Saturday 8 January 2022

MR.A - 6.1.2022 - MELAWAT TEMPAT KERJA MR.A DI PUDU KALI KEDUA

6.1.2022 - KHAMIS

Kali kedua aku pergi sana lepas waktu kerja dan kali ni Uncle Grab yang bawa aku. Aku tuliskan alamat rumah flat yang hari tu dah aku ingat uncle tu nak u-turn kat tempat hari tu tapi kali ni tak. Dia terus lalu kat kawasan rumah flat yang aku tak biasa tu dah dia berhentikan aku betul-betul dekat salah satu blok dekat situ dan bila aku suruh dia berhentikan aku ke depan sikit, dia cakap dia nak ambil orang lain pula. Kurang asam punya uncle.

Mana aku nak pergi ni? Celah mana pula aku nak lalu. Aku pun jalan terus dan tak jauh dari situ aku nampak kuil yang dekat dengan tempat kerja Mr.A hari tu. Masa duduk kat pokok tu dan di seberang jalan ada kuil tu. Jalan punya jalan aku jumpa jalan nak ke sana dan ada jambatan dan nampak pasar yang hari tu. Lega rasanya sebab dah jumpa tempat yang sama!

Yelah kan, hari tu berhenti kat tempat lain dan sekarang berhenti kat tempat lain dan aku bukan biasa dekat. Aku tunggu dekat jambatan tu dan mesej Mr.A beritahu yang aku dah sampai. Dekat-dekat pukul 7 malam baharu aku sampai sana.











KITA SWAFOTO DULU SEBELUM MALAM




Kita orang dekat kawasan jambatan tu sahaja. Kali ni aku tak bawa buah tangan. Aku belikan Mr.A sahaja air. Borak-borak sekejap dan dia cakap aku jangan dekat-dekat dengan dia sebab dia berpeluh tapi aku cakap tak apalah, bukan saya nak kiss you pun....hahaha.


NAMPAK KAN BAJU MR.A BASAH DENGAN PELUH


MANA MR.A NAK PERGI NI?

OH...DIA NAK PERGI KE SEBELAH SINI RUPANYA!

MR.A SUKA AMBIL GAMBAR DARIPADA SUDUR TINGGI MACAM NI



DAH MALAM KAN!



DAH ADA BULAN LAH!


MR.A TENGAH JAWAB 'CALL'

No comments: