Friday 19 August 2011

PUISI : TAK MAMPU MEMILIKI MU


Aku hanya mampu mengaguminya...
(dengan keperibadian yang dia miliki)
Melihat senyumnya yang tersekat di antara dua pipinya
(orangnya murah dgn senyuman )
Menatap matanya yang cerah dan sebening air
(sejuk mata memandang)
Tak mampu ku berlalu dalam kesendirian kala itu
(rasa nak tengok lagi dan lagi...)
Menghilangkan dirinya dari dirimu mungkin tak mampu
(tak sekufu barangkali?) Cukup puas aku hanya menjadi sahabatmu
(kat laman fb kot)

Hanya mampu menjadi pengagum dari dasar hati kecilku
(cuma klik like...like jer)


Aku hanya tersesat dalam kesendirian
(beranganlah tu!)

Jalanmu tak mampu kulalui
(jalan lurus yang sulit untuk ku tuju)
Hanya lelah kini yang tersisa
(aku cuba tarik nafas dalam-dalam)
Menyatukan perasaan hanyalah impian yang ku kubur untuk diriku
(ingatkan dapatlah jadi pasangan hidup agaknya!)

Ku akui takut kehilangan....
(bila kau maklumkan akan menamatkan zaman bujangmu)

Hanya tak mampu mengungkapkan
(kau pun tak kenal aku macam mana nak cakap kan...:-))
Hanya sebuah harapan kosong yang kutinggalkan
(harapan tinggal harapan yang pudar serinya)
Semoga kau bahagia di masa hadapan....
(bersama si dia yang sungguh bertuah itu)

Selamanya sampai akhir dunia...
(kekal hingga ke hujung nyawa kalian)

Andai masih ada sisa-sisa peluang untukku..
(mungkin jodoh kau dan si dia tidak diperkenan Ilahi)
Tidak akan pernah sekali ku sia-siakan...
(walaupun kita dari dua dunia yang berbeza)
Kerana jauh dilubuk hatiku..Ku Syg Kamu. :')
(sayang selagi ada rindu)


Puisi ini bukan rekaan aku sebab tak ada pengalaman nak tulis yang touching2 (betul ke? nih) ..hehehe. Ini puisi asal pemiliknya cuma ayat-ayat di dalam kurungan idea aku....huahuahua...) Ini luahan perasaan aku ke? Entahlah? Cuma aku rasa kelakar bila baca apa yang ditulis oleh blogger ni.

1 comment:

KARANG TARUNA said...
This comment has been removed by a blog administrator.