Wednesday 31 March 2021

SKTHO & SMDKL - SEBUAH CERITERA DAN KENANGAN

Bila ada yang kongsi gambar kelas masa sekolah dulu di media sosial....

Ni bukan kelas aku pun...hehehe. Aku dulu kelas 1M a.k.a. 1 Melur

Masa di Sek. Keb. Tun Hussein Onn (dahulu namanya SK Kg. Pandan) dulu, nama-nama kelas diambil daripada nama bunga. Sesi pagi kelas pertama (kelas budak pandai lah!) bermula dari Tanjung, Melur, Cempaka dan Kenanga (TMCK) dan bagi sesi petang pula Anggerik, Dahlia, Seroja dan Ros (ADSR). Cumanya masa aku Darjah 6, kelas bertambah lagi satu iaitu 6 Jenjarum. Tak tahulah kenapa jadi ramai pula masa tu sampai kena tambah kelas kan! 

Aku bermula dengan kelas 1M dan 2M sebelum bertukar ke kelas 3T dan hingga darjah 6 aku berada di dalam kelas Tanjung.

Ni masa kita orang 3 Tanjung dan guru kelas Pn. Hjh. Norisah Mokhtar. Masa ni tak pakai tudung lagi.

Mantan cikgu kelas masa darjah 5 & 6 - Cikgu Safri

Gambar untuk majalah sekolah masa Tingkatan 6 Atas Sastera (2004) - kalau tak salah lah! Hahaha........

Masa tingkatan 6 - cuba cari mana satu aku?

Tu lah aku yang dalam bulatan tu!

Ramai kawan-kawan aku yang berjaya genggam ijazah selepas habis sekolah kecuali aku (rasanya lah!) Dulu dah masuk UiTM kat Seberang Prai tapi tahan dua minggu je, aku balik KL balik dan sambung semula Tingkatan 6 dan ambil STPM. Lepas tu tak sambung belajar pun! 

Kerja kat Jusco Taman Maluri (sekarang Aeom Taman Maluri) sebelum sambung ke Asas Budiman Sistem Sdn. Bhd. sebelum dapat kerja di MPAJ ni hinggalah sekarang.

Ni cerita sebelum Covid-19 lah. 

Yang duduk dari kiri tu June pernah bekerja rasanya atau jadi sukarelawan di Nepal dan duduk di bahagian kanan sekali Chan Yee Shan dah jadi pramugari MAS.

Barisan pertama: Berdiri dari kiri Loh Pui Kan (tak tahu dia kerja apa tapi dulu selalu jumpa dia kat Jusco Maluri masa aku kerja kat SWW a.k.a. Molly Fantasy dulu), Aznida, Khairunnisa', Idayu (pegawai di KKM), Faezah @ Pae pula dah jadi cikgu sekolah (kali akhir dia mengajar di Kelantan), Nurul (juga cikgu sekolah), Sarah Shazlin (bekerja dan ada bisnes buat kek dan aku pernah beli kek dari Sarah ni), Shima (juga jadi cikgu dan masa ni kawan baik aku ni - pergi mana memang berdua atau bertiga (dengan Zeenath yang berada di kelas sebelah - 6 Atas Sains) tapi sayang hubungan baik ni terlerai bila dah habis sekolah sampaikan dia kahwin pun tak jemput aku! Hahaha....aku dapat tahu melalui FB. Bersangka baik sajalah mungkin dia buat secara kecil-kecilan agaknya kan! dan lepas tu aku dan akhir sekali Malvinder Kaur (dah jadi jururawat) - aku tahu masa beli ladu kat mak dia di pasar malam dan aku tanya adik lelaki dia dulu...

Barisan kedua: Saiful Haris (kerja KKM dan aku pergi majlis kahwin dia), tak ingat lah nama dia! , Masitah, Hasbullah @ Bola (dia kahwin awal dan anak-anak pun dah besar!), Chen Yip, Raimi (dulu jadi pegawai polis tapi dia dah berhenti dan kerja lain), Jashamsulnizam (kerja di Jepun dan masa dia belajar dulu selalu terserempak kat MPH dan aku kerja di Aeon Maluri), Syahidah, Mohd Nor a.k.a Mat No (dari polis bantuan sekarang dah jadi pegawai polis!) dan Michael (pendandan rambut - profesional rasanya!).

Barisan belakang sekali: Azrin, Khairil a.k.a K-rel (wartawan sukan di akhbar Berita Harian), tak ingat lagi namanya, Tan Kok Liang, Sook Ching (kalau tak salah aku!), Mei Wah dan Pui Yee (graduan Ekonomi dari UPSI dan jadi cikgu). Yang tiada dalam ni Hasniza (dah ada anak bujang dah!)

Hanya aku dan Syahidah (aku tak pasti lah kan!) yang masih bujang! - untuk pelajar Melayu perempuan. Tak apalah.....jodoh ditangan Allah s.w.t dan bila dah sampai masa nanti adalah jodohnya tu kan! Korang amin kan tau! Aamiin ya rabbal alamin!

No comments: