Tuesday 8 September 2020

JALAN TAR (6.9.2020) & LAWATAN MBPJ KE MPAJ (7.9.2020) - BHGN. 1

Angah ajak ke KL - Jalan TAR. Mulanya aku malas nak pergi sebab mesti penat sebab esok kerja kan! Adik pun malas nak pergi tapi bila asyik diajak, jadinya pergilah juga.






Sudahnya aku beli juga sehelai skirt, sepasang baju untuk dipakai masa Mesyuarat Tender nanti (ikut Kak Ya yang akan pakai baju baharu setiap kali nak mesyuarat - kelas gitu!!!) dan beli juga empat helai tudung padahal dah banyak tudung kat rumah tu. Aku main pilih sahaja warna secara rambang.



7.9.2020 - LAWATAN MBPJ KE MPAJ
Kita orang tahu pun pada Jumaat petang bahawa akan ada lawatan ke MPAJ untuk melihat Sistem ICOMM di MPAJ. Bahagian ICT lambat beri maklumat kepada kita orang (Bahagian Ukur Bahan) dan petang tu juga kena siapkan apa yang patut. Sudahlah aku dengan Kak Yam jaga kaunter pendaftaran di Galeri. Tambahan pula, ada sahaja iklan yang masuk bertalu-talu tanpa henti.

Dengan nak bawa laptiopnya (Tgkt.16 Bhgn. UB), mesin pencetak (printer) yang ada kat Galeri (Tgkt 4) dan hendak pula dibawa ke Bilik Kursus Tingkat 9 dan kita orang yang tak sempat nak bersarapan lagi. Semua kita orang yang kena buat ke sana ke sini, macam tak cukup kakitangan dah ni!

Kelam-kabut dibuatnya dan masa kita orang nak naik ke Tingkat 9 dari Galeri, tengok-tengok rombongan dari Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dah sampai pun dan tiada yang sambut pun! Alahai! 

Sampai kat Tingkat 9 , kita orang suruh rombongan MBPJ makan dahulu dan kita orang set-up kan Bilik Kursus tu. Sudahlah tak biasa guna sebagai Urus Setia, nasib baik Kak Yam tahu macam mana nak hidupkan skrin projektor. Akhirnya berjaya juga kita orang siapkan sebelum rombongan masuk untuk sesi taklimat yang akan disampaikan oleh Bos Puan Mastura, Encik Zul dan Encik Ariff dari Bahagian ICT.






CENDERAMATA UNTUK ROMBONGAN MBPJ - PLAK PENGHARGAAN DARI MPAJ (1 SET) + TABUNG (DLM KOTAK PUTIH) UNTUK SEMUA AHLI ROMBONGAN + HIGHLIGHTER BENTUK BUNGA (ADA 5 WARNA) UNTUK SEMUA AHLI ROMBONGAN.
Aku sudahlah lama dok mencari highlighter yang berbunga ni dekat D.I.Y tapi dah tak ada tapi yang ini untuk ahli rombongan sahaja. Tak apa nanti kita cari lagi kat tempat lain kan!




SESI PENERANGAN OLEH ENCIK ZULHAFIZI, PPT UB SEKALU KETUA UNIT URUS SETIA





PENERANGAN BERSERTA CONTOH SUPAYA PENJELASAN YANG DIBERIKAN MUDAH DIFAHAMI OLEH AHLI ROMBONGAN



PENERANGAN TAMBAHAN OLEH ENCIK ARIFF DARI BAHAGIAN ICT BERKAITAN DENGAN SISTEM ICOMM
 






SATU-SATUNYA WAKIL LELAKI DALAM ROMBONGAN TERSEBUT SEDANG BELAJAR DENGAN LEBIH TERPERINCI DENGAN ENCIK ZUL





SAMBIL BERI PENERANGA, AHLI ROMBONGAN BOLEH BERTANYAKAN SOALAN UNTUK MEMBERI LEBIH KEFAHAMAN

ROMBONGAN MBPJ SEDANG MENJAMU SELERA


No comments: