dok tunggu tu dapat sms yg meng'hangin'kan aku...KOIR TAK JADI SEBAB ...... KATA.....Suka2 je kejap ada kejap tak ada. Udah ler kena make-up segala.....dalam 5 lebih kita orang dah sampai. Jadilah penunggu kat tangga tu sebab urusetia tak bagi masuk dewan lagi. Dalam kul 7 baharulah cari tempat duduk.
























Tetamu kehormatnya ialah Dato' SUK sementelahan dia pun rushing dr tempat lain jadi majlis tu kena berjalan dalam masa sejam sahaja (nak sampaikan anugerah)...dah makan, tgk orang naik pentas...kul 10 aku pun baliklah.....GAMBOR payah betul nak di muat naik jadi nantilah ye....



KITA MAKAN DULU














KAK NURUL PENERIMA ANUGERAH BAGI JPB
 









p/s: INI ENTRI YANG LAMA JADI KESOPANAN BAHASA TIDAK DIJAGA DENGAN BAIK. (seperti yang diwar-warkan sebelum ini)