Petang tu dia telefon ke chat dulu dan kemudian bila dah sampai memang aku diam je dalam kereta. Dia tanya aku jawab sepatah sahaja. Lepas tu aku diam dan pandang ke luar.
Aku banyak diamkan diri dan tak macam selalu sebab marahlah kat dia. Janji lain bila dah tiba masa jadi lain. Aku nak pergi Melaka jalan-jalan dengan dia (pergi tempat lain lah) dan nak pergi tempat yang aku tak pernah pergi lagi walaupun dah selalu pergi Melaka. Aku pun tak tahu dia nak bawa aku pergi mana dan dia pun tak cakap apa-apa dengan aku sebab dia tahu aku tengah marah kan.
Aku tengok juga papan tanda kat tepi-tepi jalan tu kat mana dia nak bawa aku. Nampak papan tanda menuju ke Cameron Highlands tapi aku tak rasalah ia nak bawa aku sampai ke sana. Dia punya pandai memujuk @ aku yang cepat cair hah? Aku merajuk tak lama pun sebenarnya dan lama kelamaan aku pun cair dengar dia cakap.
Sudahnya dia bawa aku ke R n R Genting Sempah sebab tu pun kira jauh kan! Aku sendiri pun tak pernah sampai ke sana lagi dan dalam perjalanan tu dia adalah tunjuk iklan billboard yang dia pernah pasang. Ada gambar billboard YDP Agong dan Tengku Hassanal dekat lebuh raya yang dia pernah pasang dan bila lalu kat kawasan tu dia pun tunjuklah kat aku.
Sebelum ni kalau pergi mana-mana aku memang selalu perhatikan iklan-iklan billboard tu di sepanjang perjalanan dan tak sangka satu hari aku akan berkawan dengan orang yang pasang iklan-iklan tu....hahaha.
Kita orang berhenti makan dekat McDonald's (pertama kali order makan guna mesin) kat situ dan lepas tu kita orang pun balik. Tak ada singgah mana-mana pun sebab dah petang kan tapi kat situ memang terasalah sejuknya sebab dah dekat dengan kawasan tanah tinggi kan!
|
No comments:
Post a Comment