Tuesday 23 August 2011

PENDRIVE JAHANAM

Jumaat lepas merupakan tarikh hayat pendrive aku berlabuh dengan rasminya. Huwaaa!!! Nak format balik pun dah tak boleh. Jawabnya ke tanah kuburlah (tong sampah) dia. Nasib banyak sebahagian besar maklumat tu aku dah fotokopi ke komputer di ofis jadilah taklah merana sangat hilang makluamt dalam tu. Cerpen-cerpen pula aku boleh ambil balik dari emel CUMA ralatnya gambar terbaharu aku untuk entri Ops Bersih! dan anak-anak buah aku tak dapat diselamatkan sama sekali. Hancus berdebus-debus. Aku pula tak copy paste dari memory card sekurang-kurangnya ada lagi gambar tu. Aku terus buat cut paste memang cut off terus lah. Nasib baik beberapa keping gambar sempat aku masukkan dalam entri Nohin Dah Sampai hari tu.




Lagi satu gambar deko & hiasan dalam rumah yang aku ambil dari satu laman web hilang jugak! Nak cari balik memang letihlah...gambar-gambar dia memang cantik giler!! Natijahnya lain kali buat back-up fail utk keselamatan. Nampak gaya kenalah beli pendrive baharu. Ada sesiapa yang derma kat aku tak? Heheheheeeeee....dah masuk mood raya ker?

No comments: