Monday 11 October 2010

KISAH HARI JUMAAT



Apa kena mengena gambar asap di atas dgn kek belang tu kan...haha ada kisahnya. Jumaat lepas jabatan kita orang buat jamuan raya. Kira dah penghujung Syawal kan dan seperti biasa ada yg sibuk dok bergambar nak masuk dlm facebook. Aku suka tgk dorang bergambor cam seronok jer...
Setiap orang kena bawa satu juadah dan ada gak yg nak berkongsi, tak kisahlah janji ada makanan yg dibawa. Menu utama sate dan soto. Bila dah hidang atas meja tu penuhlag macam2 ada tapi aku tak ambik pun gambar makanan tu. Cukuplah kalau aku tulis ada karamel (3 biji), nasi impit goren, laksa, bihun goreng, kuih apam, koci, kek belang (aku yg bawa!), spageti, agar2, popia, karipap, muffin, kek dr Secret Recipe. Fuh...sampai tak larat nak makan.
Dalam pada enak kita orang menjamu selera tiba2 kecoh bila latihan kebakaran akan diadakan pada waktu itu juga. Siapa yg cepat dapat turun ikut lif kalo lambat turun guna tanggalah jawabnya. Dari tingkat 11 kita orang menapak hingga ke padang di mana sume orang akan berkumpul di sana ikut jabatan masing2.
Lepas tu asap pun disembur ibarat kebakaran betul-betul. Banyak giler asap dia..bayangkan dalam latihan kebarakan ni bila dah berkumpul ramai2 kat padang apa aktiviti yg dibuat....tgklah gambar ketiga tu...masa untuk bergambar. Ada ke patut orang nak selamatkan diri kami (sebilangan drpdnyalah) dok snap sana snap sini tapi aku snap sekali tu aje...sebab tu gambar ada sekeping dua aje...
Tak cukup dgn tu datang pulak keta bomba dengan siren sekali, polis peronda pun nak join gak. Adalah sorang dua mamat yg berlakon jadi mangsa kebakaran siap pengsan2. Lepas tu ada sedikit taklimat dan rumusan oleh pegawai bomba yg terlibat terhadap usaha kita orang ni nak selamatkan diri jika berlaku kebakaran yg sebenar.
Demo memadamkan kebakaran turut diadakan dgn YDP, Timb.YDP, Peg. kita orang, En.Kamarul Nizam dan PA kpd YDP diberi penghormatan untuk menunjukkan demo tersebut. Lepas tu selesai dan berpusu-pusu semuanya bagai anak ayam terlepas dari reban berebut nak nak lif.
Udahlah panas, berpeluh2 dibuatnya & balik opis sume jadi lapar dan sambung cari makan......

No comments: