Sunday 30 January 2022

COVID-19 - KENALAN FB & INSTAGRAM (BHGN1)

Gara-gara PKP  dan terlalu banyak masa di rumh membuatkan aku dan gajet tak dapat dipisahkan. Asyik dengan telefon sahaja. Dan kebetulan suatu hari, sedang asyik layan FB tiba-tiba, pop up laman Dating FB dan aku pun tergerak hati nak daftar dan dari situ bermulalah episod aku berkenalan dengan ramai lelaki di dalam talian. 

Kebanyakannya lelaki Malaysia yang duduk di luar negara (katanya) dan kita orang berborak (chatting) di dalam Bahasa Inggeris. Aku pun tak tahu Grammar aku betul ke tidak asalakan dia orang boleh faham kan, jalan je lah.

Bagi aku yang tak pernah berkawan rapat dengan lelaki kan (selain kawan sekelas dan kawan opis yang kebanyakan berpangkat suami orang kan) rasa seronoklah bila ada yang kerap chatting dan bertanya khabar dan diberi perhatian kan! So memang layanlah...rasa seronok bila diberi perhatian.

Kan ada orang yang jumpa jodoh melalui internet ni, kenal kat FB lah IG lah, jadinya aku pun berharap (ada lah letak sikit harapan) kot-kot dapat bertemu jodoh kan! Tapi aku sedar diri lah! 

Siapa yang nak dengan aku ni kan...tak ada rupa yang menjadi dambaan lelaki di luar sana, tak comel, tak putih cuma aku apa adanya kan. 

Kita buat profil dan letaklah gambar dan ciri-ciri lelaki yang kita nak dalam laman Dating tu dan kalau ada lelaki like profil kita dan kita pun berkenan nak berkawan dengan lelaki tu, kita kena like juga profil dia. Bila dua-dua dah like (kira bersetuju lah!) makanya dengan rasmi kita boleh berchatting kat dalam web tu dan aku pun tak terkecuali.

Lelaki pertama yang aku chat ialah Kien (lelaki Korea) yang kerja kat sini. Dalam laman ni kebanyakan lelaki yang aku berkawan ialah seorang jurutera. Jurutera pelbagai bidang. Betul atau tidak aku pun tak tahu sebab tak nampak depan mata kan. Kien bekerja di sini (KL). 

Pengalaman akan mengajar kita kan dan dari sini aku belajar yang kebanyakan lelaki ang aku chat dalam laman ni adalah PENIPU! Mula-mula chat bagai nak rak dengan kita dan aku tu hampir setiap masa chat sampai aku pun tak tahu nak borak apa dengan dia. 

Ada yang bagi ayat bunga-bunga tahap dewa kau! Bukan main lagi. Ada yang bagi video lagu-lagu cinta dan qoutes berbunga-bunga kat aku. Aku cinta terakhirlah, tak boleh hidup tanpa aku lah, hidup dorang rasa bermakna bila dah kenal dengan aku lah dan macam-macam lagi. Macam bangang je kan! Tapi mula-mula tu asa gembira bila ada lelaki yang cakap macam tu kan kat aku. Sebab tak tahu perangai dia orang yang sebenarnya kan.

Lama-kelamaan dah mula nampak tujuan nak chat dengan aku. Baru seminggu dua kenal dah berani nak pinjam duit dengan aku. Nenek sakit lah, mak sakitlah (nak buat pembedahan segera), nak bayar sewa rumah (kalau tak kena halau), mak tak makanlah sebab dia tak dapat nak bank in kan duit, kena kuarantin bila sampai Malaysia dan tak ada duit nak bayar (sebab bawa buku cek saja) dan lain-lain lagi.

Kali kedua aku kenal dengan lelaki bernama Yusuf melalu IG dan dia dm aku dulu. Orang Brunei dan duda anak sorang. Ada bisnes besar juga di USA (katanya). Perniagaan keluarga. Perkahwinan atas sebab nak satukan perniagaan dua keluarga. Betul atau tak aku pun tak tahu dan bekas isteri dia dah kahwin lain dan tinggal di Brunei dan dalam masa yang sama aku chat denga lelaki di laman Dating FB tu. Nama dia Alfred dan aku ingat dia bukan Islam tapi katanya Islam. Berkawan biar 1000 berkasih biar satu kan!

Kiranya hati ni dah berkenan dengan dia lah...percaya jugalah ayat-ayat cinta yang dia beri kat aku. Maklumlah orang tak pernah ada yang suka kan! Sekali ada tu terus macam dah jatuh cinta lah....hahaha. Kiranya ada perasaan jugalah sebab nak percaya 100% tak boleh sebab masing-masing duduk jauh kan dan tak penah jumpa @ telefon pun!

Lepas tu dia kata nak pergi beli-belah dan belikan aku hadiah. Siap tunjuk video bonet kereta dia penuh dengan shopping bags! Yang aku pun terkejut tengok dia beli banyak macam tu kan. Dia pun minta alamat kat aku sebab nak bagi barang tu kat aku dan aku mulanya ragu-ragu nak bagi tapi akhirnya aku bagi juga dengan alasan kalau dia tipu aku, ni alamat rumah sewa je kan! Nanti aku pindah dia pun tak boleh cari aku kat sini! Kononlah kalau dia datang ke alamat yang aku bagi ni!

Lepas dah pos tu dia bagi invois dan aku tengok berat 30kg! Kau nak bagi aku apa sampai berat 30kg! dan kena bayar 1050. Rupanya bila barang tu sampai aku yang kena bayar 1050 sebab barang tu ada kat kastam ke imegresen. Kalau nak keluarkan barang tu dan dapat kepada aku, kenalah bayar duit tu dulu. Aku ingat kena 1050 tu dalam RM tapi tu dalam dolar! Kalau ditukar ke RM jadi RM4300!

Kau yang nak bagi aku hadiah, aku pula yang kena bayar! Memang tak lah aku yang kena bayar kan! Bila aku cakap tak nak bayar, mati-mati dia pujuk aku suruh bayar juga. Dia dah penat beli barang lah, kenapa aku tak nak terima lah...bal...bla..bla... Ni scammer lah kan! Suruh kita bayar pula!

Lepas tu dia sedih sampai masuk hospital katanya dan tiba-tiba ada nombor lain yang mesej aku. Katanya mak dia. Entah-entah nombor awek dia ke nombor dia yang lain ke kan! Siap tuduh akulah punca anak dia sampai jadi macam tu dan masuk hospital. Kalau jadi apa-apa kat anak dia, dia tak kan maafkan aku. Hahaha....

Lama juga dia senyap dan tak mesej aku. Beberapa hari leas tu dia mesej balik dan masih suruh aku ambil barang tu. Bila aku tak nak (selepas dia teruskan cubaan meujuk rayu dia tu kan) akhirnya dia senyap sunyi. Terus tak ada mesej lagi.

Ada lagi yang macam tu selepas aku chat dengan dia. Bila dah kena sekali macam. Dalam banyak-banyak yang aku kenal hana seorang sahaja yang marah gila bila aku tak nak terima barang yang dia hantar tu (kali kedua aku bagi alamat kat dia orang dan lepas tu aku tak bagi lagi kat sesiapa pun!)

Siap ugut aku nak musnahkan hidup aku! Tak kan lepaskan aku selagi dia tak balas dendam kat aku! Sebelum ni bukan main siap hantar gambar tengah mengaji (aku mula-mula join laman tu kan dekat-dekat nak puasa juga). 

Sekali tak dapat apa yang dia nak, terus marah-marah aku. Bukan sikit-sikit punya marah. Siap tunjuk gambar dia pukul pembantu rumah dia (katanya lah!) Aku tak tahulah dia cuma berlakon dan cuma tuang sirap atau darah palsu kat muka pembantu rumah kau kan! Nak suruh aku percaya!

Dalam banyak-banak lelaki yang aku kenal, hanya dua sahaja yang tak pernah minta duit atau reka cerita mengarut untuk aku percaya. Seorang aku kenal di Dating FB dan seorang lagi di IG. Setakat cerita ni aku entrikan di sinilah!


Dating FB

Pakistan  / 38 tahun / kerja sendiri / tinggal di Klang


IG

Malaysia / 42 tahun / construction engineer / tinggal di Perth, Australia / bukan Islam


Dengan dua-dua ni aku pernah cerita pasal lelaki yang selalu minta duit dengan aku dan reka pelbagai cerita. Mungkin sebab tu kot tak pernah cuba minta duit dengan aku ke? Ke memang ikhlas nak berkawan dengan aku. 

Dua-dua lelaki ini telah mencuri hati aku dengan cara yang berbeza dan aku terpaksa pilih salah satu bila mana keduanya menunjukkan keseriusan dalam berkawan. Yang lelaki FB ni selalu mesej aku tanya khabar manakala lelaki IG tak mesej aku setiap hari dan kalau mesej pun hanya pada sebelah malam sahaja. Siang dia sibuk kerja kat tapak projek. Aku borak dalam broken English sebab BI aku kan biasa-biasa sahaja.

Bila aku terpaksa memilih satu antara dua ni, banyak lah yang perlu difikirkan. untuk masa depan. Dari segi kerjaya / agama / komunikasi / keluarga dia /  sikap dan kelakuan serta lain-lain. Sorang berpelajaran tinggi kan dan seorang lagi biasa-biasa je.

Yang kenal di IG dah siap beritahu aku. dia nak berhenti kerja di sana dan nak balik Malaysia (dah hantar notis katanya) tapi masa tu hati aku lebih kepada kenalan FB ni walaupun dia dari Pakistan. Sudahnya kenalan IG ni beritahu yang mesej aku tak macam dulu lagi, aku macam tak mesra ke macam mana nak cakap eh...kiranya tak macam dululah. Dia ada tanya kenapa aku tak tanya pasal dia nak berhenti (dia ada cakap syarikat tu tak bagi dia berhenti) dan aku seperti tak peduli pasal dia.

Sudahnya masing-masing senyap dan perkenalan dengan lelaki Pakistan ni semakin hari semakin kuat (kira rajin chatting lah). Dulu ada juga chatting tapi sekejap-sekejap sahaja dalam sehari tu...tak adalah chat pagi, tengah hari, petang dan malam.

Cumanya masa tahun baharu aku adalah hantar ucapan Selamat Tahun Baharu 2022 dan tak harap pun dia balas! Eh, dia balas pula! Aku balas macam kawan lah dan dia tanya pasal kisah kita orang sebelum ini. Aku pun tak tahu nak jawab apa. Memang aku kenal dia dulu dan dia terlebih dahulu yang beritahu dia sayangkan aku (dia panggil aku My Love, My Queen & Darling) dan aku pun okay je masa tu!(sebab nampka dia lelaki lain dari yang lain)

Bila chat tu  aku adalah tanya dia masih ada perasaan ke kat aku? Dia kata dia tak kan chat dengan aku lagi kalau dia tak ada perasaan lagi dekat aku! Maknya dia masih ada perasaan kat aku lah kan! Aduh!!!

Betul lah dulu orang cakap jangan tak suka sangat dengan seseorang @ sesuatu perkara sebab yang kita tak suka itulah yang akan kita dapat. Macam aku! Dulu kalau tanya pasal kahwin, nak kahwin dengan orang Malaysia sahaja, tak suka lelaki yang ada bulu dada (geli)...hahaha. Sudahnya itu yang aku berkenan! Arwah abah aku pun dulu ada je bulu dada tapi tak nampak sangat pun, mungkin sebab arwah Abah berkulit hitam manis kan!

Kita orang kawan macam biasa saja tak puas dia ajak video call tapi aku tak nak sebab tak biasa kan. Nak cakap dekat telefon aku tak reti dan tak nak, inikan pula nak video call dan jelasnya dia akan nampak aku kan! Tak nak punya tak nak akhirnya aku jawab juga call dia tapi aku cakap sekejap sahaja! Punyalah nervous sampai tak tahu nak cakap apa! Dan pertama kali video call masa aku kat Surau Tingkat 16. Pakai blaus biru kotak-kotak masa tu. Lagi nervous dari call hari tu. Dia pandang je aku...hahaha.

Dan akhirnya aku berjumpa dengan lelaki Pakistan ni buat pertama kali di KLCC dan aku ajak kawan aku, Meen sebagai teman. Asalnya hanya nak tegok wayang dengan Meen sebab dah lama tak jumpa dia kan dan kebetulan lelaki Pakistan nak ajak jumpa. Aku ajak dia jumpa sekali di KLCC. Cumanya sebelum tu memang aku rajin bagi swafoto aku setiap hari kat dia (dia yang suruh aku bagi gambar setiap hari) dan aku bagi gambar yang nampak separuh badan. Biar dia nampak yang aku ni comel orangnya. Nanti bila jumpa tak adalah terkejut kan! 

Dari Mak dan Adik aku tak tahu sampailah dia orang dah tahu dan dah tengok gambar pun, dia orang oay je! Mak aku cakap tak kisahlah dia orang apa, botak ke apa asalkan dia baik, solat  dan ada kerja, itu pun dah cukup. Mak memang tunggu jodoh aku dan Adik sampai je! 

Yang tahu dulu pasal ni Adik dan Iqa masa kita orang pergi MyTown dan masa tu kita orang dah berchatting dekat enam bulan. Adik aku memang terkejut gila masa aku beritahu tengah kawan dengan seseorang! Kita orang kan rapat walaupun beza umur tujuh tahun tapi bila dia lambat dapat tahu tu, kira terssentak juga dia!

Sebelum tu dia orang mungkin perasan sebab masa dia call @ video call, aku akan tutup pintu bilik dan kunci. Tak nak lah bagi dia orang dengar apa yang kita orang bualkan.

Doa aku tiap hari semoga dipertemukan dengan jodoh yang baik dan berharap hubungan yang ada ni kekal dan berakhir hingga ke jenjang pelamin (akad nikah lah!) tak bersanding pun tak apa...

Nanti aku letak gambar lelaki yang pernah aku chatting yer...

Thursday 27 January 2022

HARI GAJI JANUARI 2022 - 25 & 26.1.2022 (+ SWAFOTO)

25.1.2022




BELI BAJU UNTUK NUHA & DAMIA

CANTIK KAN TUDUNG JENAMA KEKABOO NI - BELI KAT TEMPAT YANG SELALU AKU BELI BAJU UNTUK NUHA TU!

CANTIK KAN!


26.1.2022






BELI STOKING DAN SARUNG TANGAN - BELI LAGI! HAHAHAHA....

BELI KEK KUKUS (UNTUK MAK SEBAB MAK YANG SUKA MAKAN) DAN ROTI

RM35 KALAU TAK SILAP AKU

GENTING SEMPAH - 16.1.2022 (AHAD) WITH MR.A & BILA AKU MASAK LAUK DHAL, LOBAK PUTIH & IKAN BILIS (17.1.2022)

Petang tu dia telefon ke chat dulu dan kemudian bila dah sampai memang aku diam je dalam kereta. Dia tanya aku jawab sepatah sahaja. Lepas tu aku diam dan pandang ke luar. 

Aku banyak diamkan diri dan tak macam selalu sebab marahlah kat dia. Janji lain bila dah tiba masa jadi lain. Aku nak pergi Melaka jalan-jalan dengan dia (pergi tempat lain lah) dan nak pergi tempat yang aku tak pernah pergi lagi walaupun dah selalu pergi Melaka. Aku pun tak tahu dia nak bawa aku pergi mana dan dia pun tak cakap apa-apa dengan aku sebab dia tahu aku tengah marah kan.

Aku tengok juga papan tanda kat tepi-tepi jalan tu kat mana dia nak bawa aku. Nampak papan tanda menuju ke Cameron Highlands tapi aku tak rasalah ia nak bawa aku sampai ke sana. Dia punya pandai memujuk @ aku yang cepat cair hah? Aku merajuk tak lama pun sebenarnya dan lama kelamaan aku pun cair dengar dia cakap.

Sudahnya dia bawa aku ke R n R Genting Sempah sebab tu pun kira jauh kan! Aku sendiri pun tak pernah sampai ke sana lagi dan dalam perjalanan tu dia adalah tunjuk iklan billboard yang dia pernah pasang. Ada gambar billboard YDP Agong dan Tengku Hassanal dekat lebuh raya yang dia pernah pasang dan bila lalu kat kawasan tu dia pun tunjuklah kat aku.

Sebelum ni kalau pergi mana-mana aku memang selalu perhatikan iklan-iklan billboard tu di sepanjang perjalanan dan tak sangka satu hari aku akan berkawan dengan orang yang pasang iklan-iklan tu....hahaha. 

Kita orang berhenti makan dekat McDonald's (pertama kali order makan guna mesin) kat situ dan lepas tu kita orang pun balik. Tak ada singgah mana-mana pun sebab dah petang kan tapi kat situ memang terasalah sejuknya sebab dah dekat dengan kawasan tanah tinggi kan!

MUKA TAK PUAS HATI SEBAB TAK DAPAT PERGI MELAKA - YELAH DAH JANJI KAN!



NI DAH SAMPAI GENTING SEMPAH



MASA NAK BAYAR TU TAMBAH PULA BELGIAN CHOCOLATE CAKE!




NI MASA TUNGGU DIA PERGI AMBIL 'STRAW' KAT BHAGIAN BAWAH




NI KERJA YANG DIA BUAT MALAM SEBELUM TU DAN BOS DIA SALAH BAGI ARAHAN. DAH TERSALAH PASANG. YANG PATUT PASANG DI TINGKAT LAIN DAH DIPASANG KE TINGKAT LAIN DAN DIA KENA PERGI TUKAR BENDA NI SEBAB TU TAK JADI PERGI MELAKA!

NI GAMBAR-GAMBAR DARI TELEFON DIA PULA!




NI DIA CERITA KAWAN DIA DAH TERSALAH POTONG RAMBUT DIA SAMPAI JADI BOTAK MACAM NI...TAK APALAH BOTAK PUN NAMPAK HANDSOME...HAHAHA

TERAPAT LAH PULA...HIHIHI


17.1.2022 - MASAK LAUK DHAL, AKU YANG TERINGIN NAK MAKAN

LOBAK PUTIH GORENG DENGAN UDANG KERING (MAKANAN KESUKAAN ARWAH ABAH NI) DAN IKAN BILIK TUMBUK

NI LAH HASILNYA.

Wednesday 26 January 2022

VAKSIN - AMBIL BOOSTER (16.1.2022) - PWTC

Janji dengan Mr.A nak pergi Melaka sebab 14hb hari tu kan ulang tahun aku tapi hari ni (16.1.22 - Ahad) aku kena pergi ambil booster dulu. Ingat nak ajak Mr.A bawa lepas tu boleh terus gerak gi Melaka. Sudahnya dia cakap tak jadi pergi Melaka dan aku pun merajuklah sebab dah semangat waja ni nak pergi Melaka. Sudahnya tak jadi. Nasib baik pagi tu aku dah pergi sendiri kat PWTC untuk ambil booster.

Adik aku tak dapat tarikh yang sama padahal masa ambil dua-dua vaksin tu tu memang kita orang dapat tarikh dan masa yang sama dekat sini. Bila booster ni pula tak sama tarikh dan waktu cuma tempat sahaja yang masih sama.

Cuma urusan untuk ambil booster ni lebih cepat sebab dia orang dah ada semua rekod kita kan dan ini kali ke-3 suntikan vaksin diberikan (aku dapat vaksin AZ juga) sampai tak sempat nak ambil nafas dah terus bergerak ke hentian berikutnya.














AKU MINTA TOLONG PEREMPUAN LAIN (TAK TAHU AKAK KE ADIK) UNTUK TOLONG AMBILKAN GAMBAR AKU SEBAB MASING-MASING DATANG SEORANG DIRI KAN!


NI ORANG LAIN PULA SEBAB AKU RASA MACAM TAK OK JE GAMBAR TADI...HAHAHA.