Wednesday 12 January 2022

MR.A - 29.12.2021 - PERTAMA KALI MELAWAT TEMPAT KERJA MR.A DI PUDU

13.12.2021 Mr.A ada ajak aku datang ke tempat kerja dia dekat Pudu (chat kat WA) bila mana dia cakap sekarang dai sibuk dan tak dapat datang jumpa aku pada. Aku pun cakap tak apalah kerja lah, tak payah jumpa (kira dah merajuk lah ni). Lepas tu dia suruh aku datang sana dan aku cakap nak buat apa aku pergi sana. Dia cakap tengok dia buat kerja.

Lepas tu aku bagi sticker sedih gambar menangis dan dia cakap jangan kirim sticker macam ni. Aku cakap aku 'feel' macam tu sekarang dan dia balas "___, jgn la feel itu mcm"

Aku - dah sy rasa mcm tu. Bukan sy paksa....
Mr.A - ___ kan kuat. Aku balas 'X' dan Mr.A balas lagi strong heart.
Aku - Kuat pun lama2 xkuat juga. Am just human being
Mr.A - Lama2 lg kuat ___ (eh, pandai pula dia cakap aku yer!)

Lepas tu pagi tadi aku hantar gambar dekat dia (setiap pagi hari bekerja memang aku akan hantar gambar dekat Mr.A) dan dia cakap "Tgk muka you pun tau. First time tgk mcm ini face syg". 

Lepas tu pada 28.12.2021 (Selasa) aku cakap nak pergi Pudu dan dia cakap, 
Mr.A - Esok la syg, esok ptg.
Aku - Ptg ni xblh?
Mr.A - Ya syg xblh, boss ada sini. Syg jom mkn
Aku - Hmmm...okaylah. Suaplah (ajak mkn tu). Takut boss nmpk eh....

29.12.2021 (Rabu) - Petang tu  pukul 3.48 petang dia share location dia kat aku dan voice note beritahu tu tempat kee dia dan bika aku nak datang sebab sekarang dekat pukul 4.

Aku - W'salam...kul 5++ sy gerak gi sana
Mr.A - Ok ___. Naik grab ke? (Aku jawab 'yeah' - aku nak naik apa kan)

Aku tau Pudu tu kat mana cuma aku tak tahu tempa kerja dia yang sebenarnya dan tak biasa dengan kawasan tu dan lokasi yang bagi dekat aku tu banyak kuil-kuil je aku tengok dan aku pun tak tahu nak taip apa masa nak 'booking' Grab tu tapi aku cuba sahajalah dan budak muda yang bawa dan aku tunjuk kat dia lokasi yang Mr.A beri kat aku dan diam sahaja. Aku andaikan dia tahulah tempat tu kan!

5.57 petang aku beritahu dia yang aku dalam perjalanan ke sana. Aku taip Devi Sri Karumariamman Alayam, No.267, 1, Jalan San Peng dan dia jawab, "____ sy mn tau". Dia pun tak tahu alamat lepas tu suruh aku datang sana.

Nasib baik mata aku pun melilau tengok kiri dan kanan jalan dan aku perasan tiang warna hijau di sebelah kanan aku sebab Mr.A pernah hantar gambar hoarding yang dia tengah buat tu...sama warna hijau. Aku cakap dengan Adik grab tu nanti berhentikan aku dekat situ. Dan lepas tu dia 'u-turn' dan aku telefon Mr.A beritahu dah sampai. 

Rupanya dia kerja di bahagian belakang dan aku tunggu dia di bahagian depan jadinya jauh lah dia nak jalan jemput aku. Aku pun tak pernah sampai dan tak tahu tempat dan nampak tiang hijau tu teruslah aku suruh berhenti dekat situ kan! Dalam pukul 6.15 petang aku sampai Pudu dengan selamat. Tambang dalam RM15 ke RM20.

Ada pasar sementara dekat situ. Aku pun dok pusing dekat situ dan nampak kereta Mr.A dari kejauhan dan tak lama lepas tu aku nampak dia berjalan nak ke tempat aku tunggu dia. Lega aku akhirnya sampai ke tempat yang betul.

Kita orang lalu di sebelah pasar yang dah ditutup tu dan tak ada pula tempat nak duduk. Sudahnya aku duduk kat bawah pokok dekat tepi jalan sebab redup. Dekat kawasan situ banyak kuil dan ada rumah flat tapi aku tak tahu nama dia. Bila aku cuba share location baharu aku tahu yang rumah tu Perumahan Awam Sri Selangor.

Lain kali kalau aku nak datang sini boleh lah aku taip nama ni sahaja. Mr.A duduk borak kejap dengan aku dan lepas tu dia pergi sambung kerja. Aku ada belikan keropok dan air untuk dia dan kawan-kawan. Keropok kentang (sebab dia pernah beli sebelum ni), air 100 Plus dan Sprite sebab ada kawan dia yang tak minum air 100 Plus tu. Aku beli botol kecil untuk 5/6 orang sebagai buah tangan.

Aku ada ambil video dia orang tengah buat kerja. Dah bosan duduk tu aku bangun dan jalan-jalan dekat kawasan parkir sebelah pasar tu sebab hari dah senja kan. Duduk sorang-sorang dekat situ. Lepas tu aku duduk dekat batu tapi pasar sambil tengok telefon sampailah Mr.A datang duduk sebelah aku. Duduk borak kejap tiba-tiba hujan renyai-renyai pula. 

Tumpang berteduh sekejap dekat dalam kawasan pasar (walapun dah ditutup dengan pintu pagar tapi ada kawasan yang dah bolos) dan kemudian supervisor Mr.A datang cakap apa dengan dia. Lepas tu ada 'guard' datang tanya macam mana kita orang boleh masuk dalam kawasan pasar tu...hehehe. Dah pagar tu berlubang besar sampai orang pun boleh masuk, kita orang tumpang lah kan. Sebab hujan je pun.

Lepas tu kawan-kawan Mr.A tunggu dekat kereta dan dia jalan dengan aku (sebelum aku booking grab). Mula-mula borak dekat depan pasar tu dan Mr,A kata kawan-kawan dia dah nampak aku kan. Lepas tu kita orang borak jauh sikit daripada pandangan kawan-kawan dia. Aku tanya bila dia keluar dengan aku dan dia tak berani nak janji sebab kerja dia tak menentu kan. Hari tu cakap dengan aku seminggu sekali mesti jumpa (sekarang cakap lain pula)

Dekat pukul 8 malam macam tu baharu aku balik dan payah juga nak booking grab sebab tak tahu lokasi yang tepat kan. Ada tempat berteduh ke tempat tunggu bas ke (aku pun tak tahu) kita orang duduk situ sementara aku booking grab. Lepas tu dia tunjuk kat aku kedai makan Punjabi yang selalu dia dan kawan-kawan pergi makan tengah hari tapi kedai tu tutup dalam pukul 3 petang (kalau tak silap lah!) dan kalau dia nak ajak aku makan pun tak sempat sebab aku datang lepas pukul 5 petang kan.



SEMENTARA TUNGGU MR.A AKU AMBIL GAMBAR DULU

NASIB BAIK NAMPAK 'HOARDING' HIJAU NI!

KERETA KENARI MR.A

PENYELAMAT AKU DARIPADA SESAT DI PUDU!



DAH SELAMAT JUMPA - BEREHAT BAWAH POKOK SAMBIL MR.A MAKAN KEROPOK YANG AKU BELI




MR.A KATA PAKAI CERMIN MATA DULU BAHARU OK...IKUT SUKA LAH



MASA NI MR.A DAH PERGI SAMBUNG KERJA








AKU BERJALAN PERLAHAN-LAHAN KE KAWASAN PARKIR DEKAT SEBELAH PASAR














Dia orang tengah buah kerja pasang hoarding di sekeliling kawasan untuk projek perumahan tak lama lagi berdekatan dengan Stesen LRT Pudu.

No comments: