Tuesday 16 March 2021

BUB 2020 - MESYUARAT TENDER, SELAMAT JALAN TUAN TYDP & BERGAMBAR DENGAN MANTAN YDP & S/U

8.10.2020 - PKP ke tidak, mesyuarat tetap kena teruskan dan seperti biasa kami berdua akan datang kerja setiap hari (tapi kena mohon dalam sistem lah)



Dokumen yang nak dibawa ke dalam mesyuarat


Pemulangan dokumen yang berjaya ke jabatan masing-masing selepas mesyuarat.


Penuh tepi meja aku...hahaha. Kak Yam buat memo dan aku lengkapkan borang keputusan sebelum failing dokumen berkaitan ke dalam fail masing-masing dan Abang Bulat @ Abang Man yang akan hantar ke jabatan berkenaan. Kalau nak cepa sangat datang ambil sendiri kat BUB.

Selalunya dia orang ni bagi fail lambat tapi nak lulus cepat! Kadang tu bagi fail tak lengkap, tak ada memo lah tak ada kelulusan YDP lah tapi dah gatal nak hantar kat kita orang. Lepas tu dalam mesyuarat beritahu fail lambat kat kita orang.


11.3.2021 - SELAMAT JALAN TUAN TYDP

Tahun lepas Dato' YDP tinggalkan kita orang dan tahun ni Tuan TYDP pula. Beliau menjadi Pengarah LUAS (Lembaga Urus Air Selangor) dan hanya 'dipinjamkan' ke sana. Mungkin suatu hari nanti boleh kembali semula di sini.
Tanda mata daripada BUB - seperti biasa bos yang uruskan...hehehe

Dah siap bingkaikan.


Wani datang lewat dan dia bergambar berdua sahaja dengan S/U.

Orang lain tak nak bergambar berdua tapi aku nak - suruh Along ambilkan gambar

BUB bersama Tuan S/U




Staff lelaki BUB - Abang Bulat tak ada di sini

Staff perempuan - Kak Rin tak nak bergambar dan Wani lewat



13.3.2021 - HARI AKHIR S/U DI SINI
Lambaian terakhir Tuan S/U



Gambar dengan kedua-dua bos besar MPAJ - kalau aku tak terlibat dengan Mesyuarat Tender dan Sebut Harga yang mana kedua-dua mantan bos ini ada sekali, memang aku tak akan ambil gambar berdua macam ni sebab kurang berurusan kan! Kita jarang jumpa dia orang lepas tu nak ambil gambar berdua, segan kot!

Bila mana aku terlibat dan selalu masuk mesyuarat kan, dia orang pun dah kenal kita orang dari tak pakai mask sampailah dah wajib pakai memang kita orang akan masuk mesyuarat tender ni. Jadinya tak adalah aku segan bila nak ambil gambar berdua. 


Nampak tak apa yang sama? Dah bulatkan tu? Apa, tak nampak lagi? Tak apa, aku beritahu...hehe. Aku pakai aju yang sama untuk sesi berjumpa dengan mantan-mantan bos ni. 

Masa dengan YDP memang saja nak pakai baju ni sebab aku suka pakai baju ni dan bila sesi jabatan / bahagian berjumpa dengan Tuan S/U, tiba-tiba aku rasa nak pakai baju yang sama pula. Bukan kebetulan tapi memang aku rancang nak pakai biar sama dan kalau YDP sekarang ni (Tuan Fauzi) ni kena tukar pun, aku ingat nak pakai baju yang sama juga. 

Kiranya macam baju seragam aku bila nak bergambar dengan mantan bos besar MPAJ...hahaha Okay kan!

No comments: