Sunday 2 January 2022

2.1.2022 - KUBUR ABAH DAN ULANG TAHUN IQA YANG KE-21!

Dah lama nak gi kubur Abah tapi asyik PKP, PKPB dan macam-macam disebabkan virus Corona ni, tahun 2022 baharu berkesempatan nak gi kubur Abah. Iqa dan Muhammad pun nak datang juga. Aku pergi dengan Adik naik Grab (aplikasi In Driver sebenarnya) dan bila sampai kawasan kubur tu macam pelik. Tak macam laluan yang biasa kita orang lalu kalau pergi kubur Abah. Tahu kawasan perkuburan tu ada Bukit A dan C ( rumah abadi Abah di Bukit C), sebab masa nak taip kat Grab tadi pun cuma keluar Tanah Perkuburan Cheras Baru je jadinya kita orang taip tu je lah.

Ayah pemandu Grab tu pun dikebumikan di sana cuma di Bukit A (masih di persekitaran yang sama). Nasib baik dia tahu jalan ke kbur Bukit C dan kena patah baliklah kita orang dan nasib baik pemandu tu pun okay je, tak ada nak bising ke apa kan! Aku bagi lebih sikit masa nak bayar tu sebab dia kena patah balik kan dan bila dah nampak Dewan MPAJ tu baharulah rasa lega. Tu tanda besar nak ke Tanah Perkuburan Bukit C tu, nampak Dewan MPAJ ada lorong kecil terus je masuk dalam. Masa tu penuh orang kat dewan tu nak ambil dos penggalak (booster).





Tiba-tiba kata nak ikut sekali tapi Abg Ali datang kemudian naik motor

Tinggi pokok yang kita orang letak kat kubur Abah...








Bateri telefon aku pun mati dan ada lagi gambar guna telefon Adik  aku, nanti kalau ada aku letak kat entri yang lain. Lepas gi kubur kita orang gi minum ka Medan Selera Kg. Pandan dan aku makan roti telur dari kedai Omar Kedah sebab dah lama teringin nak makan. Kuah dal dia sedap dan minum pula dengan teh tarik, pergghhh!!! Sedapnya! 

Lepas dah makan tu, gi pasar kat belakang medan selera beli barang untuk masak pula dan yang nak masak tu ialah Muhammad. Kita orang cuma tolong apa yang patut sahaja. Rasa macam ada ambil gambar masa masak tu tapi tak ada pula nak letak kat sini.

Adik aku penat dan dia cakap lain kali tak payahlan nak masak kat sini. Beli je senang.Hahaha....

Kebetulan hari ni ulang tahun anak buah aku yang pertama, Nur Rasyiqah yang ke-21. Dah besarlah dah anak buah aku ni dan nak jadi isteri orang tak lama lagi ni....

Hadiah aku untuk Iqa - sarung tangan dan sarung kaki

No comments: