Monday 3 January 2022

3.1.2022 - GIANT PANDAN KAPITAL & MAMI MENINGGAL DUNIA





Pergi Giant dengan Kak Yam dan Kak Yam singgah nak beli baju untuk anak dia, jadinya aku pun cuci mata jugalah. Nak beli seluar tapi seluar yang baharu kat rumah tu ada lagi. Tak pakai pun lagi. Sudahnya aku cari jersi untuk Mr.A...hahaha jersi lagi.







Aku beli warna hijau sebab nak ambil yang warna biru tak ada saiz XL pula. Mr.A pun suka warna hijau (warna kesukaan dia sebab sama dengan warna bendera negara dia - dia pernah cakap dulu)

31.12.2021 - Lepas beberapa hari dapat tahu Mami jatuh bilik air sebab darah tinggi (terlalu tinggi dah 200++) dan pada 31.12.2021 dapat tahu keadaan Mami masih koma, ada pendarahan dalam kepada dan jantung terhenti sekejap beberapa kali serta ada kebocoran di paru-paru. Adik aku dapat info daripada sepupu kita orang Muhammad Fathur Rahman Ali @ Aman.

Tanggal 3.1.2022 - Dapat khabar yang Mami dah pergi bertemu Sang Pencipta pada tengah hari. Jenazah akan dikebumikan selepas Solat Asar dan Mak aku nak pergi ziarah hari tu juga. Kita orang suruh pergi hari lain tapi ak aku nak pergi hari ni juga dan sewalah kereta dan semua pergi. Aku pun balik awal dari kerja.

Kelaur lepas Maghrib tapi biasalah waktu puncak orang balik kerja kan, jalan sesaklah dan lepas tu Abang Ali ikut jalan mna entah (rumah besar-besar belaka) , masuk lorong sana, masuk lorong sini, kita orang pun dah tak tahu jalan mana yang dia ikut sudahnya dekat 9 lebih baharu sampai rumah Mamu.

Bila sampai hanya ada kaka Mami yang sulung sebab dia orang ada kat masjid buat tahlil di sana.Lepas tu ada cikgu sekolah Mami yang datang ziarah dan anak jiran (Razali dan Ramlah) yang datang (aku kenal sebab dulu kan aku tinggal dekat sana).

Kakak Mami cerita masa kejadian tu, Mami dah bangun nak sahur untuk puasa sunat dan dah panggil Mamu pun (tak tahulah nak puasa sama-sama @ tak). Mami dah dah panaskan lauk pun dan kemudian masuk ke bilik air. Lepas tu lama sangat dalam tu Mamu pun peliklah kan, Mamu buka pintu bilik air tengok Mami dah terjelepok kat lantai. Bila bawa pergi hospital dan check darah tinggi dah 200 lebih dan ada pembuluh darah yang pecah.

Gambar kenangan sebelum Covid-19



Ni aku ambil dari FB Mami

Dalam perjalanan ke rumah Mamu di Klang




Kawan sekolah Mami





Kiri sekali tu Mamu aku - dah balik dari masjid




Tudung kelabu tu Kak Ramlah dan dan lelaki berbaju maroon tu adik lelaki dia, Razali jiran depan rumah Mamu masa aku kecil dulu. Tak tahu sekarang tinggal lagi dekat situ ke tak? Aku pun dah lama tak ke sana kan!


Tulisan arwah Mami dekat singki masa aku nak letak cawan yang dia orang dah minum dekat dapur



Masa Siti Aisah, anak sulung Mamu dan Mami konvokesyen - dia belajar pasal mata a.k.a optometri dan hajat Adik nak jumpa dengan dia tak kesampaian sebab dia tak balik rumah daripada kita orang datang sampailah nak balik. Hanya dua adik lelaki dia sahaja yang sempat kita orang jumpa, Aman dan Dedek

Masa Mami yang konvo - Mami sambung belajar untuk dapat ijazah (Mami seorang ustazah)






 Semoga roh Mami ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman...aamiin a rabbal alamin.

No comments: