Sunday 27 September 2020

PERHIMPUNAN BULANAN BML (15.9.2020) & BIRTHDAY NUHA (24.9.2020)

15.9.2020 - Perhimpunan kali ke-2 selepas PKP, PKPP dan PKPB anjuran Jabatan Belia Masyarakat dan Landskap dan bertempat di padang MPAJ dengan adanya penjarakan sosial.

Sehari sebelum kejadian - hujan lebat

Kebetulan aku balik lewat dan sambil tu cari mana papan tanda untuk BUB...nun di hujung dunia

Ni bukan aku yang snap yer tapi ada grup BUB - hehehe. En. Rasul!

Pemandangan dari atas pentas

Kita orang di nun hujung sana tu! Nampak tak yang bertudung hijau tu? Hah, tu lah aku!


Kita swafoto dulu untuk bukti kehadiran

Dari depan: Kak Gee, Syira, Kak Yam, Aku, Wani dan En.Zul. Unit Urus Setia sahaja yang lengkap....gitu!



Acap dapat Anugerah Pekerja Contoh. 


Lepas tu dia orang nak umumkan pemenang untuk KIK 2020 dan kita orang memang dah tergelak-gelak kat situ. Sebab tahu memang tak kan menang punya. Masa sesi pembentangan tu pun dah tahu sebab banyak komen yang diberikan kepada tajuk yang kita orang pilih. Masuk pun sebab bos suruh walhal ada bahagian lain (yang tak ramai staff macam kita orang) boleh saja tak masuk KIK tahun ni dengan alasan sibuk nak buat minit mesyuarat. 

Lah, kita orang pun sibuk dengan iklan tender dan sebut harga yang tak berkesudahan. Dengan nak mesyuarat dan buat minit mesyuarat dan memo pemulangan dsb. Tak menang tangan tapi kena juga masuk KIK.

Bila diumumkan pemenang Poster Terbaik dari QS Team dari Bahagian Ukur Bahan, memang terkejut gila kita orang! Memang tak sangka sama sekali kita orang boleh menang. Suruh Syira je yang jadi wakil BUB tapi dia orang minta semua sekali yang terlibat naik pentas. Kelam-kabut juga dan masing-masing bawa beg sekali (sebab lepas ni nak terus gi minum). 

Kosong terus barisan BUB sebab semua yang turun tu terlibat dengan KIK kecuali En.Zul yang kebetulan ada peperiksaan (untuk pengesahan jawatan PPT) pada hari pembentangan kita orang tempoh hari. Masa kita orang nak naik pentas tu kedengaran suara yang berkata, "Mana posternya? Tunjuk lah?"

Masa nak naik pentas tu En.Rasul jerit, "Kak Rehan!" Dan aku senyum sahaja dengan muka berpelitup muka. Dan bila dah balik ke tempat beratur tu memang masing-masing, "Weh, macam mana kita boleh menang ni!" Apa terbaik kat poster kita tu? Dah semuanya buat di saat-saat akhir dan poster tu sebenarnya banyak bos yang buat sebab kita orang sibuk dengan benda lain. Laporan dan apa sahaja yang berkaitan dengan KIK 2020 semuanya last minute kata orang. Jadinya bila memang tu memang tak sangka sangat!



Ni kali kedua naik pentas dan pertama kali bersama YDP baharu!


Usai tu diumumkan pemenang Anugerah Emas dan sekali lagi nama QS Team diumumkan! Masya-Allah! Kita menang apa ni wei!!! Dan kali ni En.Zul tak turut serta dan masing-masing campai je beg kat rumput! Lantaklah basah ke tak janji naik pentas untuk kali kedua. Bila lai depan barisan Pej. YDP/ Pej. TYDP & Integriti, En. Rasul sekali lagi menjerit, "Kak Rehan lagi!!!" Aku hanya gelak sahaja dan Encik Jo minta kita orang cepat sedikit.

Lepas nak turun tu Kak Yam tercakap terima kasih kat En.Jo dan En.Jo pun terkejut...hahaha. Kemenangan yang tak disangka memang begitu kan!

Kali pertama aku terlibat dengan KIK ni ialah pada tahun 2012 masa tu aku di JPB di bawah Ketuanya Kak Hani (dah berhenti kerja pada 2015 lepas berkahwin dengan ..........). Masa tu tak menang apa pun..sijil penyertaan pun tak ada!

Kiranya ni rezeki bila aku tiba-tiba sahaja kena tukar di BUB.

Kali pertama naik pentas, En.Zul ikut serta bergambar


Rezeki terpijak ni!

Bergambar dengan Bos Mastura. Belakang dari kiri: Bulat, Acap, En. Zul dan Kak Yam. Depan dari kiri: Aku, Syira, Wani, Bos dan Kak Gee. Yang tiada dalam gambar ialah Abg Man dan Kak Rin. Kak Rin tak join KIK tahun ni disebabkan oleh masalah kesihatan.







Ni gambar kat galeri - En.Zul yang ambil gambar ni!

Doorgift dari perhimpunan tadi

Kak Yam dapat kerepek pisang salai dan kerepek ubi tu aku punya







23.9.2020 - Besday Nuha sebenarnya 24.9.2020 tapi aku dan Adik bagi sekarang (lepas Maghrib kan dah masuk 24hb kan!) Hadiahnya dah beli awal-awal lagi cuma kita orang beri sekarang supaya dia rasa happy bila birthday dia dah dekat. Tahun lepas aku belikan kek Unicorn untuk dia. Aku dulu pun pernah jadi budak kecil dan kalau boleh aku nak Nuh ada kenangan yang terindah tentang ulang tahun dia (nak tunggu ada anak sendiri tak tahu entah ada ke tidak kan!). 




Hadiah daripada Adik!



Ni aku beli di Kaison masa ke MyTown tak lama dulu


Nuha dapat pensel warna dan sticker scene set

No comments: