Monday 21 September 2020

DATO' YDP LAST WEEK - LAST DAY (EVENING EVENT PART 2)

Galeri

Sesi meletak gambar bekas YDP di MPAJ - Dato' merupakan YDP yang ke-7 di Majlis.








Lobi - sesi terakhir
Ramai yang menanti di lobi untuk memberikan lambaian terakhir kepada Dato' YDP





Sesi perbarisan hormat daripada kakitangan Jabatan Penguatkuasa MPAJ







Annyeong gi haseyo

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.










 

Cerita sikit je
Aku mula bekerja di sini pada 15 April 2010 yang mana aku ditemuduga bagi lantikan kontrak oleh Dato' yang pada masa tu menjadi Setiausaha di MPAJ. Jadi Dato' jadi penemuduga untuk kita orang. Dan lepas tu ada buka jawatan kosong untuk lantikan tetap, aku cuba mohon dalam dua @ tiga kali dan ditemuduga oleh Dato' juga tapi masa tu belum jadi Dato' lagi tapi masa tu belum rezeki aku lagi.

Pada tahun 2015, aku sekali lagi ditemuduga oleh Tuan YDP dan alhamdulillah, kali ini aku berjaya dan berjaya untuk mendapat jawatan tetap sebagai Pembantu Tadbir N17 (sebelu ditukar kepada N19 bagi jawatan tersebut). Mula-mula ingat yang akan  temuduga kita orang ialah Tuan Setiausaha (Tuan Hasrolnizam) tapi rupanya Tuan YDP. Selalunya jawatan yang bagi kumpulan A dan B sahaja yang akan ditemuduga oleh Tuan YDP.

Nasib baik aku dah berjaya pada tahun 2015 dan selepas itu kena ambil peperiksaan dan lulus. Usai itu kena pula kena pergi Program Transformasi Minda (PTM) yang dahulunya dikenali sebagai Kursus Induksi bagi kakitangan yang inginkan pengesahan jawatan dalam Perhidmatan Awam dan pada tahun 2018, aku dengan rasminya mendapat pengesahan jawatan yang mana merupakan kakitangan bertaraf pencen.

Terima kasih juga kepada Puan Zuraina, bekas bos aku di JPB yang memberi markah yang sewajarnya untuk aku berjaya mendapatkan pengesahan jawatan tersebut.

No comments: