Monday 14 September 2020

DATO' YDP LAST WEEK - MESYUARAT JK TENDER & SEBUT HARGA TERAKHIR & GAMBAR BUB BERSAMA DATO'

25.8.2020

Semua orang berlumba-lumba nak bergambar dengan Dato' kan dan aku pun tak nak ketinggalan memandangkan aku terlibat dengan mesyuarat yang melibatkan Dato'. Kalau tak memang segan aku nak bergambar melainkan bergambar satu jabatan/bahagian. Aku dah beritahu Kak Yam yang aku nak ambil gambar dengan Dato' dan nak suruh En.Zul tolong ambilkan gambar nanti.

Dekat nak habis sahaja mesyuarat, aku cepat-cepat cakap dengan En.Zul untuk tolong ambilkan gambar sebelum Dato' keluar nanti cuma aku tak past Kak Yam nak bergambar sekali atau tidak. En.Zul yang beritahu kepada Dato; yang dua orang ni (aku & Kak Yam) nak ambil gambar. Dato' okey jer dan dalam pada beritahu nak bergambar tu, boleh pula tag nama Dato' tercabut, terpaksalah Dato' kutip sendiri (kita orang sedia nak bergambar jer ni)

Dalam pada tu bos kita orang sengih je bila mana kita orang nak bergambar dengan Dato' dan kebetulan ada bos JBS dan dia suruh bos kita orang join bergambar sekali sekaligus menawarkan diri untuk tolong ambil gambar kita orang. Memang cantik gambar tu untuk Unit Urus Setia, UB.

Lepas tu aku minta tolong En.Zul pula untuk ambil gambar aku dengan Dato' (nak pula gambar berdua). Nasib baik Dato' okey je...lepas tu En.Zul tanya Kak Yam nak bergambar tak dengan Dato'. Kak Yam malu-malu kucing...hahahaha



Elok je Kak Yam menyelit kat situ














                                                                        26.8.2020

Kak Rin buat yang baharu - cantik juga warna hitam putih



















MALAM
Entah kali ke berapa Dato' YDP diraikan dengan pelbagai jamuan dan keraian dan malam ni diraikan di Restoran Berputar Menara KL dan juga seperti biasa hanya pegawai atasan sahaja yang terlibat. Kita-kita yang marhaen ni tengok gambar sahajalah.

Nampak kan Menara KL dari PM2



Gambar Dato' sekeluarga bersama bekas PA, Along Syam

Macam muka Dato' kan anak bujang Dato' YDP

Wow, untunglah siapa yang dapat join sekali



En.Rasul bekas bos aku di Bahagian Integriti
Dato' dan Mus, jurukamera rasmi MPAJ


27.8.2020
Hari Khamis. Minggu ni Dato' menjadi artis popular , ramai sangat yang nak bergambar dengan bos dan balik-balik orang yang sama sahaja! Bagi lah peluang dekat orang lain pula kan! Kecoh juga lah petang tu bila mana diberitahu jabatan / bahagian mana yang nak bergamba dengan Dato' boleh pergi ke pejabat beliau. Aku memang nak lah bergambar ramai-ramai. Yang dia orang ni kejap nak kejap tak nak. Jenuh juga nak ajak. Sudahnya nak lah juga berapa kerat, aku, Ain, Wani dengan Kak Gee. Sebenarnya nak hantar dokumen untuk Dato' tandatangan sambil menyelam minum air lah katakan. Dokumen tak banyak mana pun tapi yang hantar ramai macam rombongan pula...huhuhu

Memang ramai yang tengah tunggu giliran nak bergambar. Tanya-tanya sikit dengan staff di Pej. YDP lepas tu turun balik. Eh, dorang ni tak nak tunggu pula. Dah turun eh, nak naik balik! Hahaha Setelah dibolak-balikkan hati mereka tu, akhirnya dapat juga bergambar dengan Dato'.

Beliau adalah berborak sedikit dengan kita orang dan ada nasihat dan pesanan yang dititipkan. Lepas tu sesi bergambar yang mana PA Dato', Syakina yang tolong ambilkan gambar kita orang. Bila selesai, mak datuk! Lagi ramai yang tunggu kat luar untuk bergambar. Nasib baik kita orang dah selesai.




















Dato' mengalu-alukan kedatangan kita orang sambil buat kerja. Ini kali pertama aku masuk ke bilik YDP sepanjang lebih 10 tahun aku bekerja di sini. Dato' bergurau bila berkata "ni rumah terbuka tapi xada makan2". Hahaha...Dato' pandai bergurau juga yer...

Dato' juga cakap dia tahu duduk di BUB @ lebih dikenali sebagai QS ni penat, banyak kerja dan "saya minta macam2 kat you all yang tak ramai ni". Hah, tahu pun! EH, tak lah gurau jer Tuk.

Yang jadi lawaknya bila Dato' cakap perut dia kenyang sangat sebab tengah hari tadi makan Nasi Arab kay restoran mana entah jadinya ia rasa kenyang sangat. Untunglah makan dapat makan Nasi Arab...huhuhu. Dato' ucapkan terima kasih dan juga tahu dah banyak susahkan QS.

"Saya selalu salah sign Borang Keputusan". Hahaha, betul tu! Apalagi, aku dan Kak Yam gelak besar jugalah lah apatah lagi baru-baru ni Dato' banyak salah sign dan tulis kat borang tu. Masa aku minta tandatangan sahaja dah salah tiga kali manakala bila giliran Kak Yam ada salah sekali sampaikan ada salah lagi (silap sikit pada tarikh - masa aku), Dato' betulkan saja kat borang tu. Ye lah bila dah salah, aku kerja jalan laju-laju untuk ambil borang baharu dekat Kak Yam. 

Buatnya aku tersadung ke terpelecok ke tak ke malu besar dibuatnya. Sudahlah pakai kasut bertumit tinggi (tinggi sikit je!). Tak kan aku nak berlari pula kan! 

Lepas tu Dato' juga beritahu kita orang yang dia di MP Sepang tu untuk tempoh dua tahun sahaja. Dalam hati aku cakap, lepas tu baliklah sini balik dan moga-moga aku dan Kak Yam masih di sini lagi....hahaha. Usai tempoh tu, dia tak tahu di mana dia akan ditempatkan, siap cakap "mana tahu ada rezeki dapat balik sini, itupun kalau orang nak terima lagi". En.Zul pun bersuara mengatakan "kita orang dengan suka hati terima Dato' balik" (lebih kurang macam tu lah!)

Dato' dan famili masih lagi tinggal di kawasan pentadbiran Majlis sebab rumah dia kat sini kan. Isterinya juga mengajar di Pandan Indah dan anak-anak yang masih belajar dan biarlah dia sahaja yang berulang-alik ke tempat kerja. Dato' juga ada pemandu yang akan menjemput dan menghantarnya setiap hari dan kalau tak ada pemandu pun tak, "kalau drive pun dalam 1/2 jam dah sampai Cyberjaya".

Dato' juga berpesan kepada TA QS:
1) Report jangan salah (cth: kalau ada kontraktor xlayak tapi jadi layak). Kalau report ada salah-salah sikit tu dimaafkan (pejam mata jer!) Tahu kadang2 nak sediakan report tu banyak dalam satu masa yang sama. Kerja MARRIS kan banyak2 sekali bawa masuk mesyuarat! Kita orang pun pening kepala nak uruskan dokumen yang banyak tu).

Lepas tu Dato' tanya aku dulu jabatan mana? Aku pun beritahu lah dulu aku di Perancang sebelum ditukarkan ke Integriti. Lepas tu tanya Kak Yam (Lesen), En.Zul (Lesen jugak) dan Wani. Dato' ingat Wani tu TA baharu. (itu Syahirah). Bila Wani cakap dia PT dan dah setahun di QS, Dato' agak terkejut & "macam mana dah setahu kerja saya boleh tak kenal ni". Kita orang gelak je lah.

Dato' minta maaf kalau ada salah dan silap, minta halalkan makan dan minum kalau ada yang korang belanja. Macam mana nak belanja Dato' kalau pangkat dan darjat kita tak sama. Kami pekerja marhaen sahaja bukan level pegawai pun. Nak bertentang mata pun tak berani! (kalau bercakap dengan orang elok kita pandang matanya - ni bukan gatal tau!).

Berpesan lagi:
1) Kalau ada rezeki berjumpa di luar tu, tegur-tegurlah saya sebab kadang saya tak perasan, mata pun dah tak berapa nampak. Kalau pakai mask lagilah tak nampak. Bahagian tak nampak tu kita orang jadi saksi bila mana Dato' nak tulis jumlah harga bagi kontraktor yang berjaya kat Borang Keputusan tu, kadang lama Dato' tengok skrin komputer tu. Kadang aku tengok Dato' macam dok cari jumlah tu, aku tolong bacakan amaunnya. Aku pun sakit mata gak sebenarnya ni...hahaha tapi masih boleh baca lagi nombor-nombor tu.

"Korang kalau ada nak cakap @ minta tapi kalau nak minta saya tak boleh nak tolong dah. Kalau ada nak cakap, saya boleh dengar jer". Ala, Dato' ni! Tolong masa ada kuasa lagi di sini sebenarnya sebab ada yang dah kerja berbelas tahun dan masih dapat jawatan tetap apatah lagi disahkan jawatan. Rugi tau berkhidmat sebagai kakitangan awam tapi belum jadi kakitangan tetap. Nanti pencen dapat sikit! Zaman makin lama semuanya makin mahal kan! Kalau pencen tu sikit je macam mana nak hidup TAPI ni pendapat peribadi aku sahajalah sebab rezeki aku dah dapat tetap lepas lima tahun bekerja sahaja. 

Rezeki orang lain kan terutamanya Kak Yus yang bertugas di Pejabat YDP sebagai Pembantu Operasi. Dah dekat 15 tahun berkhidmat tapi belum ada rezeki untuk berjaya sebagai kakitangan bertaraf tetap dan berpencen. Mungkin ada rezeki dengan YDP baharu ni kan!

Dato' tanya dekat Acap, "kaki dah ok ke?" Kita orang gelak besar (maknanya Dato' tahu keadaan Acap yang selalu kena gout). Acap jawab sambil gelak, "dah ok sikit." Okey apanya, makan tak jaga pun. Panatng tengok adalah. Puas Kak Yam, Kak Gee dan En.Zul bagi tahu yang ni tak boleh makan, yang tu tak boleh makan tapi Acap bedal juga. Esoknya injured (perkataan yang digunakan bila Acap tak hadir kerja esoknya).

Dato' (sebelum jadi Dato') ada buat lawatan ke setiap jabatan / bahagian pada hari terakhir sebelum Raya setiap tahun dan biasanya aku antara yang bekerja pada hari tu. Bila dah petang tu yang tinggal berapa kerat je termasuk aku, Kak Saras dengan siapa entah lagi sorang dua staff di JPB, Dato' tanya "Awak yang tinggal dekat Kg. Pandan tu kan?" Hah, nampak tak YDP tahu aku tinggal kat mana...Arwah Abah pernah cerita yang selalu terserempak dengan Dato' masa Solat Jumaat suatu masa dahulu.

Aku pernah juga berdua sahaja nak turun lif (sebab lif dah buka terpaksalah aku masuk), Dato' tanya siapa yang ambil aku balik kerja. "Ayah ke yang ambil?". Aku terpempan sekejap sebab masa tu Abah dah tak ada! Huuuaaaa..... aku pun jawab "Ayah saya dah meninggal Dato'". Dato'pun macam serba salah. Mana dia nak ingat Abah aku meninggal dunia bila kan...banyak benda lain yang beliau nak fikirkan jadi aku kena fahamlah. Mungkin Dato' perasan yang arwah Abah selalu ambil aku balik kerja (sebelum dan selepas pencen).

Acap sebagai wakil QA mengucapkan terim kasih kepada Dato' dengan tunjuk ajar yang diberikan selama ni dan kita orang hanya mengeyakan sahaja. Dia orang kan TA dan bahagian teknikal yang banyak mendapat tunjuk ajar daripada Dato'.

Lepas tu PA Dato', Syakina @ Kina tolong ambilkan gamabr kita orang dan bila dah selesai tu Kina beritahu kat Dato', Ain dah kurus. Lepas tu Dato, pun tengok Ain dan "awak buat macam mana?". Ain jawab dia exercise dan berbasikal.

Kina cakap nanti dia nak transform macam Ain dan Dato' jawab, "saya dah xada kat sini". Lepas tu kita orang pun keluar dari bilik Dato'. 

Mak kau, lagi ramai berbanding  tadi! Penuh dengan  staff jabatan KAP rasanya sebab aku perasan adak Kak Zizah (CC KAP). Masa nak ke arah lif tu, ada yang bersuara menegur aku, "Eh, Kak Rehan!" AKu pun pandang ke arah yang empunya suara tu. Rupa-rupanya Encik Rasul yang menegur. Aku pun jawab sambil tersenyum dan berlalu pergi. Dia pun bergambar dengan Dato' lah tu. Begitulah kisahnya.

Jabatan KHP

Kak Eisha pernah bertugas di Pej. YDP

Diraikan lagi dan kali ni makan di restoran Arab pula

Bersama HOD

Jabatan KEJ




Comel je Dato' senyum sebab selalu tak adalah senyum lebar macam ni...

No comments: