Wednesday 5 January 2022

MR.A - 18.12.2021 - VIDEO KENDURI ARWAH MAK MR.A DI PAKISTAN, 19.12.2021, 26.12.2021 & 31.12.2021 - MALAM TAHUN BAHARU 2022!

19.12.2021 - AHAD

Nak keluar waktu siang tak dapat, keluarlah pada waktu malam, pergi makan dan kadang tu aku ajak dia jalan-jalan kejap naik kereta tu dan dia bawalah kereta sampai ke Hulu Kelang tu dan sampai dekat Melawati Mall dan patah balik. Duduk dalam kereta saja pun cuma aku nak tengok pemandangan di malam hari sebab dah malam kan nak pergi mana? Dia bukan suka pergi tengok wayang atau pergi jalan-jalan sebab dia dah penat pergi kerja TAPI akulah yang bosan.

Jumpa pun dah malam dan sekejap dan tak manis juga aku selalu keluar malam dengan dia kan!





18.12.2021 - VIDEO DEKAT KAMPUNG YANG ADIK DIA HANTAR MASA DIA ORANG BUAT KENDURI UNTUK ARWAH MAK DIA


26.12.2021 - AHAD

Hari ni keluar malam lagi dan kali ni agak lambat dia datang, masa aku ambil gambar ni pun dah dekat pukul 10 lebih dan dia masih belum sampai! Sabar je lah wei!!!




BERGAMBAR DENGAN NUHA DULU...HEHEHE











31.12.2021 - JUMAAT

Malam tahun baharu dan ni pun kalau tidak tak jadi nak keluar tapi aku yang sibuk ajak konon nak sambut malam tahun baharu sama-sama. Ni pun dekat pukul 10 lebih juga aku baharu keluar dengan dia. Nasib baik juga dia ada kereta walaupun tak ada aircond dan aku kena beli kipas mini dekat DIY sebab aku kan tak tahan panas. Nanti berpeluh-peluh dalam kereta nanti.

Dan pada 1.1.2022 babharulah aku beritahu kepada Mr.A yangaku seorang penjawat awam atau bahasa mudahnya aku kerja kerajaan! Sebab tu selama ini aku tak suruh dia ambil aku betul-betul dekat lobi MPAJ tu sebab aku tak nak dia tahu aku kerja di sana dan dia pernah nampak aku turun daripada 'ramp' tapi tak tahu tempat kerja aku kan!

Jadinya malam ni baharulah aku beritahu dia dan aku bagi pelekat kenderaan tu dekat dia supaya kalau dia parkir dekat kawasan MPAJ nanti tak perlulah bayar duit parkir tu kan! Tapi aku tak tahulah dia nak lekat ke tidak nanti. Aku bagi sahaja dekat dia.












No comments: