Sunday 7 March 2021

ULANG TAHUN ADIK - 6.3.2021

Seminggu sebelum kejadian, kawan Adik iaitu Khalid dah bagi tahu aku yang dia orang nak buat kejutan ulang tahun Adik aku tahun ni. Adik aku memang tak tahu langsung pasal ni! Hanya kawan dia dan aku sahaja.

Seperti tahun lepas juga aku siapkan tempat dan apa yang patut dan dia orang akan sediakan makanan. Kita orang pergi DIY dan aku beli mangkuk plastik dan tempat buat air tu. Bila Adik aku tanya nak buat apa, aku cakap dorang kat opis nak buat makan-makan. Nak buat steamboat. Jadinya dia memang tak tahu langsung yang aku beli pasal dia! Pandai tak aku berlakon!

Majlis tu hari Sabtu dan nasib baik Adik aku kerja. Penat aku kemas rumah dan nasib baik jugalah Nurul nak tolong pula pada hari tu. Selalunya dia memang 'rajin' sangat nak tolong! Kemas dapur, kemas depan, alihkan meja sebab nanti senang dia orang nak letak makanan dan aku buat air.

Bila kawan-kawan Adik datang, dia orang pun terkejut tengok macam mana aku set up tempat...hahaha.
Tinggal nak buat makanan saja. 

Aku dah siapkan tempat  dan letak apa yang patut

Kawan-kawan Adik bawa


Okaylah tu aku set up kan!

Jajan @ makan ringan @ snek

Samosa tu aku goreng - sebab tak reti masak kan!

Dalam mangkuk hijau tu kuah cecah daging nanti - dia orang buat kat sini dan aku lah yang jadi pembantu di dapur sebab dia orang tak tahu kat mana garam, gula, pisau dan sebagainya.




Dah sampai - memang Adik aku terkejut gila!

Kawan dia siap buatkan kek untuk dia! Buat sendiri tau!

Suraya @ Sue - aku minta tolong ambilkan gambar sebab aku nak gosok baju kerja untuk minggu depan lepas dah siap tolong dia orang tadi.

Wow!


Nuha


Berdiri dari kiri: Adik (Syiqeen), Sue, Mizah dan Ya
Duduk dari kiri: Khalid dan Farah

Siap ada mahkota dan selempang tau!

Majlis pun bermula....

Hadiah untuk Adik

Hadiah bertambah - aku yang longgokan biar setempat sahaja.






Kek pun lain macam tau!








Gambar aku tak ada sebab pakai baju tak cantik dan tak pakai tudung, jadinya memang gambar aku dengan Adik tak ada langsung. Lepas gosok baju pun aku mandi dan baring sebab dah penat sangat, malas nak makan dah dan dia orang ada tinggalkan juga untuk aku rasa.

No comments: